Saturday, June 18, 2011

keperibadian mengikut turutan kelahiran...along?angah?achik?ude?ateh?usu? dan sebagainya ~

"Ko ni cool je aku tengok..kalau aku,dah angin dah orang buat kat aku macam tuh..."

Pernah tak dengar ayat ni kat mana2? dalam drama ke, novel ke... xpun, ni ayat yang pernah kita guna...hehehe... kalau melihat kepada ayat itu, perangai manusia memang berbeza...ada cool, ada hot, ada emo, ada blur... memang pelbagai lah...

Ni saya nak cerita sikit perangai manusia mengikut turutan kelahiran dalam keluarga berdasarkan kajian Dr. Syuha....

Biasa dengar kan pasal tanah,air,api dan angin? Yang orang tua2 selalu cakap...anak pertama unsur dia tanah, kedua air dan seterusnya..Kali ni kajiannya lain sikit..Dr. Syuha tel membuat kajian mengikut 4 musim dunia...Kalau mengikut musim2 asas dunia, empat musim semuanya kan?...saya rasa dah betul dah..ke kurang?ke lebih? tapi cikgu geography saya cakap macam tu lah dulu...ada 4 musim dunia ni...panas,sejuk,luruh dan bunga...haa,yang mana satu kamu suka?

Anak sulung=musim luruh

Cantik tak? cantikkan musim luruh... daun2 yang berguguraan di sana sini... tapi kat malaysia tak ada musim luruh ni. Kalau englishnya, autumn season... cerita korea ada jugak pasal musim luruh ni..autumn in my heart...luruh dalam hati saya...huhu...saya pun tak faham...

Haa.. apa kaitannya musim luruh dengan anak pertama? Cuba perhatikan pokok dan daun2 yang berguguran...Apa yang anda nampak? Cecite2... Tapi kalau orang Melayu, anak pertama ni unsurnya tanah.

Basicnya, anak sulung ni berpendirian... walaupun daun2 gugur dari pohon ni, pohon ni tetap utuh berdiri
...

Sikap semulajadi anak pertama:

1. Tegas
2. Berkepimpinan
3. Ego yang tidak keterlaluan... contohnya, cakap dia je betul..tapi kalau pandai cara kita berbicara dengan mereka, dia boleh serta merta menerima pendapat kita.
4. Suka jadi pengarah (boleh la jadi pengarah drama kan?kan?kan?)
5. Pemurah
6. Berdikari (walaupun daun2 habis dah luruh, batang pokok tetap utuh berdiri..hehe)
7. Kurang romantik (betul ke?nanti Dr. Syuha teruskan mengkaji lagi)
8. Pemendam rasa
9. Luas pengetahuan
10. Cepat bersangka baik atau buruk (judge the book by the coverlah maksudnya)

Anak kedua=musim sejuk

Waaah...salji,sejuknyaaaa...nama pun musim sejuk. Kalau mengikut kajian Dr. Syuha, berpadanan lah dengan kajian orang zaman dulu2...Katanya, anak kedua ni unsurnya air...
Kira sama lah kan air dengan salji... Salji kan dari air.. air yang beku... hahaha...

Erm... apa sifat air ni? Air ni suatu unsur yang indah, molekul2 air pun cantik...tak caya? cari dalam buku... cari dalam internet pun tak apa.

Air ni basicly, tenanglah... Macam tu lah jugak anak kedua ni... tapi tak semestinya kan.. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya...



Sikap semulajadi anak kedua:

1. Perangai yang mengambil mudah
2. Patuh arahan (bagus ni kalau nak ambik kerja)
3. Suka berfikir
4. Sensitif tetapi masih rasional
5. Cepat berubah fikiran
6. Pandai mengambil hati
7. Mudah marah dan mudah dipujuk (kejap tenang, kejap berombak)
8. Senang memaafkan tetapi sukar melupakan
9. Sedikit kedekut tetapi boleh bertukar menjadi terlalu boros dalam keadaan tertentu.
10. Suka berahsia (sebab tu bahaya, buaya sembunyi dalam air kita tak tahu)

Anak ketiga=musim panas

Summer season...mat salleh minat sangat la musim ni...boleh berjemur katanya... Kalau versi Melayu, anak ketiga ni peribadinya berunsurkan api... Dr. Syuha punya kajian pun menunjukkan keputusan yang kurang lebih sama dengan versi melayu... Yelah, musim panas kan panas...api pun panas...

So, adakah Dr. Syuha menyifatkan anak ketiga sebagai anak yang panas? Asyik kena pasang kipas je 24 jam...macam tu ke???

Tidaklah, summer kan waktu siang panjang, lebih banyak cahaya matahari...Cahaya ni satu bentuk tenaga jugak... So, anak ketiga ni kuatlah orangnya... banyak tenaga kan... Sifat2 anak ketiga pun cukup bertenaga... Bacalah kat bawah ni..hehe.





Sikap semulajadi anak ketiga:

1. Kuat berangan
2. Emosional
3. Daya juang yang tinggi (genggam bara api biar samapai jadi arang)
4. Suka kelihatan cantik(seperti matahari yang menyinar)
5. Degil
6. Suka menolong
7. Berfikiran positif (bagusnya)
8. Pemberontak jika tidak mengikut kemahuannya
9. Cerdas akalnya
10. Kurang berahsia

Anak keempat=musim bunga

Bersyukurlah diberi nikmat penglihatan oleh ALLAH swt... cantikkan bunga2 ni... sekarang kita meneruskan pengembaraan ke spring season iaitu anak keempat....Kalau orang lama2, mereka kata anak keempat ni berangin sikit...unsur angin lah katakan...

Apa yang boleh dikaitkan anak keempat dengan musim bunga ni? mungkinkah maksudnya dalam hati ada taman? hahahaha...

Mengikut perspektif Dr. Syuha, anak keempat ini sukar diramal sikapnya dari anak2 yang lain.. sebabnya,luaran nampak lain, dalaman berbeza... mungkin dia nampak keras, tetapi lembut hatinya atau mungkin terbalik. Kepada anak keempat, tepuk dada tanya hati betul ke tak ada taman...hehehe...


Sikap semulajadi anak keempat:

1. Sukakan perhatian
2. Manja
3. Mempunyai kekuatan jiwa
4. Kurang bicaranya (yang diam itu emas...tak gitu?)
5. Cerewet
6. Mempunyai simpati yang tinggi
7. Ego
8. Berfikiran jauh
9. Kurang rajin
10. Kreatif

Allah Maha Kaya...Dia menciptakan manusia dengan pelbagai sikap dan perangai supaya kita saling melengkapi... Contohnya, seorang sahabat yang mudah marah, ditenangkan oleh sahabatnya yang tenang sikapnya...Atau mungkin juga, seorang suami yang kuat berangan dibebelkan oleh isterinya supaya tersedar dari lamunan...hahaha...gurau2 ye...jangan marah...

Bagi anak kelima,keenam,ketujuh...jangan bersedih anda tidak disenaraikan,kerana pusingannya adalah sama...anak kelima=anak pertama, anak keenam=anak kedua dan seterusnya....

Renungkan2...tapi janganlah percaya sangat...Dr. Syuha hanya seseorang yang suka memerhati dan berekperimen di dalam mindanya sahaja....hehehe...

3 comments:

  1. hehe syuu..hns winter...=)

    ReplyDelete
  2. maklumat yang baik . patutlah . hahaha . :) tinggal jejak kat sini .

    ReplyDelete