Tuesday, August 9, 2011

tepung pelita

Kalau saya, saya panggil kuih ni kuih kubur.... hahahaha...memang melekat kat seluruh ahli famili... kalau g pasar malam ke, bazar ramadan ke, nampak kiuh ni mesti "umi, beli kuih kubur umi...sedapnya"... memang sedap pun kuih ni... nak buat pun senang.

Bahan2:

1. Santan.
2. Tepung beras.
3. Daun pandan (mesin dan dapatkan pati daun pandan/nak guna perasa pandan yang dah siap jual pun boleh)
4. Pewarna hijau.
5. Gula dan garam.
6. Daun pisang. (yang ni untuk bekas dia, kalau xde pun xpe, buat dalam bekas kecik2)

Cara2:

1. Letak satu sudu teh gula kat dalam setiap takung/bekas.
letak gula macam ni.
2. Masukkan 1 cawan tepung beras, 6 cawan air, pati daun pandan, dan sedikit pewarna hijau.
3. Letak atas dapur dan buka api.
kacau sehingga pekat.

4. Kemudian, masukkan ke dalam takung2 yang dah ada gula tadi.
5. Dalam periuk lain pula, masukkan 1 cawan santan pekat, 3/4 cawan tepung beras, 5 cawan air dan 1 sudu teh garam.
6. Letak atas api sehingga pekat.
7. Masukkan dalam dalam takung yang dah ada lapisan hijau tadi.


sejukkan dan siap~


No comments:

Post a Comment