Monday, August 8, 2011

sup tulang

Senang je nak buat...Basicly, takde tumis2, just masukkan dan masukkan sahaja.

Bahan2:

1. Tulang.
2. 6-7 ulas bawang putih.
3. 3 biji bawang merah.
4. Halia.
5. Serai.
6. Tomato.
7. Limau nipis.
8. Lada kecik.
9. Rempah sup bunjut.
10. Ketumbar.
11. Daun sup.
12. Garam dan gula secukup rasa. (Gula sikit sangat je tau, secubit je)

Cara2:

1. Rebus tulang dalam periuk... Bagi empuk dulu.

2. Ketuk bawang putih, halia dan serai dan masukkan dalam periuk yang rebus tulang tadi.

3. Letak sup bunjut. (beli brand sup bunjut yang ada terus kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang inside...senang, terus masukkan semua)

4. Belah bawang merah dan tomato dan masukkan dalam periuk.(belah taw, bukan hiris)

5. Masukkan ketumbar.

6. Masukkan 2-3 biji lada kecik yang diketuk.

7. Masukkan gula dan garam secukup rasa. (jangan masukkan awal2 ye, akhir2 baru masukkan, kalau tak, daging lambat empuk, garam kan pengawet)

8. Masukkan daun sup dan perah sedikit limau nipis. (kalau nak letak masa dah dalam pinggan nak makan pun tak apa)

Lain2:

1. Boleh masukkan batang sup jugak.. Hiris2.. Saya tak tau apa namanya, saderi kot... Kalau takde pun xpe.

No comments:

Post a Comment