Sunday, June 5, 2011

rasa itu indah~

choose....which one are you right now???


rasa itu indah???erm...what is that ya??? setiap hari, kita melalui pelbagai rasa dalam meniti hari2...we can feel happy, sad, worried, excited, moody, laughter, hate, anger and so on. kadang2, kita boleh mempunyai banyak rasa dalam satu masa. am i right??? Dalam meniti hari2, kita melukis pelbagai kenangan suka duka. Cerita yang saya nak kongsi di blog ni bukan lah untuk nak cari publisiti, tapi saja2 untuk kepuasan diri...coz saya tengok ramai je yang menulis blog...so,teringin lah jugak ada blog sendiri...hahaha...manalah tahu suatu hari nanti anak saya tanya "mummy, mummy masa muda2 dulu macam mana?cerita la mummy..."..so, xyah la susah2 nak recall, tersipu2... jawab je la "just read my blog dear"...cewaaaahh...jauh la pulak berangan2 kan...ish3...

yang pasti, hari esok kita perlu menjadi manusia yang lebih baik dari hari ini... Oleh itu kita mesti mengambil pengajaran dari apa yang kita lalui hari ini... Luaskan pandangan, kerna kadang2 Allah mahu memberi kesedaran kepada hambaNya, mahu mengajar hambaNya, bukan melalui dirinya sendiri... mungkin juga melalui pengamatan sekeliling...

Contohnya, kisah HABIL dan QABIL...
Habil telah dibunuh oleh Qabil kerana Habil cemburukan saudaranya Habil. Qabil tidak tahu bagaimana caranya untuk menguruskan mayat Habil kerana itulah pembunuhan pertama di muka bumi ini. Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:"Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?"...

Sebagai seorang hamba, kita perlu mengambil contoh dan tauladan dalam setiap peristiwa yang kita lalui, kita lihat, kita dengar, atau kita baca... Kesimpulannya, setiap hari apa yang kita rasa, kita suka rasa itu atau kita tidak suka akan rasa itu... bersyukurlah...kerana rasa gembira, sedih, suka dan duka semuanya nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t...

Hidup perlu pelbagai rasa, untuk melakar perjalanan peristiwa... ^___^

1 comment:

  1. dr semut kecil..
    nicelah entry awk..hehe..matang susunan tinta2nya..have a good day awk

    ReplyDelete