Wednesday, January 7, 2015

bersalin dengan doktor lelaki

Betullah orang kata, mulut kena cakap yang sweet2 aje... but im not a sweet talker eh... walaupun suami aku kata aku ni mulut manis... hahahaha... tapi lama dah tak kata camtu... sebab dah tak manis kot sekarang... sebab bebel banyak... agaknyalah.... kihkihkih....

Kali ni aku nak cerita pasal deja vu... kalau nak senang bagi aku aku deja vu ni sama macam "macam pernah" ataupun "familiar"..

So, alkisahnya bermula begini... masa aku final year aku pregnant, ada kawan2 duk tanya "Syuha, nanti tangguh dulu lah eh masuk HOUSEMANSHIP?" Sebab masa tu ura2 bulan Disember masuk kerja.. and jawapan yang selalu aku berikan "Masuk kejap, pastu minta cuti terus". Bila dah banyak2 kali ungkapkan begitu, memang Allah makbulkan.. Kiranya sempat aku gi kursus PROGRAM TRASFORMASI MINDA seminggu, sempat lapor diri and orientasi kat HOSPITAL seminggu (walaupun tak complete) and bersalin... and aku tahu, nanti mungkin kena sambung orientasi sorang2 and masuk kerja sorang2... huhuhuhu... takutnya...

And sepanjang orientasi kat hospital, tiap2 hari aku jenguk kat pusat bersalin risiko rendah HTAA tu... ramainye orang bersalin setiap kali jenguk. dan selalu aku berdoa moga time aku bersalin nanti hari takde orang, aku sorang2 pun takpe jadi patient... dan masa pagi aku datang tu, pukul 7am 22dis untuk daftar aku happy sangat, TAKDE ORANG PUN! yahooooooo..... hehehehe. conquer labour room... dan xramai pun orang bersalin pada hari tu, 2 orang je. so, ward tak penuh.

Tapi3, masa aku datang tu ade doktor lelaki je sorang, HO... Nasib baik nurse pagi tu baik, die cakap takpe, kul 7 ni tukar shift, tunggu la kejap, mana tahu shift jap lagi doktor perempuan... Dan doktor lelaki tu pun memang volunteer taknak check aku bila die tahu aku houseman baru situ... "oooooooo...takboleh takboleh... saya tak nak"

5 min kemudian doktor perempuan datang...alhamdulillah... dan dia pon nice! Wakttu check jalan pun bila dah 5cm teringat aku cakap kat husband aku "Doa la gi kat hospital jalan dah buka banyak, 5cm dah ke..hehehe. tapi saya tak nak sakit"... TQ sebab doakan saya!

Masuk labour room lepas tu air ketuban pun pecah sendiri... LEGAAA!!! Lega sebab doktor tak perlu pecahkan.. and umi aku yang risau sebelum ni sebab aku turun darah 2 hari lepas pun lega... sebab natural la tu katanya... Umi aku risau sebab dia kata kalau turun darah ni beranak sakit. Aku cakap "Mana tahu kot2 nanti dah dekat2 nak bersalin tu pecah sendiri".

And sempat minum air dalam labour room. Sebelum ni masa aku student aku kesian sangat bila patient2 merayu, saya dahaga air, nak air doktor... Dan aku faham mesti dahaga terutama bagi yang dah lama dalam labour room. Memang etikanya dah masuk labour room memang tak boleh makan dan minum dah sebab takut emergency kena gi pembedahan ke at least patient dah puasa sekejap, perut kosong, xde risk untuk tersedak makanan atau minuman masuk paru2. Bahaya!

Dan yang paling aku takut bila kena cucuk salur kencing untuk buang air kencing...wuaarrrggghhhh...xmau... sebab beberapa orang yang cerita kat aku, lepas bersalin jadi kencing tak lawas, tak rasa nak terkencing, sedar2 dah terkencing.. Walaupun sebelum masuk labour room dan buang siap2 semua benda sisa2 badan ni, tapi aku rasa aku terkencing jugak lepas air ketuban pecah, kencing atas katil. Bila aku bagitahu nurse saya rasa saya kencing lah. Nurse kata, air ketuban kot tu dik... tapi aku rasa air kencing, sebabnya saluran berbeza dan aku rasa release lepas tu... Hahahahah...xpelah, abaikan... dan sebab tak alam dalam labour room, so tak kena la cucuk salur kencing tu... hihihihi... happy happy. Sebab nurse atau doktor cucuk salur kencing nak buang air kencing tu supaya pundi kencing yang penuh tak menyekat laluan baby untuk keluar, and of course bila kat labour room banyak alat dipasang dan patient pun tengah sakit, tak larat nak jalan gi toilet, jadi kena bantu untuk kencing...

Branula pon aku takde, doktor tak pasang... mungkin takde indikasi untuk masuk air atau ubat... Tapi untuk selamat perlu pasang awal2 kot, sebabnya, tangan ni sure tak boleh duk diam bila betul2 sakit datang... Rasa macam histeria "KAU JANGAN PEGANG AKU!" hahahahahaha...

Jeng jeng jeng... jam tangan still di tangan... mungkin nurse tak perasaan... Aku pulak memang mandi ke, tidur ke jarang buka jam tangan. 24 hours in hand... so, memang senang nak tengok masa.

Dan ada dua nurse pelatih teman aku kat labour room.. Memang aku imagine akan ade nurse pelatih pun... bagi aku takpelah, ade teman berborak... Dan masa aku bersalin pun semua perempuan kecuali husband aku dalam bilik tu.

Tapi yang sedihnya dijahit oleh doktor lelaki... tapi takpelah, aku terima sebab dia skillful. Dari doktor perempuan yang kurang berpengalaman, biarlah doktor lelaki yang berpengalaman tu jahitkan..what to do~

Dalam doaku sebelum2 ni pun, memang aku berdoa agar masa aku bersalin nanti moga2 auratku terpelihara dan aku dihandle oleh staff2 yang berpengalaman dan skillful. And dengan positifnya, aku fikir okay dah tu, Allah bagi yang terbaik dah, dari proses check jalan dan bersalin semua perempuan, cuma jahit luka je doktor lelaki, tapi takpelah, dia doktor senior, berpengalaman, profesional and soft spoken. Dia jahit pun walaupun sakit, tapi kadang2 je terasa and sekejap je. Sedapkan hati...hehehehe...

Lepas2 tu, check luka before discharge semua doktor perempuan... hihihihi... Sebab doktor lelaki yang jahit tu tahu aku houseman kat situ.. Aku dah cuak dah sebab masa aku minta balik lepas bersalin tu, nurse cakap tak boleh, awak terkoyak banyak, doktor senior tu nak tengok dulu.. Dalam hati, alaaa...doktor tu nak tengok kat bawah lagi ke... huhuhu... (rasa berat sikit hati, sebab benda yang dah direpair elok kan, hari tu takpela sebab 'tak comey' dia nak bantu jadi 'comey'). Nasib baik doktor perempuan handle...alhamdulillah

Tapi yang tak bestnya, kena stay one night kat ward... sebab koyak banyak, takut bleeding... yang ni takde dalam imaginasi aku... memang menduga betul... nak duduk sakit, nak berjalan sakit terketar2... anak pulak nangis sepanjang malam...huh,azabnya rasa... Now, aku mengerti perasaan patient yang lemah... bantulah mereka walaupun tolong ambil air, tarik selimut ke... And of course they will pray for you because of the little thing you do to them.

And disebabkan kawan2 ramai kat situ, ramai datang melawat after bersalin... happy sangat2... tenkiu semua... you all shine my day...xoxo.

Hi, nama saya Maryam. Baba yang beri nama saya. Saya gelap la. Ni mesti mama saya suka makan kicap ni masa mengandung. Hahahaha...


Moral of the story: Bantu orang seperti mana anda ingin dibantu... Berkobar2 nak jadi doktor yang baik ni... hehehe...




1 comment:

  1. Wahhh nini pon nak selalu doa cm tu la.....demons dipermudahkan aminnnn

    ReplyDelete