Friday, January 2, 2015

pengalaman bersalin

Bersalin merupakan satu pengalaman yang terindah la kot buat ibu-ibu semua... macam aku, aku rasa memang indah... tapi yang rasa indah tu lepas dah bersalin la... sebelum tu hanya Tuhan yang tahu... kikikiki..


Okay, cerita kelahiran puteri sulongku begini...


38weeks 5 days, I have 'bloody show' for 2 days... Senang cerita turun darah hari Sabtu 8pg, beranak hari Isnin 925pg... Kira 39weeks la baby lahir.


Hari Sabtu dan Ahad walaupun show dah ada perut lansung tak sakit... cuma ada contraction... so, memang I assume that contraction as Braxton Hicks (Braxton Hicks ni biasanya orang kata perut ajar2 mengeras untuk persediaan nak bersalin, biasanya, mak2 akan perasaan benda ni bila kandungan mencapai 34-35weeks macam tu, mungkin ada yang lebih awal). Bezanya contraction Braxton Hicks dengan contraction yang betul2 nak bersalin ni adalah PAIN. Braxton hicks tak sakit pun, cuma rasa mengeras je perut tu.


So, bila dah dua hari ada show tu, confius jugak lah bila nak bersalin ni?? And the story begin...


Hari Ahad kul 10malam, rasa contraction setiap 10minit, very mild pain 2 per 10 sakit, and sangat sekejap 5-10seconds.


Lepas tu kul 12mlm aku tertidur. Pukul 330pg, aku tersedar... Still rasa contraction with minimal pain, sakit sikit dari yang sebelum 3/10 sakit, still 5-10 seconds and every 10 minutes. Masa ni bangun gi toilet, duk cuba2 tidur lagi walaupun mata dah segar. Tapi tak tidur jugak lepas tu, 430pg umi aku bangun tanya ok ke tak..."im okay! tak taulah nak beranak ke tak ni..." hahahahahah... ke main2 je sakit ni...


Waktu tu hujan sangat2 lah lebat tak berhenti dah semalam... Umi aku kata takpelah, jom lah kita pergi hospital, at least apa2 dah ade kat hospital... nanti banjir nak pergi hospital macam mana, terberanak kat rumah pulak... sebelum2 ni mak aku dah macam practice dah, duk tanya2 macam mana nak sambut baby kalau lahir kat rumah.... hahahahah...yela, aku tau umi risau sebab takut tak reachable hospital sebab banjir kan.


Kul 6pg mandi, membuang sisa-sisa makanan, breakfast... 630 pergi hospital... masa ni start contraction 5 minit sekali, pain score pon duk gitu jugak 3 per 10, tapi contraction panjang sikit 10-15seconds. Aku yang duk dalam kereta ni duk terfikir, nak cakap apa sampai kat spital nanti, turun darah ke sakit perut??? Sakit perut xseberapa la pulak... Kalau tak hujan lebat, kalau umi aku tak suruh beria gi spital aku rasa aku duk rumah lagi.... yela, perut tak sakit, sampai hospital sure kena selup punya nak cek jalan...yang tu yang xnaknyerrr....


Sampai kul 7 kat lowrisk, htaa xde orang!!! taraaaaa.... HAPPY sangat... hahahahaha.... aku pulak daftar la... cakap perut sakit... walaupun masa ni aku rasa tetiba hilang sakit... tak rasa... serius! mungkin sebab takut jadi tak perasaan contraction tu...


715pg buat CTG untuk check keadaan baby, 730pg check jalan... malu sangat masa ni... hahaha... nasib baik doctor perempuan... doctor tanya dah berapa kerap sakit??? aku pun cakap la every 5 minit... walaupun masa ni aku rasa macam menipu sekejap sebab perut tak sakit...


Lepas diselup, "dah 5cm la awak" "hah? 5cm? betul ke?" "ha ah"


Dalam hati aku "yeke doctor ni, entah2 tak pandai lagi nak estimate bukaan, betul ke? ke dia silap" yang ni aku rasa jahat sikit la fikiran aku ni... underestimate orang... hukhukhuk...


"dah boleh masuk labour room la dik" kata misi yang baik hati... aku masa ni gi duduk dengan umi and suami aku dulu... wuaarrrggghhhh...xmau masuk, tak bersedia... yeke nak beranak ni, tak rasa pun...huuuuuu.


750 pg dan la borak2 dengan kawan aku, Safina and FaE yang singgah dekat lowrisk tu lawat aku... dan la borak2... huahahahhaha...


810 pg nurse panggil suruh masuk labour room...huh! Melangkah masuk jugak la kiter ni... Naik atas katil, tukar baju... Suami ada teman, umi aku pun ada teman duk gilir2 masuk bilik bersalin tu... Masa ni tak rasa sakit perut, aku pulak cuak, takut problem ke apa... Dari 5 minit sekali aku rasa jadi 10 minit sekali balik...


840 pg, doctor senior dating review... Doctor tadi pun cakap dah 5 cm doctor patient ni, nak pecahkan ketuban dia tak?


Doctor senior tu pandang aku, aku pandang dia... takyah la lagi, nampak dia tak sakit, kita review pukul 11pg... Dalam hati mak ai, lamanya lagi aku kat sini... Pastu tetiba contraction datang, tak berapa sakit pun, masa ni aku rasa buat mimic muka lebih sikit... hahahahahah.. doctor senior tu pun cakap meh la saya check jalan dia...


"Dah 6 cm ni"


"Pooooop!!!"


"Dah leaking, air ketuban dah pecah"


Aku pun. Huh? 6cm? Dah leaking???


Aku pun mesej la suami and umi aku yang tunggu kat luar tu... gtau perkembangan...850pg waktu ni..


nyet nyet nyet...suami aku pun masuk bilik bersalin tu..


Nurse pun pasang CTG sekali lagi nak monitor keadaan baby lepas leaking. Nurse tu pon letak la tangan atas perut aku nak check contraction... Dia cakap contraction 3 kali dalam 10 minit, tapi sekejap sangat je, 10-15seconds... Aku pun tak rasa sakit sangat... dan la aku merenung 10 minit mesin CTG tu... hahahaha... risau, sebab aku tak nampak contraction perut aku kat mesin tu, macam flat je reading...


Dan...... tetibe je, perut terasa sakit yang teramat sangat.... sangat-sangat-sangat....sangat kuasa infiniti... sakit datang yang panjang....  hilang sekejap.... datang lagi.... masa ni nasib baik ada suami yang suruh ingat Allah... seriously, masa tu tak ingat Tuhan dah... lepas suami sebut ingat Allah baru la duk sebut Allah Allah Allah... sebab tu la orang nak mati kita kena sebut Allah kat telinga dia...


Dan aku rasa 4 kali aku dan rasa perasaan yang nak meneran tapi kena tahan... Allahuakhbar, sakitnya.... Dan kali yang kelima aku dah tak tahan, aku angkat je kaki macam nak beranak...


Doctor nurse pun datang... cek jalan... "dah full la" doctor yang sama check jalan aku masa 5cm tu.


"Huh? dah full?" terkejut sambil rasa bersyukur sebab mesti la dah boleh teran beranak kan...tak sanggup tahan dah.


"Ha ah, dah nampak rambut baby"


"Yeke?" aku tanya suami aku kat tepi...hahahahah...Suami aku angguk. Ye ke dok toktau...Hahahahah...


Dan bermulalah episode meneran... masa ni tak rasa sakit macam tadi dah..rasa macam nak berak... rasa nak berak aku teran, aku tak ingat dah... according tu suami 4kali teran... yekedok, aku tak tau...


Baby pun kuar, nangis lah baby sekuat hatinya. Aku pun tengok jam kat tangan aku, 925pagi... Aku pakai jam tangan okay... hahahahaha.... Dah settle baby doctor pun tanya nurse "baby kuar pukul berapa?"


Serentak aku and suami aku cakap "9.25"


Lahirlah seorang puteri, baby pun diletakkan atas dada aku setelah tengok jantina dia.


Alhamdulillah.... singkat je Allah uji aku dengan kesakitan... Allah, kalau lah panjang kesakitan yang aku kena tanggung hari tu, taktaulah mampu ke tak.... Mungkin aku tak mampu, sebab tu Allah bagi mudah...


Disebalik nikmat mudah bersalin, diuji pula dengan terkoyak yang banyak.... hukhukhuk... dan cerita ini bersambung next entri okay...


Moral of the story: Kita akan menghargai ibu kita lebih setelah bergelar ibu.




















1 comment: