Friday, April 25, 2014

first night

amboooiiii...suka dia bukak entry first night kita...hahahahah....first night ni banyak, first night kita di dunia, first night masuk university, first night di tahun baru....haaaaa...kan??


Bila dah kawen ni, ada la yang nakal-nakal tanya...


"takut tak, takut tak?"


"dah first night?"


"macam mana buka aurat mula-mula eh?"


fuuuuuuuuuhhhhh.... sukar nak jawab... jawapan dalam satu perkataan " RASA MACAM TAK NAK ADA JANTUNG, SEBAB JANTUNG MASA TU BUNYI SANGAT BISING" in easy sentence "u will aware the beautiful sound of your heart!!seriously~"


Gambaran masa mula-mula si dia akan masuk bilik memang aku terlupa nak prepare. Contohnya, how to act, buat slumber ke, sambut dengan hati yang ceria sambil melompat ke, hahaha.... tak teringat! Sebab bz sangat prepare, yela, Pelamin, Hantaran, Baju, Kad kahwin, Banner, sampailah sekecil2 alam sendirian berhad. so banyak benda nak fikir.

Masa hari kenduri sembahyang zohor dan asar lain-lain waktu...so, syif keluar masuk bilik tu lain-lain la.hahahahaha... ptg plak lepas settle kenduri husband kuar dengan kawan-kawan dia, spend time dengan kawan-kawan yang sudi datang dari jauh... aku plak?? memang keletihan....


Pas isyak, memang tertidur... pakai tudung okay! Baju pon macam dress budak-budak asrama yang nak g pj, lengan panjang, seluar loose panjang...hahahahahahah...ini klakar! Lagipun masih ada saudara kat rumah. so, kena cover la kan.  Penat2 pun tidur mesti tak lena, ada jugak terjaga, kalau terjaga mesti otak aku ni ligat je "tidur2, please la syuha, please tidur, sebelum husband balik!" kihkihkih...


Dan tiba-tiba ada orang buka pintu...wuaaarggghhhhh....tak jadi tidur, dah terjaga...


Dan aku memang tak pandang lansung, MALU SANGAT-SANGAT-SANGAT! Dalam hati macam mana ni, dan aku kemas bilik sikit2 (memang aku saja masa lepas isyak tu xnak kemas, memilih untuk tidur, sebab masa ni aku baru dapat idea...kahkahkah...buat buat kemas barang... bernas tak?)
Aku tak tau la perasaan dia macam mana, dia pun tolong jugak kemas, aku tak pandang dia, aku tak taulah dia pandang aku ke tak (sampai sekarang aku tak tanya lagi)

Dan aku masa ni still macam budak asrama tau, fully cover the aurat... Dalam hati, macam mana aku nak buat ni ye?

Dia pon tak pandang, hahahahah... cuma tiba-tiba ada orang tu tahu perasaan kita ini, husband kaunselor kan "JANGAN LA MALU!"husband cakap.


"GILA KAU TAK MALU? MESTI LA MALU!! " dalam hati je la... rasa macam amboi, senangnye cakap. Aku ni dalam state denial lagi tau!

 Dan aku nak beri tips kalau korang sangat3 malu--> tutup lampu la! tak nampak! dan aku mula-mula buka tudung pun lepas lampu semua tutup.. gelap gelita... kahkahkahkahkah.


So, tips untuk bakal-bakal insan yang akan mendirikan rumah tangga yang rasa apa perlu prepare eh untuk first night?
gambar hiasan je. bukan katil aku okay!
1. Kalau perempuan, make sure bilik kemas, kemas bilik sendiri, baru la tahu mana letaknya itu dan ini. Contohnya, selimut letak kat almari mana. Sejadah ada simpan kat mana. Tuala beli and simpan dalam bilik kita siap2, senang kalau husband mintak tak terkial2 tanya mak ke. Fikir untuk dua orang!
2. Make sure sediakan ruang sedikit untuk baju suami.
3. Sediakan barang keperluan yang rasa perlu untuk melayari 'keperluan orang kawen' --> nak contoh??? hahahah...pm privately lah!
4. Ilmu --> jangan baca awal sangat yang 'private' tu, ilmu rumahtangga macam cara memasak tu nak baca setahun sebelum pun xpe...hahaha.. 2 minggu nak kawen boleh la baca tentang 'keperluan orang kawen', hafal doa2 yang perlu.
5. Bila dah lepas kenduri, tak perlu 'lebih2', cool and relax je sudah.. dalam erti kata lain tak yah 'aim', biar rasa itu datang natural aje. hahahahahaha.
6. Kalau laki plak, be relax!
7. Borak2 dulu. Biar lambat, asal selamat.
8. Tidur lah dengan tenang untuk recharged your energy for the next day!


Ada apa-apa tak faham? Eh!


Moral of the story: Malam berganti siang, siang berganti malam.

Tuesday, April 22, 2014

thailand! here we goooooo~

Thailand is always known as Thai. I have Thai+Malay blood. And my husband who is Afizan; already married almost 3 weeks also have Thai+Malay blood. Some of his friends call him as 'Golok', I found this at FB comment. So, (Thai+Malay)+(Thai+Malay) is equal to 2 Thai and 2 Malay. kihkihkih... syok sungguh mengarut.


Entri kali ni xde ape nak cite. nak cite pasal nikah kawen pon xde gambar. gambar masih tersimpan kemas dalam camera. what to do.. over bz... yeke? hahahahha...so, tulis entri yang mengarut dulu...

Ok, a brief history..

gambar ihsan dari kawan suami

juga gambar ihsan dari kawan suami..hehe
Ni masa kenduri sambut menantu kat Rantau Panjang, Kelantan. Memang collapse, fenat... sebabnya kenduri kat kelantan ni sampai malam. Kira dekat maghrib pun still ada tetamu. Tapi takpe, tetamu kan bawa rezeki..

A day after,

jeng jeng jeng...nak gi mana ni??? ce teka..
thailand! yeaaa....honeymoon...hahahahah...mana ada...passport pun tarak.
Gi sana gi kat stesen kereta api hantar saudara mara pulang ke tempat masing2... nak gi jalan jalan tunggu passport dulu naa. Hari tu pun nasib baik 'lepas' aja. Kat stesen kereta api pun punya la aku senyeh2 sampai telinga kat askar2 yang jaga pintu masuk. hohoho.

Gi rantau panjang, jalan jalan sejam pastu gi makan aiskrim...Aku beli dua, satu husabnd satu untuk aku... Punyalah takmau kongsi..hahahaha...Last2, pengajaran yang dapat, beli satu je lain kali, kongsi! Baru suami isteri...kahkahkahkah.
Keesokan harinya isnin, ingat nak tolak ke Kuantan pagi2 buta lagi, tapi banyak benda yang tak settle dan termasuk nak hantar abang ipar ke airport, so, jadi tengahari la jugak. Husband plak mamai and nampak sangat penat. Nak tolong drive pon kereta manual, tak pandai nak bawa. huhuhu.. so, jadilah perjalanan kami seperti siput yang ada kuasa laju la sikit. Banyak kali jugak berhenti sebab mengantuk.

benti beli spesis yang sedap ni..etok!


benti makan mee ladna yang sedap sangat! sebab semua seafood.

orang ni makan sup perut...eerrrkk, i cant tolerate.
 Alhamdulillah, sampai Kuantan 7 lebih... maghrib...

Moral of the story: Pengorbanan diperlukan demi silaturrahim.







Friday, April 11, 2014

Perasaan masa akad nikah!

Alhamdulillah... dah jadi wife kepada Afizan aka P-Jan, aka Jang dan sebagainya...hahahahaha


Berapa hari? Hampir seminggu...




Dekat dekat kahwin mesti ramai punyalah akan tanya " Debar tak?"


Dan jawapan aku biasanya "belum lagi, nanti debar la tu" sebabnya.... ramai aku duk tanya orang yang dah ada pengalaman, sehari sebelum (malam sebelum akad nikah akan berdebar, tidur tak lena)..




Aku? Aku akad nikah hari jumaat, tapi malam (malam sabtu) lepas isyak kat Masjid Negeri Pahang.


So, sampai lunch hour Jumaat tu still attend class --> tak debar lagi. Lansung!




Balik rumah, sedara-mara dah ada, penat, lalu tidur --> Bangun tidur, zaaappp!! Rasa debar, tapi tak kuat, 2 saat je...kihkihkih...macam nak exam, tapi very very short time.




Kul 2.30 ptg camtu kemas-kemas bilik sikit, pastu masuk dapur gi buat koktail untuk majlis esoknya --> tak debar, rileks je masa ni.. Pengantin masuk dapur oi!!! malam nak nikah. kihkihkih.




4.15 ptg --> Rileks jap, kawan mai, pakai inai, borak-borak sikit.




5.30 ptg --> Rombongan lelaki dari jauh Kelantan dtg makan dulu kat umah. Takut lapoo time akad nikah nanti kan...so, kita makan dulu...hihihi...aku duk dlam bilik je, tak kuar jenguk pon.. --> Tak debar. Tapi masa ni dah rasa jahat sikit, duk usha 'bakal suami' nak tengok raut wajah dia... kah kah kah... tapi tak nampak pon.




6.30 ptg --> Make up sket. Make up sdn bhd dibantu kawan-kawan yang supportive. Pas maghrib nak gi masjid dah. --> Tak debooo, sebab tu boleh make up sendiri, kahkahkah..kalau tak habis laaaa~




8.15 mlm --> Tolak gi masjid, naik kereta bersama kawan-kawan yang gojes. --> Tak debar!




8.45 mlm --> Jumpa kawan-kawan kat masjid. Happy sgt jumpa kawan-kawan time ni.. --> Tak debar.




9.15 mlm lebih kurang --> Ambil tempat. Duduk! --> Tak debar. tapi rasa tak nak pandang 'bakal suami' hahahahahaha. So, mata melilau kat hadirin yang datang je.




9.30 mlm agak-agak --> Usha la sikit bakal suami aku... hahahaha... Aku nampak dia mostly tunduk la, nampak muka cool, tapi takyah nak sorok la, Takut la tuuu!!!! Terfikir jugak time tu, dalam hati jela, "kalau kau kena sumpah aku ni, banyak kali ni kena ulang akad!" hahaha, fikiran jahat. Sebab dulu pernah cakap kat dia, tengok la, banyak kali kena akad nanti...




Dan aku tak ingat exactly pukul berapa, masa ni tiba tiba rasa berpinar pinar, aku pandang bumbung masjid, owwhhh okay, tak goyang pun masjid ni... nak kata gelap mata tak, nak kata berdebar tak, macam kena panah petir pun ada (tapi panah specific kat hati je), serius tak tau nak cakap macam mana perasaan tu.. dan mungkin itulah feeling the first and the last yang sangat istimewa yang aku rasa sepanjang hidup...lain dari yang lain iaitu ketika "KAU SAMBUT SALAM KADI"




Masa 'bakal suami' akad, aku memang dengar setiap patah perkataan.


Beberapa saat selepas itu, bakal suami dah jadi suami... Masa baca taklik focus, tapi tak ingat apa-apa... Ingat yang singgit gi mahkamah je. Hahahaha




Masa ni duk fikir "dah jadi suami aku dah dia, habis la aku, habis la aku, seramnyaaaa, kena balas dendam dengan dia, ayat mesti perli-perli punya...adoooiii" hahahaha, takut kot, sebab dulu dulu banyak time yang 'kurang baik' dan gaduh sangat sangat sangat! dari time yang aku baik dengan dia termasuk la time aku fikir rasional mmg sgt sikit dalam perhubungan kami sebelum ini... huhuhuhu...




Dan terima kasih sangat kepada AWAK yang banyak sangat sangat sangat sabar, cool, calm dan seumpamanya dalam membawa hubungan kita ke jinjang pelamin... kihkihkih.. Tahniah, awak menang!


Tunggu next story eh!