Thursday, July 18, 2013

Pusat Haemodialisis Islam Makmur

Alhamdulillah... bersyukur sangat sangat masih diberi kesihatan yang baik oleh Penciptaku, Allah swt... currently, sy ber'elective posting' di Pusat Haemodialis Islam Makmur, Kuantan... pada mulanya, saya memilih tempat ini sebab dekat dengan rumah, and tak mahu ke hospital untuk elective posting.. kira nak mengharungi puasa dengan tenang tanpa ke'busy'an... Macam salah niatkan, pada awalnya la...

Nak dijadikan cerita, lepas exam final posting, saya lulus.. kira saya dapat meneruskan untuk melakukan elective posting di sini (kalau fail final posting, kira tak dapat nak buat elective posting, kena repeat final posting and macam ambil exam semula)

Dan pada hari pertama, melangkahnya masuk ke dalam Pusat Haemodialisis ni... niat terus berubah... "I need to do something for the community"... di tambahnya lagi briefing oleh Prof Ariff yang sangat memberi semangat... antara kata-katanya "posting kat sini mungkin dapat belajar apa yang tak dapat kat hospital"... soooo trueee Prof... saya nampak apa yang 'tak dapat' kat hospital tu...

Sedih...simpati...empati...terhadap mereka... terasa diri ini sangat bertuah diberi nikmat yang sangat besar oleh Allah swt... KESIHATAN... Bayangkan pesakit disini, perlu cuci darah 3 kali seminggu..contohnya Isnin, Rabu, Jumaat @ Selasa, Khamis, Sabtu... setiap sesi 4 jam... termasuk masa on the way nak datang sini lagi...I think almost 6 hours...

Kerja?Kewangan?Sosial?Emosi? For sure will be affected...

Moral of the story: Selagi masih sihat, banyakkan ibadat...

No comments:

Post a Comment