Monday, January 5, 2015

Kerana RM22.50 aku relakan!

Entri kali ini aku rasa akan panjang berjela... Dan sambil menaip ni aku rasa aku akan beremosi... (fefeeling macam jadi pelakon lah..kuikuikui)...

Aku berkahwin pada 4 April 2014. Dan sewaktu aku berkahwin memang nice2 after aku period(time subur lah) dan ditakdirkan memang tak datang period terus after kahwin. Maknanya, pregnant lah kan. Orang Melayu kata BUNTING PELAMIN. Aku tak setuju dengan istilah ni, sebab bagi aku BUNTING PENGANTIN la baru betul. kahkahkahkahkah...

And of course, we are shocked after we know and 2 days we are not talk about that(pregnancy). Macam xde pape berlaku. Hahahaha... And sebenarnya, aku complete makan pil perancang selama sebulan(March) untuk membiasakan diri aku makan pil tersebut, try2 supaya body boleh adaptla kononnya and aku fikir dah kahwin baru nak start takut tak berkesan sebab kalau ikutkan baru 3-4 hari makan pil, dah kahwin, takut pil tu tak dan nak function. Yela, pil tu kan kena start waktu hari ke 4 or 5 period.

And after kahwin, aku rasa takyah continue makan la since side effects pil tu pun macam pregnant, nausea, bloating... rasa terhuyung hayang badan.. Dan memang MELEKAT terus..

Bermulalah episod memikirkan kos sara hidup di masa akan datang! Maksudnya, kos lahir baby, kos nak beli barang baby, kos emergency yang perlu prepare, kos berpantang(yela, bila pantang sure itu ini upah urut la, beli bekung bagai la)...Kan???

Dan opkos la RM 0 money ketika itu... Aku tak kerja lagi, mengharapkan duit scholar meneruskan pengajian, dan husband dengan gaji takde la banyak pun opkos lah tak sempat menyimpan.. Yela, 3-4 bulan after marriage duit sure tarak... Travel balik kampung, balik raya, roadtax kereta, dan banyak lagilah... Seingat aku lah, bulan 4, 5, 6, 7 duit memang betul2 dicatu...and zero diakhir bulan.. ade balance pun seratus macam tu je...

Bila dah start pregnant 5 bulan (bulan 8) memang aku dah start serius dah fikir ni... macam manalah kewangan kita ni abang? Mujurlah abang aku ni cool, saje je puji... hahahah..aku tau dia xdela cool mana pun, berpura2 cool aje. Jawab dia, takpe, kena percaya dengan rezeki Allah.

Okay, lepas2 tu pun ade jugakla kos2 besar yang kena tanggung contohnya servis kereta (tukar minyak hitam), travel nak gi konvokesyen aku and banyak lagilah. Masa tu punyalah rasa seratus tu sangat2 lah berharga.

Masuk 7 bulan, memang aku tak terfikir pun lagi nak prepare barang baby ke, nak bersalin kat mana2 ke...malas nak fikir, sebab masih terlalu awal (padahal sebab takde duit... hahahahaha).. Aku pulak buat check list, sebab hobi aku memang kena buat check list apa2... memang kadang2 husband aku cakap aku skema... hahahahah...

Contoh:
Bersalin RM2000
Baju baby
Mandian baby
Tilam baby
Selimut baby
Lampin
Urut mak
Set bersalin
Bekung mak
Breastpump

Detail aku catit barang yang nak beli... hahahahahahahahhaha...serius!

And almost 4K paling sikit. And waktu tu aku rasa baru ade nak dekat2 SERIBU RINGGIT. Ada lagi 3 bulan macam tu. Memang tak dapat la...

Dan masuk bulan 34weeks macam tu baru start beli baju. And waktu ni aku kesian sangat tengok husband aku, so aku set kan di minda "I NEED TO CUT DOWN THE COST"... So, i cut the highest cost iaitu cost bersalin dan set2 bersalin bagai. Maka, swasta hospital strictly out of my mind. Sebnanya, dari awal lagi aku tak bersungguh nak survey2 hospital bagai sebab aku tau keadaan ekonomi keluarga yang baru dibina ni... habis2 kena prepare 3K (walaupun kat atas tu kos bersalin tulis 2k je, nak sedapkan hati...hahahaha). Dan aku tahu i will put my husband in danger if anything wrong happen to me like kena bedah suddenly ke, anak ada masalah ke, opkos onkosnya akan mencecah 7 8K. Dan aku tahu memang sukar lah selepas2 tu... Takkan nak berhutang kot...
Dan aku sehabis boleh tidak mahu menyusahkah husband aku yang disayangi dan dicintai... hahahahahahahaha.... CINTA KAN PENGORBANAN....

Mrs Sayang & Mr Kasih


Dan bermulalah searching aku, membaca blog2 berkaitan bersalin di hospital kerajaan. Dan alhamdulillah, melalui blog2 dan facebook2, pengalaman orang yang baik2 jadi melekat dekat kepalaku, dan pengalaman orang yang pahit2 walaupun aku baca jadi tak melekat. Mungkin Allah tolong waktu ni.

Dan untuk swasta pulak banyak yang cakap bilik selalu penuh, doktor datang time nak bersalin je, still kena buat episiotomy, swasta akan bagi susu botol la after deliver... macam2 lagi... dan ofkos kena gi checkup kat swasta once dan opkos akan kena bayar seratus paling kurang aku rasa. Dan aku sangat sayang duit pada waktu itu.

Ingat senang ke nak jawab bila orang tanya nak bersalin kat mana? Huhuhuhu... Tambah2 kalau yang tanya ingat aku nak bersalin kat swasta... atau ade orang rekomeeen bersalin la kat hospital sekian sekian... murah, boleh booking doktor, bilik best...blablabla... And apatah lagi kakak aku yang anak dah 2 semua bersalin swasta... Hati mahu, tapi tak mampu kan...

And lagi sedih bila aku cakap bersalin hospital kerajaan koooot... and ade yang cakap tak takut ke bersalin situ??? Nurse garang! Takde privasi! Bising! Bersalin kat kandang singa lah. Doktor2 pelatih yang sambut! Nurse2 pelatih. Macam2!  Aku pulak sengeh je dengar walaupun dalam hati rasa macam sedih la jugak.Takpelah, aku rela melaluinya demi husbandku yang kacak tu.. kuikuikui...yeeeekkkkkkk.

Dan biasanya jawapan aku "takpelah, nak rasa yang kerajaan punya, baru rasa apa yang patient rasa!"

Dan pada bulan terakhir, waktu dah cukup bulan...husband aku tanya
"Cukup tak duit nak bersalin?" sebab aku yang simpankan duit2 saki baki gaji untuk bersalin ni... Aku pun jawab "Cukup kot" dan waktu tu jumlah yang terkumpul adalah 2K..
Dan waktu tu jugak aku tau dia banyak fikir.
"Cost bersalin berapa?" Aku pun tak tahu jugak... Yang pasti paling mahal pun seratus dua..
Soalan yang tak pernah ditanya sebelum ni... List yang aku catit tu pun sekadar sambil lewa je dilihat. Aku faham perasaan dia, risau tak cukup. Kalau aku jadi dia pon aku risau jugak.... hahahahahaha

Dan selalu jugak kami saling berpesan disaat rasa tak cukup "Jangan risau, kena percaya dengan rezeki Allah"

Dan akhirnya, kata2 itu memang benar.... ALLAH MAHA BESAR! Segala apa yang aku imagine apa yang berlaku sewaktu bersalin, memang berlaku, macam DEJAVU!

Memang aku menitiskan air mata bila terfikirkan segala perancanganku Allah makbulkan...

THANKSSSS sangat2 pada suamiku, ibu bapaku, adik beradikku semua, kawan2 yang bagi support, dan semua yang terlibat dalam perjalanan ini.... TERIMA KASIH. Hanya Allah dapat membalasnya....

Nanti aku ceritakan apa dejavu tu yer... hehehehe...

"Abang, berapa kena bayar?"
"22 je" dalam hati aku, sama dengan birthday Maryam, 22 December. Lebih kurang jugak dengan mas kahwin kita. dua puluh dua ringgit lima puluh sen.

Moral of the story: Mohabbatein.... kihkihkih.













3 comments:

  1. Alhamdulillah dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, ape yg sis cerita dalam ni sebijik sama dengan pengalaman dan cerita kami suami isteri.... semuanya boleh dikatakan sama, copy paste.... sy skrg menunggu bersalin.. awal2 niat bersalin hospital swasta tp kewangan yg tidak mengizinkan sy dgn rela hati prgi hosp kerajaan je.... semoga dipermudahkan....

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, ape yg sis cerita dalam ni sebijik sama dengan pengalaman dan cerita kami suami isteri.... semuanya boleh dikatakan sama, copy paste.... sy skrg menunggu bersalin.. awal2 niat bersalin hospital swasta tp kewangan yg tidak mengizinkan sy dgn rela hati prgi hosp kerajaan je.... semoga dipermudahkan....

    ReplyDelete