Showing posts with label fakta menarik. Show all posts
Showing posts with label fakta menarik. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

hebatnya bau ketiak lelaki

Bau Ketiak Lelaki Pengubat Stress Wanita

1. Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University of Pennsylvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

2. Manakala menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini bau ketiak lelaki yang sengaja "diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, “wangian” ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.
*tergelak baca sorang2...hakhakhakhakhak...kebenarannya?sendiri bau, sendiri tahu... 
Moral of the story: tiada lagi penjualan deodoran selepas ini....@_@

Wednesday, February 8, 2012

mengapa memilih keturunan itu penting???

Sementara menunggu isyak...i terbelek lah satu buku ni... tajuk depan dia tak ingat... mungkin pasal kejadian manusia dan sains kot...something like that lah... disebabkan sekarang i posting OnG, so, apa2 yang bahan bacaan yang melibatkan kejadian manusia ni jadi minat lah...hahahahha...

Muka surat itu menceritakan:

Kenapa perlunya memilih pasangan hidup yang baik??? Banyak lah dia bagi contoh kajian (sampai i baca pun tak faham..hahahahahahah)
sweet jugak cartoon ni...sejuk je mata... tapi i nak colour ungu... (hahaha...tetiba)

Kata penulis buku tu, bila ovum ibu disenyawakan dengan ovum bapa... sel2 dalam tu berlawan satu sama lain... tengok, sapa kuat, dia la yang menang... contohnya, sel rambut ibu lawan sel rambut bapa, sel rambut ibu kalah, sel rambut bapa menang...Jadi, anak tu akan ikut rambut bapa la... (tak ada la buku tu cakap macam ni sebijik2, lebih kurang la..hehhehe)

manusia tu hebat... kita dari sperm yang berjaya....hahahaha...dalam lautan sperm tu, satu sperm yang terhebat dan terkuat sahaja yang dapat menembusi ovum ni... 

Yes, that is true... kalau sains nye dipanggil gen dominant and gen recessive... Gen yang menang tu gen dominant, dan yang kalah tu gen recessive....

Berbalik pada topik yang sebenar, kata buku tu, kenapa kita perlu memilih pasangan hidup yang baik???

Katanya, jika ada satu pasangan, yang seorang baik (putih), yang seorang sangat teruk akhlaknya (hitam)... Maka, apabila gen putih berlawan dengan gen hitam untuk membentuk anak, gen hitam akan lebih banyak menang...maksudnya, gen  hitam itu dominant...



jahatnya aku...bagi contoh kucing pulak...hahaha....kalau  dulu2, ni lah  topik yang  i belajar...hukum Mendelian rasanya nama dia... 
Nampak tak seekor kucing yang baik(putih), nikah dengan kucing yang jahat (si coklat), maka anak2 nya semua jadi si coklat, sebab gen coklat itu kuat (gen kejahatan yang kuat....huahaahahah)
Bila sampai keturunan yang seterusnya, hanya 1/3 jadi putih semula, manakala 3/4 still coklat...

Tapi tak semuanya betul kan, yang masih coklat tu, mungkin coklat muda ke, hanya ada tompok coklat je ke...kan3???

Memang qada' dan qadar itu sudah tertulis, tetapi manusia boleh mengubahnya....

Contohnya, anak ini akan jadi jahat... tapi manusia mampu mengubahnya iaitu dengan doa (doa mak ayah ke..kan?)... dan boleh juga berubah menjadi putih dengan usaha anak itu sendiri...
sesuka hati dia je sepak kucing tuh...ish3

Sesunggunya, kebaikan itu dapat menghapus kejahatan.... bacalah hadith 18, and surah Hud ayat 114...



Bila kita berbuat jahat, cepat2 neutralkan balik dengan kebaikan... buat jahat tu maknanya dosa2 kecil la yang kita kadang2 tak sedar...

Wallahualam.

Wednesday, December 21, 2011

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5.
Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8.
Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

barli
minyak zaiton

delima



Thursday, December 8, 2011

kerap bersama suami sewaktu mengandung?boleh atau tidak?

I malu sikit nak cerita hal ni sebab i  ni  belum kahwin...hehehe...yang tengah baca  ni kawen ke belum??? Kalau belum, tak yah baca  lah...gi  kawen dulu... hahahah...xpun  baca entri lain...


"Nurse,yang putih2 tu apa?"sambil tunjukdekat  badan baby yang disaluti dengan benda  putih yang macam bergetah.

Nurse tu dah sengeh2."Awak tak tahu ke?"

"Tak"

"Putih2 ni sebab hubungan dengan  suami la"

"Hubungan???? Yang putih2 ni panggil apa?"seriusly,i sangat lah blur waktu tu.

"Ni air mani suami la sayang. Panggil mix. Kalau dah sampai tarikh due tak beranak lagi, ni lah kawan2 awak akan cakap, suruh suami buka jalan"

"OOOOoooo...boleh ke kak???Tak affect pregnancy ke??"sekarang i dah dapat tangkap.haahahah.

"Lor, mesti la boleh...tak de apa lah..."sambil tangan nurse to cekap duk bersihkan baby tadi. Comelnya baby....comel3...suka3.


Ooowhh... baru saya tahu... tapi saya pun tak surelah ni berdasarkan fakta yang benar atau tips orang tua2 je...

And ada yang pernah tanya saya boleh tak hubungan suami isteri di awal pregnancy like 4,5,6 minggu... Saya senyap tak reti nak jawab... Sekarang dah ada kesempatan i try la tanya, sebab i sekarang posting bahagian  ibu2 mengandung....hehe,best... Bukan apa, i fikir as a doctor to be, mesti akan adalah soalan macam ni, belum jadi doctor pun dah ada yang tanya...So, pada suatu kesempatan masa i pun tanya sorang nurse ni.

"Kak, nak tanya sikit, hubungan suami isteri kalau awal pregnancy boleh ke?"

"Kenapa tak boleh. Mesti la boleh.."

"Tak bleeding ke?"

"Takdelah. Tak bleedingnye dik oi..."

"Dah tu ade yang bleeding2 tu knape?"

"Tu ada masalah la tu, dinding tak kuat"

Apa yang boleh i disimpulkan, boleh je fitrah ini during pregnancy kecuali ada masalah le.



Perbualan diteruskan lagi dengan isu-isu semasa tentang generasi remaja sekarang... ^^,





Tuesday, November 29, 2011

jangan makan madu dengan sudu besi

Madu ni memang baik untuk kesihatan... Nabi Muhammad saw pun sarankan makan madu untuk merawat pelbagai penyakit... So, i pun semangatlah nak makan madu kan... hehehe... Nak tahu tak macam mana kita nak tahu madu tu asli ke tak???

I pun tak ingat macam mana i tahu, tapi kalau kita letak api kat madu, api akan menyala...Contohnya, celup kertas dalam madu, then try bakar, madu asli akan nyala... and 1 more, semut tak hurung madu.. so,walaupun madu tumpah atau meleleh kat botol, semut tak ada...

And my father cakap, madu ni berkhasiat bila kita makan masa pagi dan petang.... and kalau makan madu, make sure guna bukan sudu logam, guna sudu plastik ok!!! Sebab??? Kalau guna sudu logam, zat dia jadi hilang... Hilang macam mana,i pun tak tau...huhu...

Jom makan madu jom ^^

Sunday, November 27, 2011

kenapa perlu makan buah sebelum makan?

Al-Quran menyebut buah-buahan terlebih dahulu dari daging dalam menerangkan mengenai keadaan orang2 beriman yang berada di dalam Syurga.


"Dan buah-buahan dari apa saja yang mereka inginkan (pilih), dan daging burung dari (jenis) apa pun yang mereka inginkan..." (Surah al-Waqiah, ayat 20-21)


Dari Anas ra berkata: "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, makan Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)






Dulu2, selalu makan buah selepas makan... Yelah, orang kata sebagai pencuci mulut... Tapi ada yang menegur cakap buah patutnya makan sebelum makan, bukannya selepas... Reason??? Masa tu fakta tu tergantung macam tu je tanpa reason yang kukuh... Sekarang, i dah jumpa dah...


Buah mengandungi gula fruktosa yang dapat meransang peningkatan kadar insulin. Fungsi insulin adalah mengawal kadar gula dalam darah. Oleh itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi untuk mengelakkan kerja berat dari pancreas, organ yang menghasilkan insulin apabila makanan masuk dalam perut.




Jika makan nasi terlebih dahulu, pancreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.


Contohnya, jika sebiji epal yang sudah dikupas kemudian dibirakan maka tidak laam selepas itu akan menjadi kuning. Itu baru sahaja terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita. Sudah pasti buah akan mengalami fermentasi sebelum sempat diproses.


Buah bukan pencuci mulut tetapi sebagai pembuka hidangan.. 

Tuesday, November 22, 2011

rahsia waktu pagi

I suka bangun pagi... tak kira lah hari cuti ke tak cuti... masa duduk asrama dahulu kala walaupun hari tu kelas mula lambat sikit pun, i still bangun pagi... Pagi tu maksud i xde la pagi beno, around 6.08 pg, 6.11 pg, macam tu lah and tak tidur semula lepas subuh...hehehe... kenapa 6.08 pg? 6.11 pg? sebab i am unique... hahahah, perasan betul... kalu bangun terlebih awal, rasa nak tidur pulak lepas subuh...

I biasa kunci jam xsuka sharp, ambik suku or setengah contohnya 6.00pg, 6.15 pagi, 6.30 pg... xtau ngape... hahahhhahaha.... suka kunci pukul 6.03 pg, 6.12 pg..haha.dikira unik la tu kan... tapi 630 pg tuh bagi i dah bangun lambat dah hari tu.

Mungkin sebab parents i tak suka tengok orang bangun lambat kot... Mereka selalu kata, "bangun pagi2 la, rezeki murah". Parents i pun pernah cakap "nak cari suami, jangan cari orang yang selalu bangun lambat, tidur pagi2". Tapi ada jugak kadang2 i sendiri pun terlajak tidur, itu tidak dinafikan...hehee

I pun tak faham macam mana orang boleh tidur bangun samapi pukul 10, 11... Sebab kalau i terlajak tidur until 8 pun, sehari tu i akan rasa lack of energy... Tapi mungkin mereka yang bangun lambat ni tidur lambat kan, tidur dekat2 subuh dah ke... hehehe

Antara hikmah yang i rasa bila bangun pagi:

1-Hari yang bermakna-boleh buat banyak perkara sebab waktu terasa panjang.
2-Segar -udara memang best lah, sejuk dan tenang.
3-Happy -saya suka warna sekeliling di waktu pagi... hehe... chanteeekkk... rasa bersemangat bertambah.

Antara rahsia menarik:

Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
I baca dekat sini

So, jom bangun pagi2!!!

Wednesday, August 10, 2011

hidden obese... kurus tapi banyak lemak... oh nooo!

aiyaaaakkk!!!!!!!
Kurus tak semestinya sihat... Pernah dengar tak orang cakap cam ni??? Haaaa, betul la tuh... Kalau saya, saya setuju... Owh anak2 mummy sekalian, meh mummy nak cerita, supaya kamu semua nanti jaga pemakanan dan kesihatan... Kesihatan ni satu nikmat yang Allah beri. Biasanya orang tak sedar nikmat ni sehingga lah orang tu jatuh sakit... Barulah tersedar, betapa besarnya nikmat kesihatan... Kan3?

Terpikir nak buat entri ni masa mummy tengah makan tadi (buka puasa)... Sebelum buka puasa tu ada siaran  Upin Ipin... Upin Ipin yang comel tu kan anak yatim... Terpikir, cam mana anak2 yatim kat rumah2 anak yatim buka puasa ye... teringat sekejap rumah anak yatim yang pernah mummy lawat...

Dari kecik, mummy memang mewah dari segi pemakanan... orang kata kira makan tuh bukan cukup2 makan, tapi perkataan cukup2 tu dah kena tukar jadi lebih2 makan... Mummy kaya ke??? Hohoho...tak lah...  rezeki Allah anak2, walaupun mummy ni kategori famili yang tak berwang, tak makan gaji, buat kerja2 kampung je, kerja kena tiap2 hari, akalu tak kerja takleh makan... Tapi alhamdulillah, Allah Maha Kaya, dari segi makan memang mewah... Sebab apa mummy? Sebab datuk kamu dulu (ayah saya sekarang la kan) kerja penjaja ikan, sayur... So, cakap je la spesis ikan apa yang mummy tak pernah makan??? Semua pernah... Haiwan laut dan darat apa je yang mummy tak pernah cuba??? Macam2... memang dalam satu bulan memang kitaran lengkap kot ayam, ikan, udang, sotong, kerang, lala, ketam.... Sayur pun macam tu jugak... Lagi2, nenek kamu tu (mak saya la tuh), bahan2 ada je dia masak...

Bukan setakat lauk2 pauk je, buah-buahan pun sama, tak pernah tak ada kat rumah... Yang ni memang sifat semulajadi yang serupa umi dan ayah mummy, memang buah wajib ada kat rumah... Walaupun sekarang ayah saya dah tak kerja menjaja lagi (dah tua, tak larat dah, kerja kebun2 jelah), sampai lah sekarang pun macam tu... at least lah, pisang mesti ada... Kalau gi mall tuh, mesti beli silih berganti mata kucing, nangka, epal, tembikai, jambu... Dan saya sekarang memang menggemari buah-buahan pun...

Lepas tu terbuka la cerita, kata saya," Ai, banyaknye la makanan kita... Macam mana lah famili orang lain ye? Tapi masak tadi rasa sikit je, mungkin sebab ada sikit jah orang kat rumah ni (ada ayah, umi, saya dan adik bongsu laki)." 
"Kalau anak ramai tak cukup ni... Macam umi dulu2, lauk2 ni memang kena bahagi siap2, dulu umi lauk satu je, pastu semua pakat kerumun". 
Dalam hati aku, "ni nak anak ramai ni, baru tak membazir makanan...hahahahahah..."hati cakap ni, mulut tak cakap...
Umi pun sambung lagi, "Sapikah(adik) nak balik Sabtu ni, dia suruh masak sedap2"...
"Amboi, sedapnya mu Sapikah suruh masak sedap2, aku dah boring dah masak sedap2, lauk2 ekslusif ni... nak masak simple2 je", kata lagi dalam hati sambil niat rasa macam nak makan ikan goreng, ulam dan budu je...hahahah... 
"Kesian jugak dia, makan nasi kawah asrama je, nak jugak makan lauk kat rumah", umi sambung lagi... Aik, macam tahu2 je aku macam tak puas hati.... atau kebetulan je pun... hahahaha...

Saya sekarang seriusly ambik berat sikit corak pemakanan ni... Dulu tak, sekrang je, sejak setahun yang lepas... Kenapa??? Sebab saya gi ukur jumlah lemak dalam badan... Dan resultnya, 28 point something (28.+). Saya dah lupa dia ukur dalam unit apa, peratus ke apa... Tapi yang pasti, lebih 30 dah lebih lemak dalam badan2... Ni bukan BMI tau, ni lemak punya perkiraan. Tanya2 orang yang check lemak yang badan sepesen je ngan saya majo cakap 17 -24 cam tu je... Orang lain yang lagi comel dari saya pun tak tinggi nilai macam saya.... Aiyo... "Lemak saya 28 plus"..."Yeke Syuha, apsal banyak sangat? Awak nampak kurus je"... Banyak respon macam tu lah kat saya... Hukhukhuk...S.E.D.I.H... Tapi saya bila fikir2 balik pemakanan saya... memang logik lah lemak banyak. Dah kurang lebih 5tahun umi saya berniaga nasi pagi2... Semua jenis nasi ada, nasi dagang, nasi minyak, nasi kerabu, nasi lemak... semua ada... Makan pulak kadang2, before pukul 12 ttu dah 2 pinggan, kuih lagi...aiyooo...

Memang saya kurus... berat yang paling berat pun pernah cecah 50kg... Tapi yang ideal selalunya 48-49kg ler... Kependekkan pulak 156cm...Kira BMI ok la...20+
Sejak hari tu, saya mula control makan... tapi bukan diet taw... control je, kurangkan makanan yang ada lemak banyak2, makanan yang ada minyak yang banyak... Kuantiti tetap sama. Cuma tak makan kenyang terlampau. Makanan merapu2 macam cakedes, jajan tuh saya memang dah kurang terus... 4  or 5 bulan lepas tu alhamdulillah, lemak dari 28 plus turun 24 plus... happy3...hehehehehe... Sampai sekarang, memang saya control... Takut la, sekarang banyak penyakit... Lemak ni bahaya, boleh buat sakit jantung, darah tinggi, kencing manis... 

Di sebabkan U saya dekat ngan rumah, saya selalu balik rumah. Dan secara tak lansungnya memang saya control pemakanan keluarga saya terutamanya umi dan ayah saya...hehehe... (Kalau adik-beradik saya baca, please jangan inform umi ayah...malu)... Control macam mana??? Contohnya, kalau masak yang melibatkan santan tuh, saya cakap la..."Kita buat cair2 jelah, rasa nak makan cair2 je, muak pekat2"...hehehehe....

Ok anak2...meh mummy nak pesan sikit:
1. Kalau kita kurus pun, jangan nak makan lebih dari had... Kalau boleh jangan fikir "makan je lah banyak pun, badan tak naik jugak."
2. Jaga pemakanan walaupun masih muda, sebab effect dia mungkin bukan sekarang... Tapi time dah tua nanti...
3. Jaga pemakanan niat untuk jaga kesihatan... Bila kita jaga kesihatan, boleh dapat pahala taw, sebabnya... kita jaga nikmat segala organ2 yang dikurniakan Allah... Kalau dah jaga, sakit juga, itu lain cerita... mungkin ujian... tapi at least ada pahala kita cuba menjaga dah.
4. Heeee...tu je.... kesihatan nikmat yang sangat mahal... Peace~


.




Thursday, August 4, 2011

terpegang tangan..ops sorry~

Orang tua2 selalu cakap, kalau tengah makan berhidang, tiba2 kalau bertembung tangan dalam pinggan yang sama (contohnya tangan bertembung sebab nak ambik lauk yang sama), itu tandanya ada orang nak ada orang nak datang.... Hohohoo.... yeke??? Aku pun tak pasti....

Tapi kan...

Masa sahur Selasa lepas, saya nak ambik botol kicap, umi saya pun nak ambik jugak.... So, berlaga lah tangan kami... Umi pun cakap:

"Ada orang nak mari niyh"... 
"Siapa dia nak mari??? Macam tak ada je" jawab saya.

Takpe, kita tengok nanti.... Betul ke tak ada orang nak datang? Masa saya keluar nak pergi beli tiket nak ke KL time tengahhari, tiba2 je pak saudara call. 

"Nak gi Melaka ni, tapi nak singgah Kuantan dulu, bawa cek sekali(nenek saya)".
"Esok nak g KL umah Kaklong niyh."
"Gi sekali lah, memang nak g KL pun, cek nak gi tengok cicit ni." 

"Patut la tadi berlaga tangan, Betul kan petua orang tua2 niyh."
" Satu lagi, kalau rama2 datang, tanda memang ada orang nak datang rumah la tuh, tak hari ni esok, tak pun lusa"...

Kadang2 boleh pakai, kadang2 salah jugak koooot... Mungkin kebetulan je kan??? Apa2 pun, saya tak tahu... mungkin AURA ALAM... hahahahahha.

Sekarang di KL lah saya untuk beberapa hari...:-)

Tuesday, August 2, 2011

Siapa yang tak makan malam, cepat tua!!!

Ni sedikit perkongsian dari apa yang saya belajar dalam kelas dulu... Kita blaja omputeh sket yer... hehehe...

1. Rasulullah saw said,' The stomach is adobe of disease'. And he also said '...if the stomach is diseased, then the blood vessels end up becoming diseased as well.'
(This was transmitted by Abu Nu'man)

Haaa...betul apa, banyak penyakit yang bermula dari perut, maksudnya bermula dari pemakanan la... Contohnya, makan manis manyak2, kencing manis lah jawabnya... Makan ikan kering, masin2 manyak2, darah tinggi... kan3???

2. Rasulullah saw said,' ... If possibble, one third of stomach is for food, one third for drink, and one third for one's breath.'
(This was trasmitted by an-Nasai & at-Tirmidhi)

Stomach kita ni capacity nye 500-600g je... Pandai2lah kita bahagi yer~

3. Rasullullah saw said,' The believer puts food into one stomach, the unbeliever into seven.'

Mak ai, banyaknye perut...sampai 7??? Bukan macam tuh, makanan yang kita makan dari mulut sampai lah jadi najis mutawassitah yang keluar dari anus tuh, melalui 7 bahagian... jap saya bilang yer: oesophagus, stomach, duodenum, jejunum, ileum, colon, rectum... haaa, betullah tujuh... Ingat, kita kena isi perut je... bukan makan sampai isi semua ruang dan manpatkan semua bahagian2 ni.

4. Rasulullah saw said,' Digest your food with the name of Allah,  And do not go to sleep immediately after eating, for this will make you constipated.'
(This was transmitted by Abu Nu'man)

Jangan tidur terus yer lepas makan, nanti sembelit...

5. Rasulullah saw said,' Eat some supper, even if it only a handful of dry bread, for going without evening meal makes you grow old.'
(This was transmitted by at-Tirmidhi)

Jeng3, siapa yang sebelum ni cakap "eee, xmau la makan malam, nanti gemuk".... Hahahaha... mungkin kamu akan kurus, tapi kamu akan kelihatan lebih tua... So, betullkan diet, at least makan something for dinner ok... Apa yang saya belajar dalam bab perut2 nih memang enzim2 untuk pencernaan banyak di waktu petang berbanding waktu2 yang lain. If nak diet sangat, take your breakfast, skip your lunch, but make sure you have your dinner...

Makan niat mengikut sunnah, semoga pahala mengiringi kita~