Saturday, July 30, 2011

Internal Medicine is my first posting

2007- foundation selama 2tahun.
2009- pre-clinical year selama 2 tahun
Alhamdulillah... dah 4 tahun di dunia universiti... Thank you Allah, permudahkan jalan saya selama ni...
2011- start clinical year... start dengan posting Internal Medicine... perasaan??? Kalau waktu tahun pre-clinical dulu... tak sabar2 nak masuk tahun clinical... sebab majoriti senior2 akan cakap:
"Ala... jangan risau lah, tahun clinical lah relax... banyak masa"
"Tahun pre-clinical je susah, nanti dah clinical senang la"
"Tahun clinical best, enjoy!"
"Tahun clinical ni kadang2 ikut luck jugak, kita dapat doctor apa, patient yang nak bagi kerjasama ke tak"
Betul ker??? Tunggu saya start posting dulu eh, baru boleh komen... sengsara atau gembira... hahahaha... Sekarang mestilah sangat berdebar... Ada yang cakap:
"Doctor2 kat hospital garang sikit, kalau nak marah, doctor marah depan patient terus, down jugak mula2"
"Kena rajin buka buku lah, tak ada dah nota2, semua kena independent"
"Tahun 3 je stress sikit, pastu next2 ok dah la"
Berbalik kepada posting first yang saya dapat iaitu IM... Ramai yang pesan, common cases like diabetes, asthma, dan sebagainya kena ada at fingertips je... Terutamanya symptoms, physiology and pathology... then kena tahu lab investigations dan sedikit management... IM i think is very broad topic... So Syuha, be prepare ok!!! Senang cerita kena ingat semula apa yang diajar sepanjang 2tahun lepas... Aiyo, sangat manyak maa~
Kalau dulu2, ni lah yang dah belajar:
(satu perkataan yang menggambarkan setiap blok)
Y1B1- blur... seriously, saya tak tahu apa yang saya belajar…mungkin tak dapat adapt lagi kot…banyak belajar anatomy dan biochem.. physio je la senang sket…alhamdulillah, Allah bagi lulus… miracle~mungkin as semangat untuk aku yakin dan terus belajar dalam bidang ni.
Y1B2- relax… immune, psycho, patho… kelas tak pad sangat, note pun nipis je berbanding blok lain…paling relax sebab tak stress pon waktu nak exam. Mungkin saya sangat pay attention dalam kelas waktu blok ni. So,nak revise tu senang. Lagi pun saya minat psychology!
Y1B3- microb... adoi, banyaknye benda kecik2 niyh kena tahu…susah sikitlah for me... terfikir jugak kena ke blaja kuman kecik2 niyh??? memang kena awak oi, infection kan dari semua benda2 ni... hehehe... blok ni dah start slalu ulang alik rumah dah.
Y1B4- Penat…walaupun blok ni singkat je berbanding blok2 lain, saya rasa blok ni sangatlah penatnya… mungkin sebab kelas pagi petang tiap2 hari… pastu deal ngan kerja berkomputer yang saya memang sangat buta…tapi blok ni bagus la…banyak belajar tentang reality kehidupan dan attitude.
Y2B1- menarik…menarik mungkin dah start blaja ikut system…combine all subjects…cvs,respi,haema…menarik bg saya.
Y2B2- active... masa blok ni banyak program sket…ujung minggu je mesti ade program, direct 8weeks ade program…blok ni blok GIT…ramai kata senang…tapi bagi saya xlah senang sangat… cumanya, kite blh imagine…benda yang kita deal tiap2 hari, stomach, intestine, liver..hehehe…penting ni…comman taw.. heee
Y2B3- senangsebab sy minat reproductive and endocrine…hehehhehe….tapi senang2 pon, tak score jugak…senang time belajar je la.
Y2B4- susah… susah sgt2…pasal head and spinal cord... kena baca 7 8 kali baru faham…blok ni banyak saya asyik fikir pasal fail, dari first week lagi... Syuha o syuha, lain kali jangan mindset macam tuh awal2 taw!
Diantara semua ni, kalau kuar result just Y1B2 and Y2B1 je result saya tengok sendiri… yang lain semua kawan2 tolong tengokkan, betapa penakutnya saya dengan kenyataan… heee
FIRST PROFESIONAL EXAM. Susah sangat… dan perasaan ni sama macam Y1B1,miracle…Allah tolong saya..Alhamdulillah…biasanya lepas exam rasa release, ni lepas exam lagi teruk rasa perasaan tidak tenang compare dengan sebelum exam…OSPE,MCQ lah terutamanya, rasa sangat tidak boleh buat.
Apa2 pun, ini semua sudah berlalu, menulis hanya sebagai kenangan di hari2 akan datang…syukur Allah memberi ujian dengan pelbagai rasa…akhirnya manis jua yang diberi... Harap kejayaan hari ini dapat memberi semangat untuk saya menjadi insan yang lebih baik...
Allah, permudahkanlah jalan saya dalam medical school ini... Saya nak jadi doktor yang bagus untuk pesakitnya...
Pesanan untuk diri sendiri: (baca time down taw Syuha!)
"SYUHA, JANGAN TAKUT DENGAN DIRI SENDIRI OK, BE CONFIDENT!!! KALAU RASA TAK FAHAM CEPAT2 CARI JAWAPAN AND JANGAN MALU TANYA LECTURES DAN KAWAN2 YER!~"

Monday, July 25, 2011

Dakwah Orang Asli: dari kamu juga, aku belajar~

bekalan makanan kami... masak sendiri 100% di sana.
adik2 comel kg.leryar, ringlet, cameron.


bersama officer uiam sebagai pengiring.

Owh anak2 mummy sekalian, meh mummy nak cerita... Dulu2, mummy pernah pergi Kampung Orang Asli 4hari 3malam taw... objektif utamanya, untuk memantau cara hidup Islam mereka di sana... Mula2 niat nak gi program berkampung nih untuk jalan2 je, tapi last2 Allah gerakkan hati pergi ke sana keranaNya... Bila difikir2 semula, bukan semua orang berpeluang mendengar dan mengajar untuk memperbaharui kalimah syahadah mereka...


Mummy: Amek, cuba amek baca Al-Fatihah?Alhamdulillah tuh. (Di sana, mak dipanggil amek, ayah dipanggil abe)
Amek: Bismillah.... dan terus membaca sampai waladdhooooooliinn~
Mummy: Siapa yang ajar amek baca?
Amek: Ustaz.
Mummy: Amek tahu aa ba ta?
Amek: Tak.
Mummy: Amek hafal ni cara bagaimana?
Amek: Dengar lalu hafal.
Mummy: Kat sini tak ada ustazah amek?
Amek: Belum ada.
Mummy: Kita baca syahadat amek ya?
Amek: Amek tak pandai.
*Jadilah diriku ustazah sebentar~
Mummy: Amek ingat tak? Ni lah amek ucap masa mula2 dalu amek masuk Islam.
Amek: (Ada amek yang betul2 tak ingat, ada yang ingat2 lupa dan ada yang ingat)
Walaubagaimanapun, saya sangat gembira melihat usaha gigih mereka mendekati Islam... Jumpa kalian disyurga~

Perbualan yang lain:

Mummy: Amek dah lama peluk Islam?
Amek: Dah lama... Dari duduk atas sana lagi (sambil tunjuk rumah lama mereka dari buluh di atas bukit)
Mummy: Seronok di sini atau atas sana amek? (tiba2 aku tukar topik)
Amek: Atas sana. Atas sejuk.
Mummy: Atas sana elektrik air semua macam di sini ke?
Amek: Sini lagi senang.
Mummy: Sini pon seronok juga. Sini surau pun ada. Amek selalu pergi surau?
Amek: Tak ada...
Mummy: Amek pandai solat tak?
Amek: Amek tak ada kain untuk sembahyang. Susah nak sembahyang. Anak amek pun tak ada jugak.
Mummy: Kalau sudah azan nati amek pergi surau boleh? Nanti saya berikan pada Amek kain sembahyang. (Dari perbualan yang dah lama sebelum sentuh bab ni, memang keluarga ni keluarga yang susah)
Amek: Angguk.
*2 malam nampak dia kat surau dengan kain sembahyang baru dia. Semoga kain sembahyang itu menjadi semangat untuk amek terus mendekati Islam.

Kebanyakan aktiviti di sana melibatkan ziarah. Group saya ada 5 famili angkat...

bersama amek Zahiza dan anak2nya~

rumah no. 21: Rumah Abe Kapas. Dia cakap dia ni penolong Tok Batin. Banyak lah jugak cerita pasal kampung tuh.
rumah no.22: Rumah amek Zahiza. Ada 2 anak lelaki, dan 2 anak perempuan... Kat sini saya sempat lah belajar macam mana nak duduk baby galas dengan kain batik.cantik dinding rumah amek zahiza. Dengan kakak ni lah saya blaja kendong baby. Senang nak kendong anak nanti2...heheheh~

rumah no. 23
: Rumah Ustaz kat kampung tuh. Ustaz Oran Asli...hehehe

rumah no. 41: Rumah cucu Tok Batin, Kak Ida... Kak Ida ni lain sikit... Chantek dan puteh... Tapi tetap lah nampak Asli... Nampak macam gigih memahami Islam.

saya, abe amah dan fathi~

rumah no. 42: Abe Amah... Sangat peramah dan banyak cerita tentang Orang Asli seluruh Malaysia... Fasih sangat bahasa Melayu... Mungkin sebab dia bekerja dengan Jabatah Hal Ehwal Orang Asli. (mana lah tahu suatu hari nanti dapat pergi lagi, tulislah takut tak ingat...hehehe)...

Kebanyakan aktivitinya berborak, tanya tentang Islam, beri sumbangan dan sebagainyalah... memang tiap2 harilah pergi ziarah dengan Falihin dan Fathi (ahli group)... Terima kasih la kat korang, banyak ajar softskill indirectly....

Best tak duduk kat sana? Bagi saya, kalau sesebuah tempat tuh senang untuk kita mendirikan solat, tempat tu dikira bestlah... Kat sana surau ada, air ada... So, best3...
masak2, jangan tak masak...
Bab makan?? Very thankful kepada team catering... menyediakan hidangan sepanjang berada di sana... hebatlah you all... walaupun selepas balik dari program, i diarrhea 2 hari... tetap nak thumb up kat korang semua...good job lah!dr jepa pegang lesung tuh!

Banyak lagi aktiviti2 kat sana, riadah, main2 permainan rakyat kanak2 Orang Asli, medical check up, Gigiku Sihat, kenduri, mewarna dan banyaklah...
main tuju selipar...best3~
mural drawing khat~kenduri waktu malam~time pertandingan mewarna kanak2...
kreatif kak ira saya niyh~
makan adek, dr bagi vitamin tuh~

Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat dari sana... Ingat anak2 mummy, pergi sesuatu program perlu ada niat yang baik... Barulah bermakna dan berpahala sepanjang masa. Peace~


P/S: Jangan mengatakan belum bersedia dalam usaha dakwah dan amar maruf nahi mungkar... Jangan mengatakan diri belum cukup ilmu atau tidak layak untuk melakukan semua ini... Kerna, sampai mati pun kita tidak akan bersedia, sampai bila2 pun ilmu kita tidak pernah cukup malah mungkin berkurang kerana terlupa~

sebenarnya saya orang asli~

pemandangan nan indah~

21-24 julai 2011 lepas, saya mengikuti ORANG ASLI MAHABBAH PROGRAM di Kg. Leryar, Cameron Highland(sejam dari Cameron)... Sangat menarik, macam masuk dunia baru... Antara yang menarik perhatian saya:

1. Mereka ada bahasa mereka sendiri iaitu Bahasa Semai. Perkataan pertama yang saya belajar, "pijar"maksudnya lari... mungkin nak guna supaya kanak2 kat situ tak lari2 kot... jangan pijar sama kakak ni!!

2. Ramai kanak2 yang tak pakai selipar. Bila tanya adik, kenapa tak pakai selipar??? "Kakak, saya Orang Asli, Orang Asli tak pakai selipar"... Terlopong kakak dengar jawapan tu adek oi.


3. Semua tandas berada di luar rumah. Senang la kanak2 tuh nak basuh kaki kot.

4. Orang asli sangat pembersih. Yang ini memang sangat nampak sebab pagi2 lagi setiap pagi mereka akan membasuh sekeliling rumah mereka.

5. Tiada nyamuk di sana.

6. Bekalan elektrik menggunakan tenaga solar.

7. Bekalan air paip dari air bukit.

8. Mereka sangat pemalu... Kalau berborak, kita je yang duk menanya... Tak mungkin dapat soalan dari merekalah... Kalau kita diam, memang saya tengok awak, awak tengok saya lah jawabnya.

9. Majoriti ramai anak.

anak ramai murah rezeki~

10. Majoriti penduduknya Islam... Hanya ada 4-5 buah rumah je yang tiada agama daripada 42 buah rumah.
tulisan surau tuh, kami2 lah yang buat... credit tu TEAM MURAL.

11. Kanak2 di situ baik... Sepanjang duduk di sana 4 hari, tak ada lah pulak beg kena selongkar atau sebagainya.

12. Menu utama majoritinya pucuk ubi.

13. Tiada rangkaian telefon.

14. Mereka tidak pandai menyebut "za"...last2 mereka akan sebut "sa".

15. Nama seperti muslim walaupun tiada agama... Contohnya, Isma Diana, Siti Aida.

16. Astro pun ada...Hohoooo...ini sangat canggih bagi saya.

nampak tak astro tuh??? umah saya pun tak ada niyh.

Dan yang paling menarik dan patut diamalkan:
17. Apabila kita bertanyakan sesuatu pada mereka, atau menyahut panggilan, mereka akan menyebut "YA"... Best sangat...hahaha...tidak seperti masyarakat kita yang menjawab "ha ah" atau "a ah" atau "emm" atau bertanya semula "knape?"...heheheh.


TIADA BEZANYA KITA SEMUA, KERANA ISLAM TELAH MENJADIKAN KITA SAUDARA~


Monday, July 18, 2011

hantar anak saudara ke rumah dia

Sabtu lepas rombongan pegi menghantar anak sedara mummy ke KL... Qairina dah nak balik KL yer? Kesian tok mi dengan tok ayah (parents saya), mesti sunyi... Pergi hantar dengan dua kereta, satu kereta CCM 6167 saya (aik,saya punya keta ke??? keta umi saya, tapi saya selalu tumpang guna...hahahha... tak mampu lagi nak beli), satu lagi of kos keta mama Qairina... Banyak sangat barang Qairina...

Rumah Qairina kat Taman Melati, flat Sri Langkawi 2, dekat je dengan LRT... kalau duk kat dapur tu boleh nampak orang naik LRT... Tapi yang tak syoknya, umah Qairina ni tingkat 4... xde lift...penat taw MAKNGAH ngangkut barang Qairina naik atas... nak patah lutut ni haa... Makngah tak taw lah mama kamu cam mana naik tangga tiap2 hari Qairina oiii... patut la active semacam je budak ni...

Sampai KL, keesokannya Ahad, tok mi ngan tok ayah dah balik Kuantan semula... sebab POKSU Man Qairina ni sekolah... tinggal lah Qairina dan mamanya, and saya kat rumah ni haa... Kemas2 rumah, beli stok barang2, teman2 Qairina... Hari Isnin pulak try test hantar Qairina dekat pengasuh dia (OPAH)... Best Qairina duduk dengan Opah???

Tapi yang bestnya, perangai Qairina kat sini lebih kurang 75% bertukar... jadi baik sangat... kalau dulu, meragam sikit... sekarang, macam faham2 je orang banyak kerja... sekrang letak bawah pun dia steady je, kalau dulu, jangan harap nak duduk bawah...nak duduk berdukung jer... baguslah Qairina... senang mama kamu... makngah pun tumpang senang hati... hehehehe...

Lusa Makngah nak balik dah, sebab tulat Makngah nak pegi Cameron... ada kerja sikit... Qairina duduk baik2 yer kat rumah dengan mama... sian pulak budak tuh, papa dia kerja jauh... duduk dengan mama je... takpe, nanti makngah free, makngah datang lagi yer~

Thursday, July 14, 2011

menunggang kuda


Baru2 ni saya berkesempatan pergi ke tempat kuda... tempat kuda??? Macam ada tak kena... hahahaha.... yang pasti tempat tuh tempat orang bela kuda, jaga kuda dan tempat orang menunggang kuda lah... betul la kan tempat kuda?? hahahaha.

bersebelahan sekolah tanjung lumpur.
penjaga kuda nak pasang pelana pada kuda.
dah siap pasang pelana, kuda is ready to ride... nama kuda ni MAKITA.


takde gaya lansung pun naik kuda... hahahahaha.... kuda ni tak minat kat saya sebab kuda pompuan... so, die xde semangat...cousin saya yang pandai naik kuda... naik je, tunggang tak pandai... hahaha... (terer jugak la sebnanya)salah seorang penjaga kuda jugak ni, kat kandang kuda.
ni CHICK... kalau lah ada model kuda, sure die dah jadi model, tinggi lampai kuda niyh.

ni pulak saya yang ambil gambar sendiri kat kandang kuda... xde orang nak tolong snap kan...nak suruh kuda, kuda x pandai.
kuda paling senior kat situ... sepupu saya kata kuda ni lah yang paling seksi... ish3...teruk betul...tapi memang betul pun, kuda ni cantik, tak dimamah usia... hakhakhak...awet muda.

Apa yang saya dapat pada hari itu:
1. Menunggang kuda ada 4steps : walk, throp, chanter, gallop (tak tahulah ejaan betul ke tidak).
2. Kos sara hidup kuda ni tinggi.
3. Berbuat baiklah dengan semua makhluk Allah termasuklah haiwan... contohnya: kuda ada juga hari2 cuti dia, tak nak kasi kuda penat.



kelapa oh kelapa

Suatu pagi, boring2... Saya sempat belajar dengan ayah saya pasal kelapa... Teringat masa sekolah dulu2, buku teks kata pokok kelapa ni pokok serbaguna...

Air diminum, isi dimakan, sabut dibuat berus, lidi dibuat penyapu, batang pokok dibuat titi... Macam2lah... hehehehe...

Bagaimana menghasilkan anak pokok kelapa???

mula2, cantas kelapa tuh supaya jadi macam gambar niyh... tapi bukan boleh main cantas je, kena tengok angle jugak...

Ada 3 bahagian so, pilih angle yang paling besar... Kalau dalam gambar ni, cantas yang atas tuh. Kenapa dekat bahagian angle paling besar?? Sebab tunas dia kat situ...

Lepas tu, kena lah rajin siram dan pastikan bahagian cantasan ke atas...

Waaahhh... dah tumbuh~ Ni selepas sebulan.

Kalau dah 3 bulan, inilah hasilnya...
(Handsome nyer ayah saya...hehehehe~)

Banyak lagi saya belajar sebenarnya... Cara membelah kelapa membuang sabutnya... macam pelik je ayat niyh.. hahaha... Kalau nak belajar, meh2 datang rumah, saya ajar... siap praktikal lagi... Hakhakhak...

Mari kita bercucuk tanam berbakti kepada bumi Allah ini~



Tuesday, July 5, 2011

bertukar status

YEEEEEEEEEHAAAAAAAAAAAAAA.... status aku dah berubah......

Status apa? Dari bujang naik jinjang pelamin ke?? owh tidak sama sekali... no no no...

Saya belum kahwin lagi, tapi saya dah ada anak... seronok taw dah ada anak niyh... ANAK????

ANAK SAUDARA lah... yang pertama... seronok sangat2... macam dah ada anak sendiri rasanya... nama anak saudara sulong saya ni DHIYA QAIRINA... maksud dia cahaya kebaikan... bestnya nama dia... moga Qairina jadi anak yang baik penyejuk mata, hidung, mulut, muka, dan seluruh badan mama dan papa kamu ye...

dhiya qairina ahmad fadhli masa di hospital lagi

ni dah tak ada rambut, dah cukur semua

Amboi, specialnya kamu Qairina, sampai masuk dalam blog MAKNGAH.... kepada anak2 mummy, jangan jealous, kamu semua tak lahir lagi... hakhakhak... kira kakak Qairina ni jadi bahan eksperimen mummy dalam memantapkan skill mummy nak jaga kamu semua nanti2...hahahahaha...

Ilmu parenting ni kena cari jugak... lagipun mummy nak bagi maklong kamu ni 7 anak sedara, 25 cucu, 50 cicit...huahahaha... jangan marah ye mama dan papa Qairina...makngah gurau2 je.ni blog mama dia (klik).

Banyak skill2 yang mummy dapat taw, yela dari first day mummy jadi pengasuh sambilan Qairina niyh...

Dan tips yang paling penting


"BABY AKAN MENANGIS APABILA TIDAK SELESA, LAPAR ATAU SAKIT"

Kalau baby nangis dan baby dah kenyang, kena checking la kalau2 dia sakit, mana tahu kembung perut ke... Kalau tiada tanda2 sakit, mungkin tak selesa contohnya dia berak ke, posisi tak betul ke...haaa....macam tu lah....that is the basic thing you must know...

Ni makngah letak gambar Qairina yer~


ni reaksi kalau dia selesa, mesti senyum2

si cute yang sedang tido, susah mau tido ni maa~

Semoga menjadi anak yang soleh, baik budi pekerti, bijak dan menghormati kedua ibu bapa....
Ameen~

cara memikat hati perempuan...

Mungkin ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang diharapkan oleh seorang perempuan dari seorang lelaki...

Memikat bukan hanya memikat kekasih hati ye... juga boleh digunakan untuk memikat hati isteri...


1. Luas pengetahun agama

- Perempuan akan beranggapan dirinya boleh dibimbing oleh lelaki itu... Kalau lah perempuan itu mempunyai sifat kepimpinan yang sangat terer pun, dia still mengharapkan lelaki akan membimbingnya... percayalah.

2. Handsome???

- Tak diperlukan sangat kot... Tapi kadang2 perlu jugak,yelah.. kan nak tengok hari2... Kalau anda ni tak handsome, jangan sedih pulak... Lelaki boleh nampak handsome dengan kebaikannya...

3. Kedekut

- Haa...yang ni perempuan paling pantang... bro, kalau tak ade duit, jangan la nampak sangat bro.. Kalau ajak perempuan keluar, last2 perempuan yang kena bayar sendiri, confirm lepas tu awak kena reject bro... sekali sekala takpe lah kan... saguhati sekali sekala pun tak pernah dapat, mesti terasa perempuan tuh... tak ada duit, hadiah sumi pun jadilah... perempuan melihat bukan pada harga, tapi nilai mengingati tuh paling penting...

4.
"Owh, dia kawan saya je~"
-
Selalu berlaku kalau lelaki ni terjumpa kawan2 perempuan dia lah... kalau dengar laki cakap macam tu depan2 kekasih hati, kekasih hati ni terasa sebenarnya... Cakap dia saudara saya pun dah kira ok apa... dari cakap dia kawan saya je... nampak tak special lansung.

5. Cemburu

- Perempuan ni sebenarnya suka laki cemburu, tapi sikit2 je lah. Cemburu tanda apa ye? tanda sayang... ahahahaha...

6. Menghormati

- Hormat perempuan, jangan ambil kesempatan... kalau yang ambil kesempatan ni, tolak tepi jelah ye gadis2.

7. Bijak

- Kena ambil phD ke?hakhakhak...bukan macam tu, bijak ni banyak segi, lelaki kena bijak lah dalam komunikasi, mengawal keadaan, dan bijak lah kesimpulannya, terutamanya dari skill kehidupan... takkan lah nak tukar lampu rosak pun tak pandai bro...

8. Cerewet

- Hoho... lelaki cerewet??? macam pelik je... perempuan tak suka lelaki cerewet... tak kira la dari segi pakaian ke, makanan ke, dan lain2... Mak saya kata, susah nak jaga lelaki cerewet ni, terutamanya bab makan... Kenapa pulak?? Yela... kita makan tiap2 hari, disebabkan lelaki cerewet bab makanan, sianla si isteri... masak tu tak kena, ini tak kena.. boleh gaduh taw... So, jangan lah cerewet2 ye~

9. Ego

-Bahaya sifat ni niyh, boleh makan diri sendiri... Laki ni biasanya ego dia bertambah lepas dah kahwin, yelaa... dia kan ketua keluarga... nak perempuan je belai dia... sayang kat dia... laki? ego nak tunjuk yang dia sayang kat isteri dia... Jangan la ego bro...the more u give, the more u get back.

10. Beralah

- Beralah lah dengan perempuan sekali sekala, walaupun anda tahu anda yang betul... cakap jela..."yelaaa...saya kalah, awak yang menang"... dah lama2 nanti, esok ke, cakap le balik, sebenarnya semalam kan, saya yang menang, awak yang kalah... hakhakhak...pastu terangkan lah...






* Semua di atas tiada kena mengena dengan saya, sekadar menggunakan psikologi di minda... ^___^