Wednesday, June 22, 2011

maaf: apa ertinya?


Situasi 1: "Saya minta maaf kat awak, saya dah buat silap macam ni macam tu masa dulu....bla bla bla..."

Situasi 2: "Saya minta kat awak andai saya buat salah, andai saya silap dan bla bla bla...."

Situasi 3: "Saya minta maaf kat awak, saya tak sengaja, saya terpaksa bla bla bla...."

Memohon maaf bukan sesuatu yang hanya diperlukan ketika kita melakukan kesilapan sahaja... Kita perlu memohon maaf setiap masa contohnya seperti situasi di atas; sedar kesilapan kita, tidak tahu sama ada silap atau tidak (mungkin kesilapan yang mengguris hati, hati kan tak nampak), atau kesilapan yang tanpa disengajakan.

Jawapan standard yang biasa diterima:

"Ok, aku maafkan"... atau mungkin

"Aku maafkan, tapi aku susah sikit la nak lupa"
.... atau yang lebih menakutkan

"Amboi2, senang2 nye ko mintak maaf ye, sikit2 mintak maaf, ko ingat dengan maaf je boleh selesai masalah ke hah???"


Juga ada 3 situasi; dimaafkan, dimaafkan dengan bersyarat, dan sukar dimaafkan.

*_* <<< Pening... Apa erti maaf??? Mungkin ada yang kata maaf itu melupakan... Tapi bagaimana pula dimaafkan tapi tidak akan melupakan??? Erm...

Kadang2 kita sendiri mungkin mengalami masalah ini... Kita memaafkan seseorang, tetapi masih mengingati kesalahan itu...Sebenarnya,

MAAF BERERTI TIDAK MENGUNGKIT!

Ada kesalahan yang kita mudah melupakan begitu sahaja, ada kesalahan yang kita maafkan tetapi masih mengingatinya walaupun sedaya upaya cuba melupakan... di sinilah erti maaf yang sebenar... Kita tidak mengungkit lagi kesalahan itu dan masih memberi peluang kepada individu itu.

Ramai orang walaupun sudah memaafkan tapi masih mengungkit contohnya:

"Ala, dia tu memang macam tu, dulu dia buat kat aku lagi teruk...bla bla bla, tapi aku dah maafkan dah."

Walaupun kita tidak dapat melupakan kesalahan seseorang, cubalah tidak untuk mengungkitnya kembali... Bayangkan jika Allah swt mengungkit semula kesalahan yang kita buat setelah kita bertaubat... Sedih kan? Begitulah perasaan apabila kesalahan yang telah dimaafkan diungkitkan semula... (Renung2kan, selamat berfikir~)

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 143 (4:143) yang bermaksud:

"...Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan."


















Sunday, June 19, 2011

zikir: sehari berzikir


Kadang2 kita cukup sibuk dengan urusan seharian, berzikir pun hanya selepas solat. Waktu lain, mungkin kita lupa... Di sini ada caranya untuk menambahkan zikir kita kepada Allah swt. Cuba cari waktu untuk berzikir apabila:

1. Ketika mencuci pinggan (sebiji pinggan sekali zikir)
2. Ketika menjemur, mengangkat, dan melipat kain (sehelai baju sekali zikir)
3. Ketika iklan di televisyen.
4. Ketika menunggu seseorang ( kalau nak merungut tunggu sahabat Itu sampai depan mata dahulu...hehehe...sebelum dia sampai kita zikir dahulu)
5. Setiap kali handphone bergetar atau berbunyi.
6. Setiap kali menyelak helaian akhbar atau buku.
7. Setiap kali mahu mengcomment di Facebook.
8. Setiap kali mengclick melihat page seseorang di Facebook, twitter, blog dan sebagainya.
9. Setiap kali siaran radio mendendangkan lagu.
10. Setiap kali mengubah kedudukan dari bangun ke duduk, dari tidur ke bangun dan sebagainya.

SEMOGA KITA BERJAYA MENCUBA....^^,

***
Apa itu zikir? Zikir itu ingat (mengingati).
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 152 (2:152):


فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ
" Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberi rahmat dan pengampunan), Dan bersyukurlah kepadaKu, serta jangan ingkar (kepada nikmatKu)"

Kring kring kring...telefon berbunyi..."Assalamualaikum A. Ko apa khabar? Ko kat mana ni?"sapa B kepada A. " Waalaikummussalam. Eh B, aku baru teringat kat ko, tup3 ko dah call aku dulu...Ada chemistry betullah kita niyh..."

Begitulah juga bila kita berzikir kepada Allah swt, ingat kepadaNya, Allah juga ingat kepada kita. Kita akan merasakan aura yang lebih dekat kepadaNya.

Apa faedah zikir?
Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 35 (33:35):


وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا...
" ... Laki2 dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampuanan dan pahala yang agung."

Zikir merupakan satu cara untuk memohon keampunan dari Allah swt... Allah yang Maha Pemurah bukan sahaja memberi kemaafan kepada hambaNya, malah memberikan ganjaran pahala yang besar kepada hambaNya yang berzikir.

Bagaimana cara untuk berzikir?
Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf ayat 205 (7:205):


وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ
الْغَافِلِينَ
" Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (pada siksaanNya), serta tidak mengeraskan suara, di pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk orang2 yang lalai."

Berzikir seikhlasnya kepada Allah yang Maha Esa...rendah diri, rasa takut dan merendahkan suara merupakan rasa seorang hamba kepada tuannya iaitu Allah swt.














"SEMOGA HATI YANG TERDETIK, LIDAH YANG BERGERAK APABILA BERZIKIR KEPADA ALLAH MENJADI SAKSI AMALAN KITA DI AKHIRAT KELAK"


Saturday, June 18, 2011

keperibadian mengikut turutan kelahiran...along?angah?achik?ude?ateh?usu? dan sebagainya ~

"Ko ni cool je aku tengok..kalau aku,dah angin dah orang buat kat aku macam tuh..."

Pernah tak dengar ayat ni kat mana2? dalam drama ke, novel ke... xpun, ni ayat yang pernah kita guna...hehehe... kalau melihat kepada ayat itu, perangai manusia memang berbeza...ada cool, ada hot, ada emo, ada blur... memang pelbagai lah...

Ni saya nak cerita sikit perangai manusia mengikut turutan kelahiran dalam keluarga berdasarkan kajian Dr. Syuha....

Biasa dengar kan pasal tanah,air,api dan angin? Yang orang tua2 selalu cakap...anak pertama unsur dia tanah, kedua air dan seterusnya..Kali ni kajiannya lain sikit..Dr. Syuha tel membuat kajian mengikut 4 musim dunia...Kalau mengikut musim2 asas dunia, empat musim semuanya kan?...saya rasa dah betul dah..ke kurang?ke lebih? tapi cikgu geography saya cakap macam tu lah dulu...ada 4 musim dunia ni...panas,sejuk,luruh dan bunga...haa,yang mana satu kamu suka?

Anak sulung=musim luruh

Cantik tak? cantikkan musim luruh... daun2 yang berguguraan di sana sini... tapi kat malaysia tak ada musim luruh ni. Kalau englishnya, autumn season... cerita korea ada jugak pasal musim luruh ni..autumn in my heart...luruh dalam hati saya...huhu...saya pun tak faham...

Haa.. apa kaitannya musim luruh dengan anak pertama? Cuba perhatikan pokok dan daun2 yang berguguran...Apa yang anda nampak? Cecite2... Tapi kalau orang Melayu, anak pertama ni unsurnya tanah.

Basicnya, anak sulung ni berpendirian... walaupun daun2 gugur dari pohon ni, pohon ni tetap utuh berdiri
...

Sikap semulajadi anak pertama:

1. Tegas
2. Berkepimpinan
3. Ego yang tidak keterlaluan... contohnya, cakap dia je betul..tapi kalau pandai cara kita berbicara dengan mereka, dia boleh serta merta menerima pendapat kita.
4. Suka jadi pengarah (boleh la jadi pengarah drama kan?kan?kan?)
5. Pemurah
6. Berdikari (walaupun daun2 habis dah luruh, batang pokok tetap utuh berdiri..hehe)
7. Kurang romantik (betul ke?nanti Dr. Syuha teruskan mengkaji lagi)
8. Pemendam rasa
9. Luas pengetahuan
10. Cepat bersangka baik atau buruk (judge the book by the coverlah maksudnya)

Anak kedua=musim sejuk

Waaah...salji,sejuknyaaaa...nama pun musim sejuk. Kalau mengikut kajian Dr. Syuha, berpadanan lah dengan kajian orang zaman dulu2...Katanya, anak kedua ni unsurnya air...
Kira sama lah kan air dengan salji... Salji kan dari air.. air yang beku... hahaha...

Erm... apa sifat air ni? Air ni suatu unsur yang indah, molekul2 air pun cantik...tak caya? cari dalam buku... cari dalam internet pun tak apa.

Air ni basicly, tenanglah... Macam tu lah jugak anak kedua ni... tapi tak semestinya kan.. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya...



Sikap semulajadi anak kedua:

1. Perangai yang mengambil mudah
2. Patuh arahan (bagus ni kalau nak ambik kerja)
3. Suka berfikir
4. Sensitif tetapi masih rasional
5. Cepat berubah fikiran
6. Pandai mengambil hati
7. Mudah marah dan mudah dipujuk (kejap tenang, kejap berombak)
8. Senang memaafkan tetapi sukar melupakan
9. Sedikit kedekut tetapi boleh bertukar menjadi terlalu boros dalam keadaan tertentu.
10. Suka berahsia (sebab tu bahaya, buaya sembunyi dalam air kita tak tahu)

Anak ketiga=musim panas

Summer season...mat salleh minat sangat la musim ni...boleh berjemur katanya... Kalau versi Melayu, anak ketiga ni peribadinya berunsurkan api... Dr. Syuha punya kajian pun menunjukkan keputusan yang kurang lebih sama dengan versi melayu... Yelah, musim panas kan panas...api pun panas...

So, adakah Dr. Syuha menyifatkan anak ketiga sebagai anak yang panas? Asyik kena pasang kipas je 24 jam...macam tu ke???

Tidaklah, summer kan waktu siang panjang, lebih banyak cahaya matahari...Cahaya ni satu bentuk tenaga jugak... So, anak ketiga ni kuatlah orangnya... banyak tenaga kan... Sifat2 anak ketiga pun cukup bertenaga... Bacalah kat bawah ni..hehe.





Sikap semulajadi anak ketiga:

1. Kuat berangan
2. Emosional
3. Daya juang yang tinggi (genggam bara api biar samapai jadi arang)
4. Suka kelihatan cantik(seperti matahari yang menyinar)
5. Degil
6. Suka menolong
7. Berfikiran positif (bagusnya)
8. Pemberontak jika tidak mengikut kemahuannya
9. Cerdas akalnya
10. Kurang berahsia

Anak keempat=musim bunga

Bersyukurlah diberi nikmat penglihatan oleh ALLAH swt... cantikkan bunga2 ni... sekarang kita meneruskan pengembaraan ke spring season iaitu anak keempat....Kalau orang lama2, mereka kata anak keempat ni berangin sikit...unsur angin lah katakan...

Apa yang boleh dikaitkan anak keempat dengan musim bunga ni? mungkinkah maksudnya dalam hati ada taman? hahahaha...

Mengikut perspektif Dr. Syuha, anak keempat ini sukar diramal sikapnya dari anak2 yang lain.. sebabnya,luaran nampak lain, dalaman berbeza... mungkin dia nampak keras, tetapi lembut hatinya atau mungkin terbalik. Kepada anak keempat, tepuk dada tanya hati betul ke tak ada taman...hehehe...


Sikap semulajadi anak keempat:

1. Sukakan perhatian
2. Manja
3. Mempunyai kekuatan jiwa
4. Kurang bicaranya (yang diam itu emas...tak gitu?)
5. Cerewet
6. Mempunyai simpati yang tinggi
7. Ego
8. Berfikiran jauh
9. Kurang rajin
10. Kreatif

Allah Maha Kaya...Dia menciptakan manusia dengan pelbagai sikap dan perangai supaya kita saling melengkapi... Contohnya, seorang sahabat yang mudah marah, ditenangkan oleh sahabatnya yang tenang sikapnya...Atau mungkin juga, seorang suami yang kuat berangan dibebelkan oleh isterinya supaya tersedar dari lamunan...hahaha...gurau2 ye...jangan marah...

Bagi anak kelima,keenam,ketujuh...jangan bersedih anda tidak disenaraikan,kerana pusingannya adalah sama...anak kelima=anak pertama, anak keenam=anak kedua dan seterusnya....

Renungkan2...tapi janganlah percaya sangat...Dr. Syuha hanya seseorang yang suka memerhati dan berekperimen di dalam mindanya sahaja....hehehe...

Friday, June 10, 2011

tolong ingatkan aku~

Wahai sekalian manusia, tolonglah ingatkan aku...
ingat kan ape??
Ingatkan lah yang aku ni dah tua... dah semakin menghampiri mati... entah esok, entah lusa,tak pun sekejap lagi...
Aik, kau kan baru je 22..
Yela, aku tahu la hari ni aku baru 22 tahun.. tapi mati tu tak kira kita umur brape2 pun...

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Dalam hadis yang lain pula Nabi s.a.w bersabda yang berm
aksud " Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya".

*****
Inilah kek hari jadi saya...kek ke kuih ni? dua2 pun boleh...^____^

"Selamat hari lahir yang ke22, semoga panjang umur dengan umur2 yang berkat dan bermanfaat, semoga dirahmati ALLAH, dimakbulkan segala hajat yang baik2, ditingkatkan iman dan taqwa, dikurniakan jodoh yang baik di sisi ALLAH s.w.t, disayangi oleh semua makhluk Allah, dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal dan berkat, diperelokkan rupa paras, akhlak dan ibadat, istiqamah dalam ketaatan kepada ALLAH, diselamatkan dari azab api neraka, dihidupkan dan dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan dimuliakan di sisi ALLAH, serta menjadi orang2 yang ditempatkan di syurga ALLAH yang mulia..saya sayang syuha...Amiin."(dengan sahabat kita kenalah berkasih sayang kan...hehehe)

Today is my birthday... Inilah diantara mesej yang menyentuh hati saya...
Sahabat ni berkata lagi kepada saya "kalau saya dah tiada, baru awak boleh lupakan saya."
Bagi saya persahabatan bukan sekadar di dunia, persahabatan yang ikhlas akan memberi ganjaran di akhirat kelak. "Kalau saya dah tak ada, jangan lupa sedekahkan al-Fatihah untuk saya". Inilah jawapan saya untuk dia... Semoga kamu gembira sekarang, tak dapat nak contact dia sebab dia balik kampung tempat yang tak ada line celcom... hahahahaha..dia hantar mesej awal2...pandainya~

Sebenarnya sahabat2, doa seorang sahabat lagi penting dari hadiah yang bertimbun2 di hari jadi... Jika tidak mampu menggembirakan sahabat2 dengan hadiah atau ganjaran, cukuplah mendoakan sahabat kita seikhlas hati supaya hidupnya sentiasa tenang dan gembira... Itu lebih bernilai saya fikir...

Anyway, thank you my friends for remembering the day when i first seeing the world...thanks for all wishes and prayers...i really2 appreciate them...may Allah bless all of you... May ALLAH gives us rewards for our ukhwah...

SELAMAT HARI LAHIR SYUHADA...JADI MANUSIA YANG LEBIH BAIK TAU!!!^^

Sunday, June 5, 2011

kisah engineer tak menjadi


UTM Skudai...tempat first saya mengenali dunia baru.


pusat asasi UIA Petaling Jaya...satu nikmat masuk sini.


UIA Kuantan main campus...sekarang saya ada di sini lah...

2007, 2008, 2009, 2010, 2011…wow…already 5 years in university…kenapa tak grad2 lagi ni syuha oi??? how fast the time is…feel like im still teens…
I’m a pharmacy student before at foundation center UIA PJ...tuptuptup, masuk main campus Kuantan, saya ada kat Kulliyyah of Medicine…mungkin rezeki saya kat sini kan…
Alhamdulillah… Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya…jauh jugak perjalanan sebelum jadi student medic ni…lepas SPM, poyo2 nak jadi engineer la kan, so pergi la buat foundation engineering kat UTM Skudai…Finish foundation there, then im thinking again, susah ooo engineering ni...so, kena fikir semula lah bila tawaran UIA datang jemput jadi student pharmacy…jenuh jugak nak fikir… masa ni kira keputusan yang terbesar saya kena decide dalam hidup niyh...soal masa depan ni..hoho... kalau nak jadi engineer, study lagi 4 tahun, kalau nak jadi pharmacist, study lagi 6 tahun (termasuk foundation). Sebenarnya lah kan, saya nak stay UTM je. Tapi saya nampak pancaran wajah umi saya yang penuh pengharapan mengharapkan saya ambil pharmacy, saya pun decide lah nak ke UIA.
Sebenarnya, ada satu sebab terbesar saya tak nak pergi UIA...sebabnya,UIA kena belajar dalam bahasa Arab...saya tak pernah belajar Arab..macam mana saya nak belajar nanti??? Itu lah hal yang asyik saya fikir tak nak masuk UIA...Tapi Allah dah aturkan langkah saya ke UIA...macam mana tu???i dont know how it was happened, saya terbaca kat mana, or mungkin mimpi, or mungkin someone tell me..student pharmacy tak perlu belajar dalam bahasa Arab...statement ni memang lekat dalam minda sampai la saya tarik diri dari UTM and register UIA...betul ke?
So, dengan senang hatinya saya daftar masuk UIA. 2 3 hari kat sana dalam minggu taaruf, barulah saya tahu pharmacy student kena belajar Arab jugak...masa tu memang terdetik dalam hati saya,"Allah memang nak saya menuntut ilmu di sini, Dia tutup apa yang saya takuti untuk saya melangkah daftar di sini. Kalau saya tahu saya kena belajar Arab, memang saya tak datang sini, tapi Allah hapuskan supaya saya fikir saya tak perlu belajar Arab, supaya saya datang sini." Memang banyak kali jugak la saya cakap sorang2 waktu tu... Alhamdullillah,bukan belajar pharmacy dalam Arab yang saya fikir(yang buat saya tak nak datang UIA), rupa2nya belajar subject Arab je...senang je,macam darjah 1...
Dulu saya ingat 6 tahun je saya kat UIA ni...rupa2nya tambah setahun...jadi 7tahun..hehehe..2tahun foundation dekat UIA PJ. 5tahun degree dekat UIA Kuantan(harap2 tak sangkut la...ameen3)... Mengimbau kenangan macam mana saya boleh tukar kos??? Belajar la rajin2 untuk dapat ranking yang tinggi...hahahaha.... Masa ada offer temuduga untuk medic, ada seorang sahabat ni yang sangat baik membantu saya...dia tolong saya uruskan borang semua. (aik, sejak bila dia tahu saya nak jadi doctor?)...sebab masa tu saya balik kampung...thanks a lot my dear friend...semoga Allah juga menolong kamu... Akhirnya, temuduga ok, result ok, dapat la tempat as student medic.
"Inilah kisah mummy sayang, Allah dah aturkan semua jalan hidup mummy. Kita hamba Dia ni kena banyak berusaha, kita kena banyak berdoa, selebihnya serahkan pada Allah... kalau dah tertulis qada' dan qadar, takdir itu akan berlaku...contohnya, kalau dah tertulis mummy ni akan jadi doctor, akan jadi doctor juga...cumanya, jalan untuk mencapai takdir itu kita tidak tahu sama ada cepat, lambat, lurus, atau berliku...So, kena banyak berdoalah sayang ye...semoga dimudahkan segala urusan..."(bicara saya kepada anak2...hahaha)
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: ayat 186).