Sunday, March 30, 2014

memilih bujang atau duda?

kehkehkehkeh..gelak dulu..


Assalamualaikum...


Ikuti dan boleh juga baca dengan penuh penghayatan okay!


A: Ada beza tak kawen dengan yang sekarang (si dude) dengan suami lama dulu?


B: Eh.. mesti ada! Beza mcm mana tu??


A: Beza dari segi perasaan syg kita la terutamanya. Macam mana kita dengan dia, sama tak rasa sayang tu? (serius mcm wartawan)


B: Ada. Hidup saya sekarang macam BERMADU!!


A: #$%&*&%^% (terkebil2 cuba digest). Macam mana tu?


B: Yela..ni duda ada anak la..so, suami kena bahagi masa dia antara saya dengan anak-anak dia(yang original).  Kadang2 dia tidur rumah anak2, kadang2 balik tidur rumah.


A: ooooo...


B: Beza! Perbezaan yang ketara ada dua iaitu MASA dan KASIH SAYANG. Satu, masa, yela...mcm bermadu dengan anak-anak dia... Tapi tak kesah la kan...


A: Ada masalah tak dengan anak-anak suami?


B: Takde masalah. Sebabnya DUDUK ASING!!! try la duduk sekali, susah jugak!... yela, duduk asing ni kita takyah jaga makan pakai anak2 dia... xde masalah la..


A: Erm... yela, duduk asing tak dan nak cari kesalahan la...pastu tak dan la nampka mak tiri ni marah-marah kan (dalam hati je ni)..


B sambung: Yang kedua, jumpa 2 hari, 3 hari sekali, so, perasaan sayang tu banyak, jiwa rasa rindu je nak jumpa.. Kalau husband duu, tiap-tiap hari jumpa, jemu, ada masa la nak gaduh...yang ni, nak cari masa gaduh rasa rugi...


A: Nafkah?


B: Biasa la, duit makan pakai tu dia bagi..tapi tak sama la denga husband yang dulu. Kita nak mintak pun segan... Kalau saya, rela saya kerja cari sendiri la kalau nak lebih...


A: owh...


B: Tula bezanya... macam bermadu dengan anak la.. sebab bermadu tu, jadilah faktor MASA yang jumpa tak kerap sangat dan SAYANG pun lebih sebab rindu... Tapi takpelah kan, SEBAB BERMADU DENGAN ANAK TIRI SENDIRI (mungkin dalam hatinya, kalau madu dengan perempuan lain tak boleh!) I guest je la.


Moral of the story: Dalam sebuah perkahwinan tu Allah memang dah ciptakan perasaan kasih sayang! So, terpulanglah nak laburkan ke atau nak bankrupkan... Tak gitu????



No comments:

Post a Comment