Friday, August 21, 2015

houseman yang tersakiti

hi hi hi....so long to have some time to open back my blog... what so busy I don't know lah..

basicly, this year 2015, I dah menjadi ibu, dan bekerja, dan ianya WOW...

Selepas melahirkan baby pada 22 DEC 2014, dan setelah habis cuti bersalin 3 blan, maka bekerjalah saya sebagai doctor....

huh, buat masa ini saya masih memujuk diri ini, berbisik2 selalu, macam dah psychosis pun ada... hahahahahaha... 'jalan yang dipilih untuk menjadi seorang doktor adalah betul'...

Posting pertama 'O&G', bersalin dan sakit puan... dah berjaya diharungi... sengaja memilih posting ini sebagai kekasih pertama sebab ada minat la jugak...

Sekarang di posting yang kedua, 'Paeds'... langsung tak minat.... so,rasa tak nak jadi doctor!!!!wuahahahahahaha... again, psychosis datang kembali 'takpe, bertahan untuk 2 tahun ni sahaja, habiskan houseman!'

Thanks a lot to my husband, parents, siblings, babysitter anakandaku dan sahabat2 yang memberi kata-kata perangsang diwaktu rasa macam aaarrggghhhhhh.....

Dan bila di teliti semula kenapakah aku menjadi psychosis begini???? hahahahhaha... the most valid dan rigid reasoning yang ada di neuron2otak yang berhubung adalah:

"WAKTU KERJA YANG PANJANG" yang kadang-kala rasa otak dah tak mampu berfikir.

Sekian,coretan pertama sejak bergelar HO...

TERIMA KASIH.

Yang benar,
Houseman yang on off on off stress.

 

Tuesday, January 13, 2015

beg bersalin

Biasanya, masuk kandungan 8 bulan orang dah prepare, letak dalam kenderaan lah terutamanya...
Teringat masa kandungan aku 37weeks, aku kena pergi kursus di Besut selama seminggu... jauh tu... 300km from my home. Tapi feeling masa tu 'tak bersalin lagi kot'. Barang-barang baby pulak baru aje beli dan lengkapkan sehari dua sebelum pergi kursus.

Disebabkan ada sorang kawan aku ni 2 3 kali pesan 'Syuha, jangan lupa bawa barang baby sekali!'. Hahahah..takut terberanak la tu... kalau aku jadi dia aku takut gak, travel dengan orang yang tengah tunggu masa... Sorry la kalau buat awak gundah gulana eh... kihkihkih...

So, dengan takde perasaannya aku hanya bawa sepasang baju baby sekali dengan sarung kaki and tangan, selimut baby, dan 2 keping pampers...hahahahha...dengan baju baby tu baru buka dari plastik dan tak basuh lagi...hahahahah... baru beli kan, mana sempat... 

And aku pesan la kat husband, nanti tolong basuh baju2 baby takut balik dari kursus terberanak terus ke, tak sempat pulak nak prepare tambahan musim hujan baju tak kering.

Tapi bila dah alami sendiri ni boleh tahu lah benda yang wajib bawa ke hospital sewaktu bersalin. Okay, sebenarnya bukan untuk baby je, kita kena fikir baby dan kita sendiri.

Untuk baby:
Baju 2 pasang
Sarung kaki dan tangan 2 pasang
Selimut baby
Kain lampin 2 helai
Minyak baby (minyak telun)
Barut (kalau taknak pun takpe)
Pampers 6-8 keping 

baby kat labour room lagi...terkejut mama, masa keluar nampak biru, bila baby nangis rasa lega sikit...nasib baik tukar kaler lepas tu...
Dan kaler adik bertukar lagi, jadi makin gelap... huahahahaha... taktaulah ikut siapa (kenan kan orang kot!)
Untuk mak:
Buku rekod mengandung
IC
Duit
Handphone (aku guna hp murah so takyah bawa charger)
Botol air dan air
Biskut, makanan 
Kurma (untuk tahnik anak)
Baju yang senang menyusu 2 (xyah banyak pun, baju hospital ada)
Kain batik 2
Tudung
Tuala (takyah bawa yang besar, bawa yang face towel pun da cukup)
Stokin 2
Spender 4-5
Pad 
Minyak angin (minyak mestika je aku guna)
Bantal kecik (kalau aku tak guna, baby boleh guna)
Ubat gigi dn berus gigi
Sabun baby (so, kita bawa yang baby, kita guna je yang baby. Takyah nak baby satu, mak satu)
Plastik (nak simpan baju busuk or nak kemas barang senang)
Getah ikat rambut (senang nak ikat rambut and nak ikat biskut ke..kehkehkeh)

Tuje la kot...Tapi hari tu aku tengok husband aku bawa beg lebih...rupa2nya dia tak percaya kat aku....cess... bila aku curi2 buka nampak baju baby, pampers baby yang dia bawa and kemas sendiri (takut tak cukup la tu!) Huahahahaha....

Moral of the story: Sediakan payung sebelum hujan.

Wednesday, January 7, 2015

bersalin dengan doktor lelaki

Betullah orang kata, mulut kena cakap yang sweet2 aje... but im not a sweet talker eh... walaupun suami aku kata aku ni mulut manis... hahahaha... tapi lama dah tak kata camtu... sebab dah tak manis kot sekarang... sebab bebel banyak... agaknyalah.... kihkihkih....

Kali ni aku nak cerita pasal deja vu... kalau nak senang bagi aku aku deja vu ni sama macam "macam pernah" ataupun "familiar"..

So, alkisahnya bermula begini... masa aku final year aku pregnant, ada kawan2 duk tanya "Syuha, nanti tangguh dulu lah eh masuk HOUSEMANSHIP?" Sebab masa tu ura2 bulan Disember masuk kerja.. and jawapan yang selalu aku berikan "Masuk kejap, pastu minta cuti terus". Bila dah banyak2 kali ungkapkan begitu, memang Allah makbulkan.. Kiranya sempat aku gi kursus PROGRAM TRASFORMASI MINDA seminggu, sempat lapor diri and orientasi kat HOSPITAL seminggu (walaupun tak complete) and bersalin... and aku tahu, nanti mungkin kena sambung orientasi sorang2 and masuk kerja sorang2... huhuhuhu... takutnya...

And sepanjang orientasi kat hospital, tiap2 hari aku jenguk kat pusat bersalin risiko rendah HTAA tu... ramainye orang bersalin setiap kali jenguk. dan selalu aku berdoa moga time aku bersalin nanti hari takde orang, aku sorang2 pun takpe jadi patient... dan masa pagi aku datang tu, pukul 7am 22dis untuk daftar aku happy sangat, TAKDE ORANG PUN! yahooooooo..... hehehehe. conquer labour room... dan xramai pun orang bersalin pada hari tu, 2 orang je. so, ward tak penuh.

Tapi3, masa aku datang tu ade doktor lelaki je sorang, HO... Nasib baik nurse pagi tu baik, die cakap takpe, kul 7 ni tukar shift, tunggu la kejap, mana tahu shift jap lagi doktor perempuan... Dan doktor lelaki tu pun memang volunteer taknak check aku bila die tahu aku houseman baru situ... "oooooooo...takboleh takboleh... saya tak nak"

5 min kemudian doktor perempuan datang...alhamdulillah... dan dia pon nice! Wakttu check jalan pun bila dah 5cm teringat aku cakap kat husband aku "Doa la gi kat hospital jalan dah buka banyak, 5cm dah ke..hehehe. tapi saya tak nak sakit"... TQ sebab doakan saya!

Masuk labour room lepas tu air ketuban pun pecah sendiri... LEGAAA!!! Lega sebab doktor tak perlu pecahkan.. and umi aku yang risau sebelum ni sebab aku turun darah 2 hari lepas pun lega... sebab natural la tu katanya... Umi aku risau sebab dia kata kalau turun darah ni beranak sakit. Aku cakap "Mana tahu kot2 nanti dah dekat2 nak bersalin tu pecah sendiri".

And sempat minum air dalam labour room. Sebelum ni masa aku student aku kesian sangat bila patient2 merayu, saya dahaga air, nak air doktor... Dan aku faham mesti dahaga terutama bagi yang dah lama dalam labour room. Memang etikanya dah masuk labour room memang tak boleh makan dan minum dah sebab takut emergency kena gi pembedahan ke at least patient dah puasa sekejap, perut kosong, xde risk untuk tersedak makanan atau minuman masuk paru2. Bahaya!

Dan yang paling aku takut bila kena cucuk salur kencing untuk buang air kencing...wuaarrrggghhhh...xmau... sebab beberapa orang yang cerita kat aku, lepas bersalin jadi kencing tak lawas, tak rasa nak terkencing, sedar2 dah terkencing.. Walaupun sebelum masuk labour room dan buang siap2 semua benda sisa2 badan ni, tapi aku rasa aku terkencing jugak lepas air ketuban pecah, kencing atas katil. Bila aku bagitahu nurse saya rasa saya kencing lah. Nurse kata, air ketuban kot tu dik... tapi aku rasa air kencing, sebabnya saluran berbeza dan aku rasa release lepas tu... Hahahahah...xpelah, abaikan... dan sebab tak alam dalam labour room, so tak kena la cucuk salur kencing tu... hihihihi... happy happy. Sebab nurse atau doktor cucuk salur kencing nak buang air kencing tu supaya pundi kencing yang penuh tak menyekat laluan baby untuk keluar, and of course bila kat labour room banyak alat dipasang dan patient pun tengah sakit, tak larat nak jalan gi toilet, jadi kena bantu untuk kencing...

Branula pon aku takde, doktor tak pasang... mungkin takde indikasi untuk masuk air atau ubat... Tapi untuk selamat perlu pasang awal2 kot, sebabnya, tangan ni sure tak boleh duk diam bila betul2 sakit datang... Rasa macam histeria "KAU JANGAN PEGANG AKU!" hahahahahaha...

Jeng jeng jeng... jam tangan still di tangan... mungkin nurse tak perasaan... Aku pulak memang mandi ke, tidur ke jarang buka jam tangan. 24 hours in hand... so, memang senang nak tengok masa.

Dan ada dua nurse pelatih teman aku kat labour room.. Memang aku imagine akan ade nurse pelatih pun... bagi aku takpelah, ade teman berborak... Dan masa aku bersalin pun semua perempuan kecuali husband aku dalam bilik tu.

Tapi yang sedihnya dijahit oleh doktor lelaki... tapi takpelah, aku terima sebab dia skillful. Dari doktor perempuan yang kurang berpengalaman, biarlah doktor lelaki yang berpengalaman tu jahitkan..what to do~

Dalam doaku sebelum2 ni pun, memang aku berdoa agar masa aku bersalin nanti moga2 auratku terpelihara dan aku dihandle oleh staff2 yang berpengalaman dan skillful. And dengan positifnya, aku fikir okay dah tu, Allah bagi yang terbaik dah, dari proses check jalan dan bersalin semua perempuan, cuma jahit luka je doktor lelaki, tapi takpelah, dia doktor senior, berpengalaman, profesional and soft spoken. Dia jahit pun walaupun sakit, tapi kadang2 je terasa and sekejap je. Sedapkan hati...hehehehe...

Lepas2 tu, check luka before discharge semua doktor perempuan... hihihihi... Sebab doktor lelaki yang jahit tu tahu aku houseman kat situ.. Aku dah cuak dah sebab masa aku minta balik lepas bersalin tu, nurse cakap tak boleh, awak terkoyak banyak, doktor senior tu nak tengok dulu.. Dalam hati, alaaa...doktor tu nak tengok kat bawah lagi ke... huhuhu... (rasa berat sikit hati, sebab benda yang dah direpair elok kan, hari tu takpela sebab 'tak comey' dia nak bantu jadi 'comey'). Nasib baik doktor perempuan handle...alhamdulillah

Tapi yang tak bestnya, kena stay one night kat ward... sebab koyak banyak, takut bleeding... yang ni takde dalam imaginasi aku... memang menduga betul... nak duduk sakit, nak berjalan sakit terketar2... anak pulak nangis sepanjang malam...huh,azabnya rasa... Now, aku mengerti perasaan patient yang lemah... bantulah mereka walaupun tolong ambil air, tarik selimut ke... And of course they will pray for you because of the little thing you do to them.

And disebabkan kawan2 ramai kat situ, ramai datang melawat after bersalin... happy sangat2... tenkiu semua... you all shine my day...xoxo.

Hi, nama saya Maryam. Baba yang beri nama saya. Saya gelap la. Ni mesti mama saya suka makan kicap ni masa mengandung. Hahahaha...


Moral of the story: Bantu orang seperti mana anda ingin dibantu... Berkobar2 nak jadi doktor yang baik ni... hehehe...




Monday, January 5, 2015

Kerana RM22.50 aku relakan!

Entri kali ini aku rasa akan panjang berjela... Dan sambil menaip ni aku rasa aku akan beremosi... (fefeeling macam jadi pelakon lah..kuikuikui)...

Aku berkahwin pada 4 April 2014. Dan sewaktu aku berkahwin memang nice2 after aku period(time subur lah) dan ditakdirkan memang tak datang period terus after kahwin. Maknanya, pregnant lah kan. Orang Melayu kata BUNTING PELAMIN. Aku tak setuju dengan istilah ni, sebab bagi aku BUNTING PENGANTIN la baru betul. kahkahkahkahkah...

And of course, we are shocked after we know and 2 days we are not talk about that(pregnancy). Macam xde pape berlaku. Hahahaha... And sebenarnya, aku complete makan pil perancang selama sebulan(March) untuk membiasakan diri aku makan pil tersebut, try2 supaya body boleh adaptla kononnya and aku fikir dah kahwin baru nak start takut tak berkesan sebab kalau ikutkan baru 3-4 hari makan pil, dah kahwin, takut pil tu tak dan nak function. Yela, pil tu kan kena start waktu hari ke 4 or 5 period.

And after kahwin, aku rasa takyah continue makan la since side effects pil tu pun macam pregnant, nausea, bloating... rasa terhuyung hayang badan.. Dan memang MELEKAT terus..

Bermulalah episod memikirkan kos sara hidup di masa akan datang! Maksudnya, kos lahir baby, kos nak beli barang baby, kos emergency yang perlu prepare, kos berpantang(yela, bila pantang sure itu ini upah urut la, beli bekung bagai la)...Kan???

Dan opkos la RM 0 money ketika itu... Aku tak kerja lagi, mengharapkan duit scholar meneruskan pengajian, dan husband dengan gaji takde la banyak pun opkos lah tak sempat menyimpan.. Yela, 3-4 bulan after marriage duit sure tarak... Travel balik kampung, balik raya, roadtax kereta, dan banyak lagilah... Seingat aku lah, bulan 4, 5, 6, 7 duit memang betul2 dicatu...and zero diakhir bulan.. ade balance pun seratus macam tu je...

Bila dah start pregnant 5 bulan (bulan 8) memang aku dah start serius dah fikir ni... macam manalah kewangan kita ni abang? Mujurlah abang aku ni cool, saje je puji... hahahah..aku tau dia xdela cool mana pun, berpura2 cool aje. Jawab dia, takpe, kena percaya dengan rezeki Allah.

Okay, lepas2 tu pun ade jugakla kos2 besar yang kena tanggung contohnya servis kereta (tukar minyak hitam), travel nak gi konvokesyen aku and banyak lagilah. Masa tu punyalah rasa seratus tu sangat2 lah berharga.

Masuk 7 bulan, memang aku tak terfikir pun lagi nak prepare barang baby ke, nak bersalin kat mana2 ke...malas nak fikir, sebab masih terlalu awal (padahal sebab takde duit... hahahahaha).. Aku pulak buat check list, sebab hobi aku memang kena buat check list apa2... memang kadang2 husband aku cakap aku skema... hahahahah...

Contoh:
Bersalin RM2000
Baju baby
Mandian baby
Tilam baby
Selimut baby
Lampin
Urut mak
Set bersalin
Bekung mak
Breastpump

Detail aku catit barang yang nak beli... hahahahahahahahhaha...serius!

And almost 4K paling sikit. And waktu tu aku rasa baru ade nak dekat2 SERIBU RINGGIT. Ada lagi 3 bulan macam tu. Memang tak dapat la...

Dan masuk bulan 34weeks macam tu baru start beli baju. And waktu ni aku kesian sangat tengok husband aku, so aku set kan di minda "I NEED TO CUT DOWN THE COST"... So, i cut the highest cost iaitu cost bersalin dan set2 bersalin bagai. Maka, swasta hospital strictly out of my mind. Sebnanya, dari awal lagi aku tak bersungguh nak survey2 hospital bagai sebab aku tau keadaan ekonomi keluarga yang baru dibina ni... habis2 kena prepare 3K (walaupun kat atas tu kos bersalin tulis 2k je, nak sedapkan hati...hahahaha). Dan aku tahu i will put my husband in danger if anything wrong happen to me like kena bedah suddenly ke, anak ada masalah ke, opkos onkosnya akan mencecah 7 8K. Dan aku tahu memang sukar lah selepas2 tu... Takkan nak berhutang kot...
Dan aku sehabis boleh tidak mahu menyusahkah husband aku yang disayangi dan dicintai... hahahahahahahaha.... CINTA KAN PENGORBANAN....

Mrs Sayang & Mr Kasih


Dan bermulalah searching aku, membaca blog2 berkaitan bersalin di hospital kerajaan. Dan alhamdulillah, melalui blog2 dan facebook2, pengalaman orang yang baik2 jadi melekat dekat kepalaku, dan pengalaman orang yang pahit2 walaupun aku baca jadi tak melekat. Mungkin Allah tolong waktu ni.

Dan untuk swasta pulak banyak yang cakap bilik selalu penuh, doktor datang time nak bersalin je, still kena buat episiotomy, swasta akan bagi susu botol la after deliver... macam2 lagi... dan ofkos kena gi checkup kat swasta once dan opkos akan kena bayar seratus paling kurang aku rasa. Dan aku sangat sayang duit pada waktu itu.

Ingat senang ke nak jawab bila orang tanya nak bersalin kat mana? Huhuhuhu... Tambah2 kalau yang tanya ingat aku nak bersalin kat swasta... atau ade orang rekomeeen bersalin la kat hospital sekian sekian... murah, boleh booking doktor, bilik best...blablabla... And apatah lagi kakak aku yang anak dah 2 semua bersalin swasta... Hati mahu, tapi tak mampu kan...

And lagi sedih bila aku cakap bersalin hospital kerajaan koooot... and ade yang cakap tak takut ke bersalin situ??? Nurse garang! Takde privasi! Bising! Bersalin kat kandang singa lah. Doktor2 pelatih yang sambut! Nurse2 pelatih. Macam2!  Aku pulak sengeh je dengar walaupun dalam hati rasa macam sedih la jugak.Takpelah, aku rela melaluinya demi husbandku yang kacak tu.. kuikuikui...yeeeekkkkkkk.

Dan biasanya jawapan aku "takpelah, nak rasa yang kerajaan punya, baru rasa apa yang patient rasa!"

Dan pada bulan terakhir, waktu dah cukup bulan...husband aku tanya
"Cukup tak duit nak bersalin?" sebab aku yang simpankan duit2 saki baki gaji untuk bersalin ni... Aku pun jawab "Cukup kot" dan waktu tu jumlah yang terkumpul adalah 2K..
Dan waktu tu jugak aku tau dia banyak fikir.
"Cost bersalin berapa?" Aku pun tak tahu jugak... Yang pasti paling mahal pun seratus dua..
Soalan yang tak pernah ditanya sebelum ni... List yang aku catit tu pun sekadar sambil lewa je dilihat. Aku faham perasaan dia, risau tak cukup. Kalau aku jadi dia pon aku risau jugak.... hahahahahaha

Dan selalu jugak kami saling berpesan disaat rasa tak cukup "Jangan risau, kena percaya dengan rezeki Allah"

Dan akhirnya, kata2 itu memang benar.... ALLAH MAHA BESAR! Segala apa yang aku imagine apa yang berlaku sewaktu bersalin, memang berlaku, macam DEJAVU!

Memang aku menitiskan air mata bila terfikirkan segala perancanganku Allah makbulkan...

THANKSSSS sangat2 pada suamiku, ibu bapaku, adik beradikku semua, kawan2 yang bagi support, dan semua yang terlibat dalam perjalanan ini.... TERIMA KASIH. Hanya Allah dapat membalasnya....

Nanti aku ceritakan apa dejavu tu yer... hehehehe...

"Abang, berapa kena bayar?"
"22 je" dalam hati aku, sama dengan birthday Maryam, 22 December. Lebih kurang jugak dengan mas kahwin kita. dua puluh dua ringgit lima puluh sen.

Moral of the story: Mohabbatein.... kihkihkih.













mengatasi sembelit selepas bersalin

Selepas bersalin biasanya ibu-ibu semestinya mempunyai masalah masing2... for me, selain masalah keterbatasan dalam pergerakan (sebab jalan kena kepit kan..haha) masalah yang utama adalah SEMBELIT!!

Seingat waktu hidup ni, aku memang tak pernah sembelit.... memang berak okay je setiap hari atau 2 kali sehari...pemakanan aku memang everyday ada sayur dan buah... and aku memang hantu buah... memang akan ada buah la kat rumah everyday, pisang ke, epal ke, pauh ke, pear ke, tembikai, timun susu, anggur ke dan termasuklah spesis yang rare contohnya  durian belanda, pisang kaki, plum dan sebagainya... mungkin juga faktor tu menjadikan perut lawas comey lotey.

Pernah la time awal pregnant, after makan iron tablet 3 days, sembelit. Stop terus, increasekan makan buah and after 2 hari dah okay. Tu pun rasa seksa.

Dan after deliver ni, wuaargghhhh... semua orang tak bagi makan buah... suami, umi aku semua tak bagi.... aku dah rasa dah, perubahan habit makan ni mesti sembelit... and mungkin faktor lepas beranak tu sendiri...

Aku minum air banyak... hari pertama tak berak, hari kedua berak cair, tapi tak puas... dan hari ketiga selepas beranak episod sembelit bermula....

Bila rasa sense nak berak tu masuk dalam toilet sampai sejam, tapi menggigil peha-peha, rasa gelap mata.... still jugak tak kuar...

denyut2 habis badan... ggrrrrrr


Dan aku rasa dari bontot sampai ke peha berdenyut2 sepanjang 3 hari. Dari hari ke3 sampai hari ke6... Nak duduk sakit, nak jalan bontot and peha berdenyut2... aku rasa lemah sangat badan ni... Aku biasa tak tunjuk lemah, tapi sepanjang 3 hari ni aku memang lemah... nak duduk sakit, nak nyusu anak seksa, berdenyut2, rasa bontot and peha tu macam lumpuh je.. And sepanjang 3 hari juga aku makan ubat tahan sakit.

So, apa yang aku buat untuk mengeluarkan najis sembelit tu?

1. Haruslah berdoa. Setiap suapan makanan ke dalam mulut aku berdoa moga Allah jadikan asbab dengan makanan tu aku tak sembelit.
2. Makan syrup lactulose (beli kat farmasi). 10ml malam. 10ml pagi. Lepastu adjust sendiri.
3. Bila ada sense nak berak, masuk toilet dengan hati tenang, make sure anak dah habis menyusu or tidur.
4. Lepas tu aku teringat suami aku kata cara berak ikut Rasulullah saw. Kepala lentokkan ke kanan, tangan tekan dekat perut sebelah kiri. Aku lurut2 kan dari perut bahagian kiri hingga ke atas ari2 tu. And it is work! Sense nak berak akan lagi kuat! Aku boleh rasa najis yang terkumpul kat situ.

sebab tu la nabi ajar tekan perut sebelah kiri time membuang, bila compare dengan anatomy bila kita tekan belah kiri dan lurutkan ke bawah kita sebenarnya membantu pergerakan najis and mengactivekan nerve2 untuk sense berak itu sendiri.
Alhamdulillah, berketul2 najis keluar, dan sangat terkejut dengan saiznya. Tak pernah lagi dalam hidup najis gedabak besarnya. Sama besar dengan lubang paip.

Dan jangan lupa bersyukur lepas keluar toilet kerana dimudahkan berak. Baru rasa boleh berak tu juga satu nikmat yang Allah beri.

Memang agak sukar, sebab berak tak boleh nak duduk cangkung, kena berak berdiri macam budak2 umur 2-3 tahun pulak rasa. huhuhu... Takut tertetas jahitan.

And after keluar je najis tu, semua kesakitan kat bontot dan peha HILANG! And aku sedar selama ni sakit tu sebab najis yang keras dan besar tu duk menekan tempat jahitan tu, saluran dia kan sebelah2 je, salur beranak yang dijahit dengan salur najis.

Sejak tu, aku memang adjust makan syrup lactulose accordingly. Najis cirit, kurangkan dose or stop dulu. Najis keras, sebaliknya....

Tapi baik cirit la dari keras yang sampai macam batu and kena korek2... Seksa!

And berdasarkan pengalaman sendiri, anak aku berak okay je, takde effect walaupun aku makan lactulose.

Moral of the story: Dah rasa baru memahami! 

Saturday, January 3, 2015

episiotomy

episiotomy ni merupakan bukaan yang dibuat oleh doktor untuk membantu proses kelahiran... kalau bahasa mudah2nya "gunting jalan" supaya baby mudah keluar...

macam ni la episiotomy. biasanya doktor akan buat bila dah nampak kepala baby dan baby memnag dah nak keluar sangat2 untuk elak terkoyak. biasanya akan buat medio-lateral episiotomy.
eh? kalau gunting pun terkoyak jugak??? sebenarnya tujuan gunting tu untuk elakkan terkoyak banyak tempat (contohnya kanan kiri terkoyak), atau terkoyak yang berkedut2. kalau gunting ni terkoyaknye lurus je. jahit pun senang. Gitulah...nak terang banyak2 pun xreti.

Dan biasanya, anak sulong majoriti tak kira government or swasta akan buat episiotomy.

Dan malangnya untuk kelahiran anak sulongku, walaupun dah episiotomy, jalan ku still terkoyak...SECOND DEGREE TEAR plak tu... kalau first degree ke, skin tear ke... xdela seksa sangat.

second degree tear kiranya dubur masih terpelihara  walaupun hampir dah.

Walaubagaimanapun, dengan berfikiran positifnya.... aku sangat2 bersyukur bukan 3rd or 4th degree tear... tak sanggup... huhu... degan luka episiotomy plus second degree tear pun seksa sangat!

Alkisahnya begini, lepas je bersalin keluar anak dan juga uri, bermulalah episod menge'check' kembali jalan yang dilalui baby tadi.

"Huh, sampai anus(dubur) la kak." kata HO kepada staff nurse kat labour room. 
Aku pun apa lagi, terus alert "huuhhh??? sampai anus ke" Allah, terus teringat kes yang aku jumpa sebelum ni yang sampai kena masuk operation repair semula yang terkoyak tu...

HO tadi pun kata kat aku "Jap saya tengok. Errmm.. macam anus"
"Yeke anus?" HO tu senyap pandang aku macam nak angguk tak nak angguk..

"Saya pun tak sure, errmm.. ke tak sampai?" berbincang la HO tu dengan nurse. 
"Rasanya bukan anus kot, tapi dah nipis sangat macam nak sampai anus" aku masa tu rasa sedih sangat.

"Kita inform MO(doctor senior) lah" nurse kata.

Lepas tu terus MO datang. Masa tu aku rasa release sikit. At least aku fikir kes aku dihandle oleh doktor yang leih berpengalaman.

MO tu pun cek.. Dia mula2 macam cakap..ermm...dah nipis ni(maksudnya nak sampai lubang dubur). Dan MO tu pun cakap second degree lah! Untuk ditulis dalam record.

"Macam mana boleh jadi macam ni? tak buat epi ke?" "Buat!"

"Dah tu, tak guide betul2?" "Guide"

Aku masa ni rasa lega sikit sebab terfikir mujur second degree and nampak MO tu tak over nak jahit.

Bermulalah sesi jahit menjahit....eerrr....dalam masa sejam jahit tu sempat 4-5 kali aku jerit 'slow' sebab sakit... Entonox (gas sedut) yang diberi aku rasa macam 'tok makang samang pon'. Aku rasa mcm placebo je... Huhuhuhu...

Habis sepaket benang, nampak doktor letak benang...

"Dah siap ke?" "Adik, kalau sikit, saya bagi nurse je jahit!" Maka, fahamlah aku, buka lagi sepaket benang....

Cramp ooo kaki, nak luruskan tak boleh, nak gerakkan tak boleh...

Akhirnya, siap! Huh...... lega sangat.... sangat2....

Bermulalah lah pula hari2 yang menderita menjaga luka2 tersebut, nak duduk tak boleh, nak berak tak boleh... NAK BERAK TAK BOLEH tu masalah yang sangat besar okay! Sembelit! Tak boleh teran takut tertetas benang jahitan... Yela, laluan najis kan sebelah je dengan laluan baby yang terkoyak tu...

Bila difikir2 balik, kenapalah dah buat epi tapi masih terkoyak banyak.

1. Aku terangkat punggung masa teran.
2. Masa kepala dah keluar 3/4 macam tu, should be takyah teran bersungguh dah kepala baby akan keluar slow2, tapi aku masa tu walau tak rasa sakit, bersungguh teran sampai doktor and nurse kata dah2... dan mungkin masa tu tangan doktor guide jalan dah tak kuat sebab dah nak tarik kepala babykan.
3. Takdir.
4. Entahlah.

By the way, masa buat episiotomy tak sakit! tak rasa pun! hihi... pandai doktor tu buat, di masa yang betul. And aku dapat agak time doktor tu buat sebab nampak pergerakan tangan doktor.

Dan nanti aku cerita bagaimana episod sembelit dan cara mengatasinya okay!

Moral of the story: Kena tinggikan badan supaya punggung tak terangkat! Next mission~




Friday, January 2, 2015

pengalaman bersalin

Bersalin merupakan satu pengalaman yang terindah la kot buat ibu-ibu semua... macam aku, aku rasa memang indah... tapi yang rasa indah tu lepas dah bersalin la... sebelum tu hanya Tuhan yang tahu... kikikiki..


Okay, cerita kelahiran puteri sulongku begini...


38weeks 5 days, I have 'bloody show' for 2 days... Senang cerita turun darah hari Sabtu 8pg, beranak hari Isnin 925pg... Kira 39weeks la baby lahir.


Hari Sabtu dan Ahad walaupun show dah ada perut lansung tak sakit... cuma ada contraction... so, memang I assume that contraction as Braxton Hicks (Braxton Hicks ni biasanya orang kata perut ajar2 mengeras untuk persediaan nak bersalin, biasanya, mak2 akan perasaan benda ni bila kandungan mencapai 34-35weeks macam tu, mungkin ada yang lebih awal). Bezanya contraction Braxton Hicks dengan contraction yang betul2 nak bersalin ni adalah PAIN. Braxton hicks tak sakit pun, cuma rasa mengeras je perut tu.


So, bila dah dua hari ada show tu, confius jugak lah bila nak bersalin ni?? And the story begin...


Hari Ahad kul 10malam, rasa contraction setiap 10minit, very mild pain 2 per 10 sakit, and sangat sekejap 5-10seconds.


Lepas tu kul 12mlm aku tertidur. Pukul 330pg, aku tersedar... Still rasa contraction with minimal pain, sakit sikit dari yang sebelum 3/10 sakit, still 5-10 seconds and every 10 minutes. Masa ni bangun gi toilet, duk cuba2 tidur lagi walaupun mata dah segar. Tapi tak tidur jugak lepas tu, 430pg umi aku bangun tanya ok ke tak..."im okay! tak taulah nak beranak ke tak ni..." hahahahahah... ke main2 je sakit ni...


Waktu tu hujan sangat2 lah lebat tak berhenti dah semalam... Umi aku kata takpelah, jom lah kita pergi hospital, at least apa2 dah ade kat hospital... nanti banjir nak pergi hospital macam mana, terberanak kat rumah pulak... sebelum2 ni mak aku dah macam practice dah, duk tanya2 macam mana nak sambut baby kalau lahir kat rumah.... hahahahah...yela, aku tau umi risau sebab takut tak reachable hospital sebab banjir kan.


Kul 6pg mandi, membuang sisa-sisa makanan, breakfast... 630 pergi hospital... masa ni start contraction 5 minit sekali, pain score pon duk gitu jugak 3 per 10, tapi contraction panjang sikit 10-15seconds. Aku yang duk dalam kereta ni duk terfikir, nak cakap apa sampai kat spital nanti, turun darah ke sakit perut??? Sakit perut xseberapa la pulak... Kalau tak hujan lebat, kalau umi aku tak suruh beria gi spital aku rasa aku duk rumah lagi.... yela, perut tak sakit, sampai hospital sure kena selup punya nak cek jalan...yang tu yang xnaknyerrr....


Sampai kul 7 kat lowrisk, htaa xde orang!!! taraaaaa.... HAPPY sangat... hahahahaha.... aku pulak daftar la... cakap perut sakit... walaupun masa ni aku rasa tetiba hilang sakit... tak rasa... serius! mungkin sebab takut jadi tak perasaan contraction tu...


715pg buat CTG untuk check keadaan baby, 730pg check jalan... malu sangat masa ni... hahaha... nasib baik doctor perempuan... doctor tanya dah berapa kerap sakit??? aku pun cakap la every 5 minit... walaupun masa ni aku rasa macam menipu sekejap sebab perut tak sakit...


Lepas diselup, "dah 5cm la awak" "hah? 5cm? betul ke?" "ha ah"


Dalam hati aku "yeke doctor ni, entah2 tak pandai lagi nak estimate bukaan, betul ke? ke dia silap" yang ni aku rasa jahat sikit la fikiran aku ni... underestimate orang... hukhukhuk...


"dah boleh masuk labour room la dik" kata misi yang baik hati... aku masa ni gi duduk dengan umi and suami aku dulu... wuaarrrggghhhh...xmau masuk, tak bersedia... yeke nak beranak ni, tak rasa pun...huuuuuu.


750 pg dan la borak2 dengan kawan aku, Safina and FaE yang singgah dekat lowrisk tu lawat aku... dan la borak2... huahahahhaha...


810 pg nurse panggil suruh masuk labour room...huh! Melangkah masuk jugak la kiter ni... Naik atas katil, tukar baju... Suami ada teman, umi aku pun ada teman duk gilir2 masuk bilik bersalin tu... Masa ni tak rasa sakit perut, aku pulak cuak, takut problem ke apa... Dari 5 minit sekali aku rasa jadi 10 minit sekali balik...


840 pg, doctor senior dating review... Doctor tadi pun cakap dah 5 cm doctor patient ni, nak pecahkan ketuban dia tak?


Doctor senior tu pandang aku, aku pandang dia... takyah la lagi, nampak dia tak sakit, kita review pukul 11pg... Dalam hati mak ai, lamanya lagi aku kat sini... Pastu tetiba contraction datang, tak berapa sakit pun, masa ni aku rasa buat mimic muka lebih sikit... hahahahahah.. doctor senior tu pun cakap meh la saya check jalan dia...


"Dah 6 cm ni"


"Pooooop!!!"


"Dah leaking, air ketuban dah pecah"


Aku pun. Huh? 6cm? Dah leaking???


Aku pun mesej la suami and umi aku yang tunggu kat luar tu... gtau perkembangan...850pg waktu ni..


nyet nyet nyet...suami aku pun masuk bilik bersalin tu..


Nurse pun pasang CTG sekali lagi nak monitor keadaan baby lepas leaking. Nurse tu pon letak la tangan atas perut aku nak check contraction... Dia cakap contraction 3 kali dalam 10 minit, tapi sekejap sangat je, 10-15seconds... Aku pun tak rasa sakit sangat... dan la aku merenung 10 minit mesin CTG tu... hahahaha... risau, sebab aku tak nampak contraction perut aku kat mesin tu, macam flat je reading...


Dan...... tetibe je, perut terasa sakit yang teramat sangat.... sangat-sangat-sangat....sangat kuasa infiniti... sakit datang yang panjang....  hilang sekejap.... datang lagi.... masa ni nasib baik ada suami yang suruh ingat Allah... seriously, masa tu tak ingat Tuhan dah... lepas suami sebut ingat Allah baru la duk sebut Allah Allah Allah... sebab tu la orang nak mati kita kena sebut Allah kat telinga dia...


Dan aku rasa 4 kali aku dan rasa perasaan yang nak meneran tapi kena tahan... Allahuakhbar, sakitnya.... Dan kali yang kelima aku dah tak tahan, aku angkat je kaki macam nak beranak...


Doctor nurse pun datang... cek jalan... "dah full la" doctor yang sama check jalan aku masa 5cm tu.


"Huh? dah full?" terkejut sambil rasa bersyukur sebab mesti la dah boleh teran beranak kan...tak sanggup tahan dah.


"Ha ah, dah nampak rambut baby"


"Yeke?" aku tanya suami aku kat tepi...hahahahah...Suami aku angguk. Ye ke dok toktau...Hahahahah...


Dan bermulalah episode meneran... masa ni tak rasa sakit macam tadi dah..rasa macam nak berak... rasa nak berak aku teran, aku tak ingat dah... according tu suami 4kali teran... yekedok, aku tak tau...


Baby pun kuar, nangis lah baby sekuat hatinya. Aku pun tengok jam kat tangan aku, 925pagi... Aku pakai jam tangan okay... hahahahaha.... Dah settle baby doctor pun tanya nurse "baby kuar pukul berapa?"


Serentak aku and suami aku cakap "9.25"


Lahirlah seorang puteri, baby pun diletakkan atas dada aku setelah tengok jantina dia.


Alhamdulillah.... singkat je Allah uji aku dengan kesakitan... Allah, kalau lah panjang kesakitan yang aku kena tanggung hari tu, taktaulah mampu ke tak.... Mungkin aku tak mampu, sebab tu Allah bagi mudah...


Disebalik nikmat mudah bersalin, diuji pula dengan terkoyak yang banyak.... hukhukhuk... dan cerita ini bersambung next entri okay...


Moral of the story: Kita akan menghargai ibu kita lebih setelah bergelar ibu.




















Thursday, January 1, 2015

rezeki 2014

Alhamdulillah...dah masuk tahun 2015...masih diberi nafas oleh Allah swt...


Melihat status status facebook semuanya tentang tahun baru, ada yang update perjalanan 2014... dan macam macam lagilah status...


So, tergerak hati pulak nak menulis entri mengimbas kembali detik2 tahun 2014... cewaaahhh!


Banyak sangat rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan.... tak lupa juga dugaan2... tapi takpelah, nak ingat yang happy2 je, walaupun ujian itu juga adalah rezeki, rezeki supaya kita menjadi manusia yang lebih baik..


Pertama, berjaya mengharungi medical school dan grad!! (walaupun diuji dengan sekali fail, tapi fail itulah yang membuatkan diri bangkit dan grad dengan jayanya...hehe)


Kedua, dapat beli kereta!! (2 kali accident, sekali suami buat, sebulan kemudian aku yang buat!...pengajarannya xleh sayang sgt harta kat dunia)


Ketiga, dapat SUAMI.... hahahahahahaha (sampai sekarang rasa kelakar.... ujiannya, teeettttt...entah...kena gosok baju dia, gosok baju malas sekali, hahahahhahahah... kena fikir dia lapar ke tak, kena cari barang2 dia dan baanyaaaaaaaaaakkkkkk lagi!....tapi takpe, moga dapat pahala sabra disitu...hahahah, harap suamiku redha lah hendaknya)


Keempat, dapat MARYAM... cikucak...eh, dah dapat anak la kiter! Plannya tahun depan tapi terlahirkan dia tahun ni....wakakakakaka... ujian jugak ke tu??? ujian beranak time banjir kot, sejuuukkk!


Kelima, dapat kerja.... yeaaaaa..... Alhamdulillah... walaupun baru masuk kerja seminggu dan bersalin, at least dah settle semua borang2 and everything....


Keenam....


Ketujuh....


Keseterusnya.....


Allah, banyak sungguh yang Engkau berikan padaku.... Moga aku terus menjadi hamba yang bersyukur...


SELAMAT HARI LAHIR 2015.


Moral of the story: Syukur dan sabar dalam kehidupan. Bila dapat nikmat kita syukur, bila diuji kita sabar~