gulai udang makan dengan sambal, budu dan ulam... sedap ooo~ |
Bahan2:
1. 2-3 biji bawang merah.
2. 3-4 kunyit.
3. 3-4 hiris lengkuas.
4. Lada kering
5. Lada besar.
6. 2 keping asam keping.
7. Santan.
8. Udang.
Cara2:
1. Kisar bawang merah, kunyit, lengkuas dan lada kering.
2. Masukkan bahan yang dikisar dalam periuk yang di isi santan.
3. Letak api dan kacau sentiasa supaya tak berketul2.
4. Masukkan asam keping dan lada besar (lada besar tak perlu hiris, masukkan macam tu je)
5. Dah didih masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Last sekali, masukkan udang.
Lain2:
1. Gula letak sikit je sebab rasa udang tu dah manis dah sebenarnya.
2. Boleh juga letak timun dalam gulai. Sedap.
No comments:
Post a Comment