Sunday, June 19, 2011

zikir: sehari berzikir


Kadang2 kita cukup sibuk dengan urusan seharian, berzikir pun hanya selepas solat. Waktu lain, mungkin kita lupa... Di sini ada caranya untuk menambahkan zikir kita kepada Allah swt. Cuba cari waktu untuk berzikir apabila:

1. Ketika mencuci pinggan (sebiji pinggan sekali zikir)
2. Ketika menjemur, mengangkat, dan melipat kain (sehelai baju sekali zikir)
3. Ketika iklan di televisyen.
4. Ketika menunggu seseorang ( kalau nak merungut tunggu sahabat Itu sampai depan mata dahulu...hehehe...sebelum dia sampai kita zikir dahulu)
5. Setiap kali handphone bergetar atau berbunyi.
6. Setiap kali menyelak helaian akhbar atau buku.
7. Setiap kali mahu mengcomment di Facebook.
8. Setiap kali mengclick melihat page seseorang di Facebook, twitter, blog dan sebagainya.
9. Setiap kali siaran radio mendendangkan lagu.
10. Setiap kali mengubah kedudukan dari bangun ke duduk, dari tidur ke bangun dan sebagainya.

SEMOGA KITA BERJAYA MENCUBA....^^,

***
Apa itu zikir? Zikir itu ingat (mengingati).
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 152 (2:152):


فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ
" Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberi rahmat dan pengampunan), Dan bersyukurlah kepadaKu, serta jangan ingkar (kepada nikmatKu)"

Kring kring kring...telefon berbunyi..."Assalamualaikum A. Ko apa khabar? Ko kat mana ni?"sapa B kepada A. " Waalaikummussalam. Eh B, aku baru teringat kat ko, tup3 ko dah call aku dulu...Ada chemistry betullah kita niyh..."

Begitulah juga bila kita berzikir kepada Allah swt, ingat kepadaNya, Allah juga ingat kepada kita. Kita akan merasakan aura yang lebih dekat kepadaNya.

Apa faedah zikir?
Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 35 (33:35):


وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا...
" ... Laki2 dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampuanan dan pahala yang agung."

Zikir merupakan satu cara untuk memohon keampunan dari Allah swt... Allah yang Maha Pemurah bukan sahaja memberi kemaafan kepada hambaNya, malah memberikan ganjaran pahala yang besar kepada hambaNya yang berzikir.

Bagaimana cara untuk berzikir?
Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf ayat 205 (7:205):


وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ
الْغَافِلِينَ
" Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (pada siksaanNya), serta tidak mengeraskan suara, di pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk orang2 yang lalai."

Berzikir seikhlasnya kepada Allah yang Maha Esa...rendah diri, rasa takut dan merendahkan suara merupakan rasa seorang hamba kepada tuannya iaitu Allah swt.














"SEMOGA HATI YANG TERDETIK, LIDAH YANG BERGERAK APABILA BERZIKIR KEPADA ALLAH MENJADI SAKSI AMALAN KITA DI AKHIRAT KELAK"


No comments:

Post a Comment