Friday, June 10, 2011

tolong ingatkan aku~

Wahai sekalian manusia, tolonglah ingatkan aku...
ingat kan ape??
Ingatkan lah yang aku ni dah tua... dah semakin menghampiri mati... entah esok, entah lusa,tak pun sekejap lagi...
Aik, kau kan baru je 22..
Yela, aku tahu la hari ni aku baru 22 tahun.. tapi mati tu tak kira kita umur brape2 pun...

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Dalam hadis yang lain pula Nabi s.a.w bersabda yang berm
aksud " Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya".

*****
Inilah kek hari jadi saya...kek ke kuih ni? dua2 pun boleh...^____^

"Selamat hari lahir yang ke22, semoga panjang umur dengan umur2 yang berkat dan bermanfaat, semoga dirahmati ALLAH, dimakbulkan segala hajat yang baik2, ditingkatkan iman dan taqwa, dikurniakan jodoh yang baik di sisi ALLAH s.w.t, disayangi oleh semua makhluk Allah, dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal dan berkat, diperelokkan rupa paras, akhlak dan ibadat, istiqamah dalam ketaatan kepada ALLAH, diselamatkan dari azab api neraka, dihidupkan dan dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan dimuliakan di sisi ALLAH, serta menjadi orang2 yang ditempatkan di syurga ALLAH yang mulia..saya sayang syuha...Amiin."(dengan sahabat kita kenalah berkasih sayang kan...hehehe)

Today is my birthday... Inilah diantara mesej yang menyentuh hati saya...
Sahabat ni berkata lagi kepada saya "kalau saya dah tiada, baru awak boleh lupakan saya."
Bagi saya persahabatan bukan sekadar di dunia, persahabatan yang ikhlas akan memberi ganjaran di akhirat kelak. "Kalau saya dah tak ada, jangan lupa sedekahkan al-Fatihah untuk saya". Inilah jawapan saya untuk dia... Semoga kamu gembira sekarang, tak dapat nak contact dia sebab dia balik kampung tempat yang tak ada line celcom... hahahahaha..dia hantar mesej awal2...pandainya~

Sebenarnya sahabat2, doa seorang sahabat lagi penting dari hadiah yang bertimbun2 di hari jadi... Jika tidak mampu menggembirakan sahabat2 dengan hadiah atau ganjaran, cukuplah mendoakan sahabat kita seikhlas hati supaya hidupnya sentiasa tenang dan gembira... Itu lebih bernilai saya fikir...

Anyway, thank you my friends for remembering the day when i first seeing the world...thanks for all wishes and prayers...i really2 appreciate them...may Allah bless all of you... May ALLAH gives us rewards for our ukhwah...

SELAMAT HARI LAHIR SYUHADA...JADI MANUSIA YANG LEBIH BAIK TAU!!!^^

1 comment: