Wednesday, November 30, 2011

special for person who is easily sulking

Jangan kacau boleh tak???!!! Saya tengah merajuk niyh!!!! Geram ni tau... eeeeeee

Pernah tak rasa tiba2 geram??? Lepas tuh rasa nak jauhkan diri je dari orang yang menyebabkan kita geram tuh??? hahahaha.... kadang2 sebab yang minor je... Merajuk la kononnya tu kan... Tahu tak apa maksud merajuk??? 

Mengikut Dr psikology termasyur Syuha, merajuk ni bermaksud terasa hati dengan seseorang individu kerana sebab2 tertentu dan mengharapkan individu penyebab itu tahu yang kita sedang merajuk tanpa perlu kita memberitahunya dan menaruh harapan untuk individu penyebab itu untuk memohon maaf atau memujuk.... 

Ya, saya setuju dengan maksud merajuk Dr itu.... 

Sebenarnya, kita mudah merajuk dengan orang yang kita sayang sahaja... Percaya atau  tidak??? Cubalah lihat biasanya dengan siapa kita merajuk... biasanya orang2 terdekat kan?? Contohnya sahabat baik... Kita mudah menjadi sensitif denagn orang yang kita sayang kerana biasanya kita mengharapkan orang itu memahami kita... 

Perlu berhati2 ya, kita juga perlu sedar bahawa hati kita ini rumit, tak semua perkara orang akan faham kita... hehehehe...

Kalau kita tergolong dalam golongan yang sangat sensitif bagaimana??? Macam mana untuk menjadi kurang sensitif??? Sebenarnya, tiada ubatnya... hahahahahahah.... Ubatnya hanya psikology yang betul... Ya, memang sukar untuk merubah diri kita yang sensitif kerana nak tak nak perasaan terasa itu akan menjelma juga apabila sesuatu berlaku... Cuma... apa yang kita boleh ubah ialah cuba control thinking kita selepas kita terasa tu... Tidak kisahlah berapa banyak kali pun kita terasa, jika kita pandai control thinking kita selepas terasa, itu yang terbaik....Contohnya, jika terasa hati dengan sahabat baik kita, kita boleh memujuk hati 

"ya, mungkin saya terasa hati dengannya kerana saya mempunyai hubungan persahabatan yang akrab dengannya, jika dia sahabat yang biasa, saya mungkin tidak terasa. Jadi, saya terasa sebab saya sayangkan dia"... 

Kesimpulannya, orang yang membuat kita merajuk adalah orang yang kita sayang, cuba control thinking kita selepas hati terasa kerana kita tidak mampu untuk menghalang hati dari terasa...kan3???


4 comments:

  1. betol3...x pernah pun dgr seseorg tu merajuk dgn org yg x rapat... :)

    ReplyDelete
  2. btul3~ n brdsrkn survey2 yg tlh dibuat (nady punya survey sndr, xde approval sape2, haha) n brdsrkn pngalamn hidup sndiri, biasenye org yg sensitif x ramai kawan sbb org takut nk dekat..so, jom kta kita try positifkn pmikiran.. :)

    ReplyDelete
  3. hurmm, mmg selalu org sy rapat yg buat kita sensitif ek.

    tp kdg2 sy kompius antara profession doktor perubatan dgn doktor psikologi, flexible ye? hehe
    XD

    ReplyDelete