Wednesday, November 30, 2011

special for person who is easily sulking

Jangan kacau boleh tak???!!! Saya tengah merajuk niyh!!!! Geram ni tau... eeeeeee

Pernah tak rasa tiba2 geram??? Lepas tuh rasa nak jauhkan diri je dari orang yang menyebabkan kita geram tuh??? hahahaha.... kadang2 sebab yang minor je... Merajuk la kononnya tu kan... Tahu tak apa maksud merajuk??? 

Mengikut Dr psikology termasyur Syuha, merajuk ni bermaksud terasa hati dengan seseorang individu kerana sebab2 tertentu dan mengharapkan individu penyebab itu tahu yang kita sedang merajuk tanpa perlu kita memberitahunya dan menaruh harapan untuk individu penyebab itu untuk memohon maaf atau memujuk.... 

Ya, saya setuju dengan maksud merajuk Dr itu.... 

Sebenarnya, kita mudah merajuk dengan orang yang kita sayang sahaja... Percaya atau  tidak??? Cubalah lihat biasanya dengan siapa kita merajuk... biasanya orang2 terdekat kan?? Contohnya sahabat baik... Kita mudah menjadi sensitif denagn orang yang kita sayang kerana biasanya kita mengharapkan orang itu memahami kita... 

Perlu berhati2 ya, kita juga perlu sedar bahawa hati kita ini rumit, tak semua perkara orang akan faham kita... hehehehe...

Kalau kita tergolong dalam golongan yang sangat sensitif bagaimana??? Macam mana untuk menjadi kurang sensitif??? Sebenarnya, tiada ubatnya... hahahahahahah.... Ubatnya hanya psikology yang betul... Ya, memang sukar untuk merubah diri kita yang sensitif kerana nak tak nak perasaan terasa itu akan menjelma juga apabila sesuatu berlaku... Cuma... apa yang kita boleh ubah ialah cuba control thinking kita selepas kita terasa tu... Tidak kisahlah berapa banyak kali pun kita terasa, jika kita pandai control thinking kita selepas terasa, itu yang terbaik....Contohnya, jika terasa hati dengan sahabat baik kita, kita boleh memujuk hati 

"ya, mungkin saya terasa hati dengannya kerana saya mempunyai hubungan persahabatan yang akrab dengannya, jika dia sahabat yang biasa, saya mungkin tidak terasa. Jadi, saya terasa sebab saya sayangkan dia"... 

Kesimpulannya, orang yang membuat kita merajuk adalah orang yang kita sayang, cuba control thinking kita selepas hati terasa kerana kita tidak mampu untuk menghalang hati dari terasa...kan3???


Tuesday, November 29, 2011

seronoknya berenang

petang ni sempat gi swimming...seronok3...almost 2 months xsempat pi swimming... bukannya pandai sangat pun.. hahahahahahaha...tapi teringin sangat nak terer swimming...

Sekarang cuti, so petang2 memang xde aktivti apa2, sekolah pun cuti, so my adek ade kat rumah... pagi2 lagi dah ajak dia gi swimming... alhamdulillah, hujan di pagi hari berhenti di sebelah petangnnya.. so, dapat la gi swimming... orang pun tak ramai... best la sikit kan...

Tahniah la syafiqah(my adek), kamu sudah terer dah tu... hehehe... Lain kali kita gi lagi eh.


jangan makan madu dengan sudu besi

Madu ni memang baik untuk kesihatan... Nabi Muhammad saw pun sarankan makan madu untuk merawat pelbagai penyakit... So, i pun semangatlah nak makan madu kan... hehehe... Nak tahu tak macam mana kita nak tahu madu tu asli ke tak???

I pun tak ingat macam mana i tahu, tapi kalau kita letak api kat madu, api akan menyala...Contohnya, celup kertas dalam madu, then try bakar, madu asli akan nyala... and 1 more, semut tak hurung madu.. so,walaupun madu tumpah atau meleleh kat botol, semut tak ada...

And my father cakap, madu ni berkhasiat bila kita makan masa pagi dan petang.... and kalau makan madu, make sure guna bukan sudu logam, guna sudu plastik ok!!! Sebab??? Kalau guna sudu logam, zat dia jadi hilang... Hilang macam mana,i pun tak tau...huhu...

Jom makan madu jom ^^

Sunday, November 27, 2011

kenapa perlu makan buah sebelum makan?

Al-Quran menyebut buah-buahan terlebih dahulu dari daging dalam menerangkan mengenai keadaan orang2 beriman yang berada di dalam Syurga.


"Dan buah-buahan dari apa saja yang mereka inginkan (pilih), dan daging burung dari (jenis) apa pun yang mereka inginkan..." (Surah al-Waqiah, ayat 20-21)


Dari Anas ra berkata: "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, makan Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)






Dulu2, selalu makan buah selepas makan... Yelah, orang kata sebagai pencuci mulut... Tapi ada yang menegur cakap buah patutnya makan sebelum makan, bukannya selepas... Reason??? Masa tu fakta tu tergantung macam tu je tanpa reason yang kukuh... Sekarang, i dah jumpa dah...


Buah mengandungi gula fruktosa yang dapat meransang peningkatan kadar insulin. Fungsi insulin adalah mengawal kadar gula dalam darah. Oleh itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi untuk mengelakkan kerja berat dari pancreas, organ yang menghasilkan insulin apabila makanan masuk dalam perut.




Jika makan nasi terlebih dahulu, pancreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.


Contohnya, jika sebiji epal yang sudah dikupas kemudian dibirakan maka tidak laam selepas itu akan menjadi kuning. Itu baru sahaja terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita. Sudah pasti buah akan mengalami fermentasi sebelum sempat diproses.


Buah bukan pencuci mulut tetapi sebagai pembuka hidangan.. 

Saturday, November 26, 2011

hikmah berkumur

"Berkumurlah kamu setelah minum susu, kerana di dalamnya terdapat lemak"-HR Ibnu Majah.


Salah satu bahagian anggota tubuh yang selalu dijaga kebersihannya di dalam Islam adalah mulut iaitu dengan berkumur.


Disunatkan berkumur sebelum dan selepas makan untuk membersihkan mulut dari sisa makanan dan bakteria.





perhubungan suami isteri


Perhubungan suami isteri yang sihat amat dituntut oleh Islam. Amalkan Sunnah Rasullullah s.a.w., InsyaAllah rumah tangga bahagia hingga ke hujung usia walau apa pun ujian dan dugaan yang datang.

TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI - Dari Atha` bin Yasar RA, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. dan Aisyah RA biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.” Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau”. (Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)

MANDI BERSAMA ISTERI - Dari Aisyah RA beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana.Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tesebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

MEMBELAI ISTERI - "Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA - Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuahanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA - Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan ..... apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA - Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).


15 anugerah ALLAH SWT beri kepada wanita

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Tuesday, November 22, 2011

rahsia waktu pagi

I suka bangun pagi... tak kira lah hari cuti ke tak cuti... masa duduk asrama dahulu kala walaupun hari tu kelas mula lambat sikit pun, i still bangun pagi... Pagi tu maksud i xde la pagi beno, around 6.08 pg, 6.11 pg, macam tu lah and tak tidur semula lepas subuh...hehehe... kenapa 6.08 pg? 6.11 pg? sebab i am unique... hahahah, perasan betul... kalu bangun terlebih awal, rasa nak tidur pulak lepas subuh...

I biasa kunci jam xsuka sharp, ambik suku or setengah contohnya 6.00pg, 6.15 pagi, 6.30 pg... xtau ngape... hahahhhahaha.... suka kunci pukul 6.03 pg, 6.12 pg..haha.dikira unik la tu kan... tapi 630 pg tuh bagi i dah bangun lambat dah hari tu.

Mungkin sebab parents i tak suka tengok orang bangun lambat kot... Mereka selalu kata, "bangun pagi2 la, rezeki murah". Parents i pun pernah cakap "nak cari suami, jangan cari orang yang selalu bangun lambat, tidur pagi2". Tapi ada jugak kadang2 i sendiri pun terlajak tidur, itu tidak dinafikan...hehee

I pun tak faham macam mana orang boleh tidur bangun samapi pukul 10, 11... Sebab kalau i terlajak tidur until 8 pun, sehari tu i akan rasa lack of energy... Tapi mungkin mereka yang bangun lambat ni tidur lambat kan, tidur dekat2 subuh dah ke... hehehe

Antara hikmah yang i rasa bila bangun pagi:

1-Hari yang bermakna-boleh buat banyak perkara sebab waktu terasa panjang.
2-Segar -udara memang best lah, sejuk dan tenang.
3-Happy -saya suka warna sekeliling di waktu pagi... hehe... chanteeekkk... rasa bersemangat bertambah.

Antara rahsia menarik:

Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
I baca dekat sini

So, jom bangun pagi2!!!

khairul fahmi che mat

Tahniah Harimau Muda Malaya...!!!! u all berjuang habis-habisan... nampak u all punya spirit nak pertahankan Malaysia... heheheh....

I duk nengok ni selalu je Adrenaline rush... deboooooooo... tambah2 kalau bola sampai kat gol yang dijaga oleh apek ni... tak senang duduk.... Thumb up lah kat Apek, suka lah kecekapan, ketangkasan, kecepatan... gifted yang Allah bagi kat dia...

Bak kata pengulas sukan, harimau membaham garuda... Garuda pun patah sayap, harimau pun pulang ke Malaysia meninggalkan belang.... hahahaha, yang ni i tambah sendiri...

Debo jugak, nak exam ni... hukhukhuk...

Monday, November 21, 2011

doa putus cinta


hehehe....i post this doa not because of my heart is broken.... no no no... i still have a lot of love in my heart to...chewaaahhh... saja nak kongsi...

tak semestinya putus cinta kan, kalau kecewa dalam apa jua perkara pun u can use this doa... nampak tak yang dalam braket tuh, MENGATASI KEKECEWAAN...

Anggap lah sesuatu kekecewaan itu seperti hujan, hujan akan berhenti jugak suatu masa nanti.

Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu... :)

Tuesday, November 8, 2011

suami isteri akhir zaman

Renungkan,
Buatmu Bakal suami soleh dan isteri solehah
dalam meneruskan kembara perjalanan kembali ke negeri abadi...
Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh solehah…

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja,kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia …
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah …
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah …

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama …
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya ..
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhati2lah meluruskannya …

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh

*Terlopong mulut i baca puisi ni... best... ada harapan sebuah pernikahan di akhir zaman... boleh diambil sebagai panduan... (ambik dari I LOVE ALLAH SWT AND PROPHET MUHAMMAD SAW)