Monday, January 5, 2015

mengatasi sembelit selepas bersalin

Selepas bersalin biasanya ibu-ibu semestinya mempunyai masalah masing2... for me, selain masalah keterbatasan dalam pergerakan (sebab jalan kena kepit kan..haha) masalah yang utama adalah SEMBELIT!!

Seingat waktu hidup ni, aku memang tak pernah sembelit.... memang berak okay je setiap hari atau 2 kali sehari...pemakanan aku memang everyday ada sayur dan buah... and aku memang hantu buah... memang akan ada buah la kat rumah everyday, pisang ke, epal ke, pauh ke, pear ke, tembikai, timun susu, anggur ke dan termasuklah spesis yang rare contohnya  durian belanda, pisang kaki, plum dan sebagainya... mungkin juga faktor tu menjadikan perut lawas comey lotey.

Pernah la time awal pregnant, after makan iron tablet 3 days, sembelit. Stop terus, increasekan makan buah and after 2 hari dah okay. Tu pun rasa seksa.

Dan after deliver ni, wuaargghhhh... semua orang tak bagi makan buah... suami, umi aku semua tak bagi.... aku dah rasa dah, perubahan habit makan ni mesti sembelit... and mungkin faktor lepas beranak tu sendiri...

Aku minum air banyak... hari pertama tak berak, hari kedua berak cair, tapi tak puas... dan hari ketiga selepas beranak episod sembelit bermula....

Bila rasa sense nak berak tu masuk dalam toilet sampai sejam, tapi menggigil peha-peha, rasa gelap mata.... still jugak tak kuar...

denyut2 habis badan... ggrrrrrr


Dan aku rasa dari bontot sampai ke peha berdenyut2 sepanjang 3 hari. Dari hari ke3 sampai hari ke6... Nak duduk sakit, nak jalan bontot and peha berdenyut2... aku rasa lemah sangat badan ni... Aku biasa tak tunjuk lemah, tapi sepanjang 3 hari ni aku memang lemah... nak duduk sakit, nak nyusu anak seksa, berdenyut2, rasa bontot and peha tu macam lumpuh je.. And sepanjang 3 hari juga aku makan ubat tahan sakit.

So, apa yang aku buat untuk mengeluarkan najis sembelit tu?

1. Haruslah berdoa. Setiap suapan makanan ke dalam mulut aku berdoa moga Allah jadikan asbab dengan makanan tu aku tak sembelit.
2. Makan syrup lactulose (beli kat farmasi). 10ml malam. 10ml pagi. Lepastu adjust sendiri.
3. Bila ada sense nak berak, masuk toilet dengan hati tenang, make sure anak dah habis menyusu or tidur.
4. Lepas tu aku teringat suami aku kata cara berak ikut Rasulullah saw. Kepala lentokkan ke kanan, tangan tekan dekat perut sebelah kiri. Aku lurut2 kan dari perut bahagian kiri hingga ke atas ari2 tu. And it is work! Sense nak berak akan lagi kuat! Aku boleh rasa najis yang terkumpul kat situ.

sebab tu la nabi ajar tekan perut sebelah kiri time membuang, bila compare dengan anatomy bila kita tekan belah kiri dan lurutkan ke bawah kita sebenarnya membantu pergerakan najis and mengactivekan nerve2 untuk sense berak itu sendiri.
Alhamdulillah, berketul2 najis keluar, dan sangat terkejut dengan saiznya. Tak pernah lagi dalam hidup najis gedabak besarnya. Sama besar dengan lubang paip.

Dan jangan lupa bersyukur lepas keluar toilet kerana dimudahkan berak. Baru rasa boleh berak tu juga satu nikmat yang Allah beri.

Memang agak sukar, sebab berak tak boleh nak duduk cangkung, kena berak berdiri macam budak2 umur 2-3 tahun pulak rasa. huhuhu... Takut tertetas jahitan.

And after keluar je najis tu, semua kesakitan kat bontot dan peha HILANG! And aku sedar selama ni sakit tu sebab najis yang keras dan besar tu duk menekan tempat jahitan tu, saluran dia kan sebelah2 je, salur beranak yang dijahit dengan salur najis.

Sejak tu, aku memang adjust makan syrup lactulose accordingly. Najis cirit, kurangkan dose or stop dulu. Najis keras, sebaliknya....

Tapi baik cirit la dari keras yang sampai macam batu and kena korek2... Seksa!

And berdasarkan pengalaman sendiri, anak aku berak okay je, takde effect walaupun aku makan lactulose.

Moral of the story: Dah rasa baru memahami! 

No comments:

Post a Comment