Friday, April 25, 2014

first night

amboooiiii...suka dia bukak entry first night kita...hahahahah....first night ni banyak, first night kita di dunia, first night masuk university, first night di tahun baru....haaaaa...kan??


Bila dah kawen ni, ada la yang nakal-nakal tanya...


"takut tak, takut tak?"


"dah first night?"


"macam mana buka aurat mula-mula eh?"


fuuuuuuuuuhhhhh.... sukar nak jawab... jawapan dalam satu perkataan " RASA MACAM TAK NAK ADA JANTUNG, SEBAB JANTUNG MASA TU BUNYI SANGAT BISING" in easy sentence "u will aware the beautiful sound of your heart!!seriously~"


Gambaran masa mula-mula si dia akan masuk bilik memang aku terlupa nak prepare. Contohnya, how to act, buat slumber ke, sambut dengan hati yang ceria sambil melompat ke, hahaha.... tak teringat! Sebab bz sangat prepare, yela, Pelamin, Hantaran, Baju, Kad kahwin, Banner, sampailah sekecil2 alam sendirian berhad. so banyak benda nak fikir.

Masa hari kenduri sembahyang zohor dan asar lain-lain waktu...so, syif keluar masuk bilik tu lain-lain la.hahahahaha... ptg plak lepas settle kenduri husband kuar dengan kawan-kawan dia, spend time dengan kawan-kawan yang sudi datang dari jauh... aku plak?? memang keletihan....


Pas isyak, memang tertidur... pakai tudung okay! Baju pon macam dress budak-budak asrama yang nak g pj, lengan panjang, seluar loose panjang...hahahahahahah...ini klakar! Lagipun masih ada saudara kat rumah. so, kena cover la kan.  Penat2 pun tidur mesti tak lena, ada jugak terjaga, kalau terjaga mesti otak aku ni ligat je "tidur2, please la syuha, please tidur, sebelum husband balik!" kihkihkih...


Dan tiba-tiba ada orang buka pintu...wuaaarggghhhhh....tak jadi tidur, dah terjaga...


Dan aku memang tak pandang lansung, MALU SANGAT-SANGAT-SANGAT! Dalam hati macam mana ni, dan aku kemas bilik sikit2 (memang aku saja masa lepas isyak tu xnak kemas, memilih untuk tidur, sebab masa ni aku baru dapat idea...kahkahkah...buat buat kemas barang... bernas tak?)
Aku tak tau la perasaan dia macam mana, dia pun tolong jugak kemas, aku tak pandang dia, aku tak taulah dia pandang aku ke tak (sampai sekarang aku tak tanya lagi)

Dan aku masa ni still macam budak asrama tau, fully cover the aurat... Dalam hati, macam mana aku nak buat ni ye?

Dia pon tak pandang, hahahahah... cuma tiba-tiba ada orang tu tahu perasaan kita ini, husband kaunselor kan "JANGAN LA MALU!"husband cakap.


"GILA KAU TAK MALU? MESTI LA MALU!! " dalam hati je la... rasa macam amboi, senangnye cakap. Aku ni dalam state denial lagi tau!

 Dan aku nak beri tips kalau korang sangat3 malu--> tutup lampu la! tak nampak! dan aku mula-mula buka tudung pun lepas lampu semua tutup.. gelap gelita... kahkahkahkahkah.


So, tips untuk bakal-bakal insan yang akan mendirikan rumah tangga yang rasa apa perlu prepare eh untuk first night?
gambar hiasan je. bukan katil aku okay!
1. Kalau perempuan, make sure bilik kemas, kemas bilik sendiri, baru la tahu mana letaknya itu dan ini. Contohnya, selimut letak kat almari mana. Sejadah ada simpan kat mana. Tuala beli and simpan dalam bilik kita siap2, senang kalau husband mintak tak terkial2 tanya mak ke. Fikir untuk dua orang!
2. Make sure sediakan ruang sedikit untuk baju suami.
3. Sediakan barang keperluan yang rasa perlu untuk melayari 'keperluan orang kawen' --> nak contoh??? hahahah...pm privately lah!
4. Ilmu --> jangan baca awal sangat yang 'private' tu, ilmu rumahtangga macam cara memasak tu nak baca setahun sebelum pun xpe...hahaha.. 2 minggu nak kawen boleh la baca tentang 'keperluan orang kawen', hafal doa2 yang perlu.
5. Bila dah lepas kenduri, tak perlu 'lebih2', cool and relax je sudah.. dalam erti kata lain tak yah 'aim', biar rasa itu datang natural aje. hahahahahaha.
6. Kalau laki plak, be relax!
7. Borak2 dulu. Biar lambat, asal selamat.
8. Tidur lah dengan tenang untuk recharged your energy for the next day!


Ada apa-apa tak faham? Eh!


Moral of the story: Malam berganti siang, siang berganti malam.

1 comment:

  1. Good blog! You have described in a nice way.
    Thanks for sharing this information.
    Nikmat perkahwinan

    ReplyDelete