Tuesday, August 2, 2011

sri kaya / pulut kaya

Ni first time saya try kuih ni... jadi3... suka3... Ingat dulu susah, tapi senang je rupanya... Bahan pun tak banyak...

Bahan2:
1. 1.5 cawan beras pulut.
2. Santan.
3. 5 biji telur.
4. 2 keping gula kerek (potong kecik2 macam nak buat buah melaka dan cairkan,letak sikit je air)
5. Garam.

Cara2:
A: Lapisan pulut di bawah.
1. Rendam beras pulut 2 jam.
2. Letak beras pulut, 1 cawan santan dan satu sudu teh garam dalam bekas. (Gaulkan)
3. Kukus selama lebih kurang 10-15minit.

B: Lapisan coklat di atas.
1. Cairkan gula kerek.
2. Pecahkan telur dan letak gula kerek tadi (make sure gula kerek tuh dah sejuk, kacau perlahan2 sahaja supaya rata)

3. Bila lapisan pulut dah masak dan masih panas, tuang B ke atas A.
4. Kukus semula selama 5-10minit.
5. Siap.

No comments:

Post a Comment