1. Mereka ada bahasa mereka sendiri iaitu Bahasa Semai. Perkataan pertama yang saya belajar, "pijar"maksudnya lari... mungkin nak guna supaya kanak2 kat situ tak lari2 kot... jangan pijar sama kakak ni!!
2. Ramai kanak2 yang tak pakai selipar. Bila tanya adik, kenapa tak pakai selipar??? "Kakak, saya Orang Asli, Orang Asli tak pakai selipar"... Terlopong kakak dengar jawapan tu adek oi.
3. Semua tandas berada di luar rumah. Senang la kanak2 tuh nak basuh kaki kot.
4. Orang asli sangat pembersih. Yang ini memang sangat nampak sebab pagi2 lagi setiap pagi mereka akan membasuh sekeliling rumah mereka.
5. Tiada nyamuk di sana.
6. Bekalan elektrik menggunakan tenaga solar.
7. Bekalan air paip dari air bukit.
8. Mereka sangat pemalu... Kalau berborak, kita je yang duk menanya... Tak mungkin dapat soalan dari merekalah... Kalau kita diam, memang saya tengok awak, awak tengok saya lah jawabnya.
9. Majoriti ramai anak.
anak ramai murah rezeki~
10. Majoriti penduduknya Islam... Hanya ada 4-5 buah rumah je yang tiada agama daripada 42 buah rumah.11. Kanak2 di situ baik... Sepanjang duduk di sana 4 hari, tak ada lah pulak beg kena selongkar atau sebagainya.
12. Menu utama majoritinya pucuk ubi.
13. Tiada rangkaian telefon.
14. Mereka tidak pandai menyebut "za"...last2 mereka akan sebut "sa".
15. Nama seperti muslim walaupun tiada agama... Contohnya, Isma Diana, Siti Aida.
16. Astro pun ada...Hohoooo...ini sangat canggih bagi saya.
nampak tak astro tuh??? umah saya pun tak ada niyh.
Dan yang paling menarik dan patut diamalkan:
17. Apabila kita bertanyakan sesuatu pada mereka, atau menyahut panggilan, mereka akan menyebut "YA"... Best sangat...hahaha...tidak seperti masyarakat kita yang menjawab "ha ah" atau "a ah" atau "emm" atau bertanya semula "knape?"...heheheh.
TIADA BEZANYA KITA SEMUA, KERANA ISLAM TELAH MENJADIKAN KITA SAUDARA~

alhamdulillah..... =)
ReplyDeletesuke3... (",)
ReplyDelete