Saturday, December 24, 2011

mudah bersalin kerana doa ibu.

KASIHNYA IBUUUU...MEMBAWA KE SYURGAAA....


Suatu hati, im doing my oncall... nak sambut babylah kan... tapi bukan rezeki, tak dapat nak sambut... sebab last2 puan itu kena Caesarean section...maksudnya kena bedah la utunk keluarkan baby... Kesian, anak sulung... dah sejam duduk meneran tapi baby tak keluar, tengok heart rate baby pun dah lemah, dr. pun decide do an operation lah.... Nak vacum tarik kepala baby, ada risk sebab kepala baby jauh lagi.

Puan itu ditemani suami dia... suami dia pun dah cuba sebaik mungkin bagi semangat... tapi duduk kat kepala puan tu je lah... suruh gi tengok kepala baby kat bawah, dia tak mau... tak berani katanya....hahahaha... adoi, rugi tau...

Bila dah dekat 40minit meneran macam tu, ada seorang nurse ni cakap kat suami dia, "mak dia ada kat luar, dah telefon mak dia? Doa seorang ibu tu makbul... Manalah tahu mudahlah sikit dia beranak. Suruh mak doa2 sikit kat dia."

Ting..

Terus i teringat masa my sister nak bersalin... i teman dia, tapi tak masuk la dalam bilik bersalin... suami dia je masuk masa baby dah nak keluar... So, my mum and i yang duduk kat luar pintu... ikut kan hati nak redah masuk je...hahahahha... tapi saya dapat tengok masa tu my mum angkat tangan dan berdoa sambil air mata dia meleleh keluar... "Ya Allah, permudahkalah anakku beranak, permudahkan lah, permudahkan lah, kurangkan sakitnya" Seingat saya lebih kurang beginilah ayatnya...

Lepas my sister dah sihat, dah dapat story2 pengalaman dia... Saya tergamam jugak la dengan ayat dia, membuktikan makbulnya doa seorang ibu... "Masa jalan nak buka tu memang sakit, sakit sangat, tapi masa baby dah nak keluar tu, aku rasa tak sakit mana pun, dr suruh teran, aku teran je.. sebab tak sakit mana"...

Actually, the time yang she starts reduce labour pain tu exactly time my mum tengah berdoa... im never tell her the truth story, but if u read my blog my sis, please thankful to our mother...she is a great mother...hehehehehe...

Selain dari amalan2 semasa mengandung, ibu yang dah sampai masa nak bersalin perlu minta ibu mendoakan mereka... Suruh suami doa jugak... hehehehehe...dan minta maaf kat suami, jangan bagi ada sangkut apa2, gaduh2 ke... Ini berdasarkan ilmu2 yang disampaikan oleh manusia2 yang terlibat dalam labour room...hehehehehe...

Owh man, hargailah jasa ibu anda yang bersusah payah nak lahirkan kamu... Saya mohon saya dipermudahkan beranak juga... ameen3....

Wednesday, December 21, 2011

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5.
Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8.
Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

barli
minyak zaiton

delima



Saturday, December 10, 2011

hikmah kandungan gugur

"If  abortion happen, it is bad or good?"lecturer  ask students.

"Baaadddd"students  said.

Dr. saya pun  duk cerita...actually 70% baby  yang gugur tu  adalah disebabkan choromsomal abnormality...Baby yang  bermasalah... Disebabkan  baby itu tak  normal, antibody  dari mak  akan anggap baby ni asing dari badan dan akan ada rejection process pada baby tadi...

Allah  Maha Mengetahui... Dia tahu apa yang terbaik  untuk  hambaNya... kan3??? Sayangnya Allah pada kita... 


Ops lupa, gugur ni dikira dari 1-24weeks... Kalau dah lebih 24weeks tu dah dipanggil lain kalau dalam medical perspektif lah.


Dr kata and dalam buku pun ada cakap, kalau setakat 2 kali  gugur tu,  masih normal, tak ada masalah... Tapi kalau dah  kali ketiga, baru dr akan investigate punca sebenar... Contohnya, masalah kesihatan  dari wanita tu ke, like  hormone imbalance, rahim tak normal ke dan  sebagainya...

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya...


Thursday, December 8, 2011

kerap bersama suami sewaktu mengandung?boleh atau tidak?

I malu sikit nak cerita hal ni sebab i  ni  belum kahwin...hehehe...yang tengah baca  ni kawen ke belum??? Kalau belum, tak yah baca  lah...gi  kawen dulu... hahahah...xpun  baca entri lain...


"Nurse,yang putih2 tu apa?"sambil tunjukdekat  badan baby yang disaluti dengan benda  putih yang macam bergetah.

Nurse tu dah sengeh2."Awak tak tahu ke?"

"Tak"

"Putih2 ni sebab hubungan dengan  suami la"

"Hubungan???? Yang putih2 ni panggil apa?"seriusly,i sangat lah blur waktu tu.

"Ni air mani suami la sayang. Panggil mix. Kalau dah sampai tarikh due tak beranak lagi, ni lah kawan2 awak akan cakap, suruh suami buka jalan"

"OOOOoooo...boleh ke kak???Tak affect pregnancy ke??"sekarang i dah dapat tangkap.haahahah.

"Lor, mesti la boleh...tak de apa lah..."sambil tangan nurse to cekap duk bersihkan baby tadi. Comelnya baby....comel3...suka3.


Ooowhh... baru saya tahu... tapi saya pun tak surelah ni berdasarkan fakta yang benar atau tips orang tua2 je...

And ada yang pernah tanya saya boleh tak hubungan suami isteri di awal pregnancy like 4,5,6 minggu... Saya senyap tak reti nak jawab... Sekarang dah ada kesempatan i try la tanya, sebab i sekarang posting bahagian  ibu2 mengandung....hehe,best... Bukan apa, i fikir as a doctor to be, mesti akan adalah soalan macam ni, belum jadi doctor pun dah ada yang tanya...So, pada suatu kesempatan masa i pun tanya sorang nurse ni.

"Kak, nak tanya sikit, hubungan suami isteri kalau awal pregnancy boleh ke?"

"Kenapa tak boleh. Mesti la boleh.."

"Tak bleeding ke?"

"Takdelah. Tak bleedingnye dik oi..."

"Dah tu ade yang bleeding2 tu knape?"

"Tu ada masalah la tu, dinding tak kuat"

Apa yang boleh i disimpulkan, boleh je fitrah ini during pregnancy kecuali ada masalah le.



Perbualan diteruskan lagi dengan isu-isu semasa tentang generasi remaja sekarang... ^^,





Tuesday, December 6, 2011

cara mudah bersalin

Today is the first day posting OnG. Perasaan?? bercampur baur... rindu posting lama sebenarnya... hehehe... First impression, OnG sgt berbeza dengan medical posting.

Tadi sempat la tengok first delivery for this posting... alhamdulilah, kakak tu bersalin mudah... senang je baby keluar... Actually this time is not the first exposure to me... Dah pernah masuk labour room sebelum ni, dan berkesempatan tengok 4 baby delivery sebab beranak serentak semuanya... selang beberapa minit je...

My friend yang ada sekali tengok delivery this time berkerut2 muka... huhuhuhu... kalau terpandang sesama sendiri je, mulut dia sebut... eerrmmm, sakitnya.... i pun camtu jugak masa first time tengok... macam shock kejap... hahahahahaha.... orang duk meneran, sampai i pulak rasa nak teran...hakhakhak...gurau sahaja yer.

Selepas beberapa hours i follow my senior dahulu kala dalam labour room tu, i rasa pening... huhu... pening kejap je la... sebab bau darah mungkin...  tengah2 pening tu gi check placenta, biasa orang panggil uri... lagi la pening... tapi lepas duduk rehat jap, segar semula...

Apa yang berbeza kali ni, i more observe the steps and procedures la... sebab nanti kena conduct sendiri kan... Yang first time hari tu honestly speaking, i look more the anatomy for that part... bak kata sorang kawan saya, yela, yang sendiri mana dapat nak tengok... hakhakhak, betul jugak kamu ni.... dalam buku tak sama dengan real kan... and teringat kata2 Dr. Saad masa preclinical dulu "anatomy is very important, u need to know anatomy first before u know the physiology and so on"....

Apa yang saya dapat hari ni:
1. Waktu teran jangan angkat punggung.
2. Teran kena nafas panjang2.
3. Teran angkat kepala dan pandang perut.
4. Kena keluarkan blood clot from uterus after delivery.
5. Jahit 3 lapisan iaitu mucosa, muscle and skin. sakit3 dan seram.

Waktu dah selesai jahit tu sempat la jugak borak sikit2 dengan kakak tu, sebab dia pun macam tak kesah nak bercakap... Yang ni dah anak yang ke 4 katanya, laki semua, semuanya normal delivery, tapi yang ni pregnancy yang tak dirancang, gap 6 years... lama3... tapi dah rezeki... alhamdulillah... And kakak tu sempat bagitau masa nak beranak baca lah Ayat Kursi...insyaAllah dipermudahkan... Surah Yaasin pun bacalah tiap2 malam....

Sekian, ini sahaja untuk kali ini... Ketemu lagi yer.

Monday, December 5, 2011

cardiotocograph


CTG-cardiotocograph-fetal heart rate and uterine contraction
-in 20min
1.            Normal baseline fetal heart rate
                -110-150 or
                -120-160
2.            Baseline Variability lowest to peak : 5-20 small boxes
3.            Fetal heart rate acceleration: at least 2 jump up in 20min
4.            Deceleration: abnormal ie fetal hypoxia
5.            Contraction
                -same time with deceleration=type 1 deceleration
                -contraction followed by deceleration=type 2 deceleration

partogram


Partogram- summary progress in labour.
Refer Obs Ten Teachers page 200.
Patient identification
Name
Gravida and Para
R/N
Admission date
Time admit to labour room
Time ruptured membrane

Rows
1.            Fetal heart rate
2.            Liquor – when ARM either clear (C) or mecornium (M)-light, moderate, thick
                moulding
3.            Progress of labour
a) x-axis for time hourly and y-axis for os dilatation (plot with X)
b) descent of head (plot with 0)
4.            Contraction in 10min
– plot with dot for weak contraction, slash line for moderate, dark for strong
- less than 20second weak, 20-40second moderate,>40s strong
5.            Oxytoxin
6.            Drugs and IV fluid given
7.            Mother
                -pulse, BP, Urine protein, ketone, volume

Most no. of contraction is 1 contraction in 2min cause after contraction baby needs to relax.
Baby just can endure 4min contraction, if more fatal!
Vaginal examination needs to do 4hourly to reduce the risk of infections.
If ketone (glycolysis) present, give glucose to cover lactic acid.

Thursday, December 1, 2011

tolong jaga my darling ye!

how sweet they are.... cinta sehingga hujung nyawa....
Saya suka tengok pakcik dan makcik bercinta... Sweet je... Seriusly kalau i pergi kenduri kawen ke, pasar malam ke, taman bunga ke, mata i ni suka skodeng pasangan pakcik makcik ni... Bukan apa, respect them... walaupun dah berumur, kasih sayang antara mereka ni maintain je.... hehehehe...

Ni terbalik, kalau sebelum kawen tuh, kalau boleh nak tunjuk satu dunia yang merekalah pasangan paling romantik, kalau pakcik makcik romantik2 sikit, dikatanya buang tabiat...hohohoho

dari abang sayang kakak dah jadi pakcik sayang makcik... hehehehe.... grow older with love!

Hari ni i ade satu kisah mau cerita... di suatu pagi di sebuah kedai kopi, sebuah kereta berhenti... Lalu turunlah     si suami dipapah isterinya... Mata semua pandang je kat mereka, takdelah ramai beno memandangnya... tapi i kan suka tengok pasangan yang veteren2 ni...hehehehehe...

Ada yang menyapa "sakit2 pun nak keluar jugak mu ni"...actually pakcik ni accident and kaki dia retak...so, takleh jalan...

"aku boring la duduk rumah..."pakcik tu balas.

Lepas si isteri letak suami kat meja makan si isteri pun berkata kat my father "tolong jaga my darling..hahaha"

Hahahaha...semua gelak kot yang ade kat situ... Ya, memang lucu, tapi i dapat rasakan, suami dia bangga ooo isteri dia cakap my darling macam tu... hahahahha...

Isteri dia pun pergi, ambik semula pakcik ni lepas selesai urusan... hehehehe... tu je nak cerita... sekian.



Wednesday, November 30, 2011

special for person who is easily sulking

Jangan kacau boleh tak???!!! Saya tengah merajuk niyh!!!! Geram ni tau... eeeeeee

Pernah tak rasa tiba2 geram??? Lepas tuh rasa nak jauhkan diri je dari orang yang menyebabkan kita geram tuh??? hahahaha.... kadang2 sebab yang minor je... Merajuk la kononnya tu kan... Tahu tak apa maksud merajuk??? 

Mengikut Dr psikology termasyur Syuha, merajuk ni bermaksud terasa hati dengan seseorang individu kerana sebab2 tertentu dan mengharapkan individu penyebab itu tahu yang kita sedang merajuk tanpa perlu kita memberitahunya dan menaruh harapan untuk individu penyebab itu untuk memohon maaf atau memujuk.... 

Ya, saya setuju dengan maksud merajuk Dr itu.... 

Sebenarnya, kita mudah merajuk dengan orang yang kita sayang sahaja... Percaya atau  tidak??? Cubalah lihat biasanya dengan siapa kita merajuk... biasanya orang2 terdekat kan?? Contohnya sahabat baik... Kita mudah menjadi sensitif denagn orang yang kita sayang kerana biasanya kita mengharapkan orang itu memahami kita... 

Perlu berhati2 ya, kita juga perlu sedar bahawa hati kita ini rumit, tak semua perkara orang akan faham kita... hehehehe...

Kalau kita tergolong dalam golongan yang sangat sensitif bagaimana??? Macam mana untuk menjadi kurang sensitif??? Sebenarnya, tiada ubatnya... hahahahahahah.... Ubatnya hanya psikology yang betul... Ya, memang sukar untuk merubah diri kita yang sensitif kerana nak tak nak perasaan terasa itu akan menjelma juga apabila sesuatu berlaku... Cuma... apa yang kita boleh ubah ialah cuba control thinking kita selepas kita terasa tu... Tidak kisahlah berapa banyak kali pun kita terasa, jika kita pandai control thinking kita selepas terasa, itu yang terbaik....Contohnya, jika terasa hati dengan sahabat baik kita, kita boleh memujuk hati 

"ya, mungkin saya terasa hati dengannya kerana saya mempunyai hubungan persahabatan yang akrab dengannya, jika dia sahabat yang biasa, saya mungkin tidak terasa. Jadi, saya terasa sebab saya sayangkan dia"... 

Kesimpulannya, orang yang membuat kita merajuk adalah orang yang kita sayang, cuba control thinking kita selepas hati terasa kerana kita tidak mampu untuk menghalang hati dari terasa...kan3???


Tuesday, November 29, 2011

seronoknya berenang

petang ni sempat gi swimming...seronok3...almost 2 months xsempat pi swimming... bukannya pandai sangat pun.. hahahahahahaha...tapi teringin sangat nak terer swimming...

Sekarang cuti, so petang2 memang xde aktivti apa2, sekolah pun cuti, so my adek ade kat rumah... pagi2 lagi dah ajak dia gi swimming... alhamdulillah, hujan di pagi hari berhenti di sebelah petangnnya.. so, dapat la gi swimming... orang pun tak ramai... best la sikit kan...

Tahniah la syafiqah(my adek), kamu sudah terer dah tu... hehehe... Lain kali kita gi lagi eh.


jangan makan madu dengan sudu besi

Madu ni memang baik untuk kesihatan... Nabi Muhammad saw pun sarankan makan madu untuk merawat pelbagai penyakit... So, i pun semangatlah nak makan madu kan... hehehe... Nak tahu tak macam mana kita nak tahu madu tu asli ke tak???

I pun tak ingat macam mana i tahu, tapi kalau kita letak api kat madu, api akan menyala...Contohnya, celup kertas dalam madu, then try bakar, madu asli akan nyala... and 1 more, semut tak hurung madu.. so,walaupun madu tumpah atau meleleh kat botol, semut tak ada...

And my father cakap, madu ni berkhasiat bila kita makan masa pagi dan petang.... and kalau makan madu, make sure guna bukan sudu logam, guna sudu plastik ok!!! Sebab??? Kalau guna sudu logam, zat dia jadi hilang... Hilang macam mana,i pun tak tau...huhu...

Jom makan madu jom ^^

Sunday, November 27, 2011

kenapa perlu makan buah sebelum makan?

Al-Quran menyebut buah-buahan terlebih dahulu dari daging dalam menerangkan mengenai keadaan orang2 beriman yang berada di dalam Syurga.


"Dan buah-buahan dari apa saja yang mereka inginkan (pilih), dan daging burung dari (jenis) apa pun yang mereka inginkan..." (Surah al-Waqiah, ayat 20-21)


Dari Anas ra berkata: "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, makan Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)






Dulu2, selalu makan buah selepas makan... Yelah, orang kata sebagai pencuci mulut... Tapi ada yang menegur cakap buah patutnya makan sebelum makan, bukannya selepas... Reason??? Masa tu fakta tu tergantung macam tu je tanpa reason yang kukuh... Sekarang, i dah jumpa dah...


Buah mengandungi gula fruktosa yang dapat meransang peningkatan kadar insulin. Fungsi insulin adalah mengawal kadar gula dalam darah. Oleh itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi untuk mengelakkan kerja berat dari pancreas, organ yang menghasilkan insulin apabila makanan masuk dalam perut.




Jika makan nasi terlebih dahulu, pancreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.


Contohnya, jika sebiji epal yang sudah dikupas kemudian dibirakan maka tidak laam selepas itu akan menjadi kuning. Itu baru sahaja terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita. Sudah pasti buah akan mengalami fermentasi sebelum sempat diproses.


Buah bukan pencuci mulut tetapi sebagai pembuka hidangan.. 

Saturday, November 26, 2011

hikmah berkumur

"Berkumurlah kamu setelah minum susu, kerana di dalamnya terdapat lemak"-HR Ibnu Majah.


Salah satu bahagian anggota tubuh yang selalu dijaga kebersihannya di dalam Islam adalah mulut iaitu dengan berkumur.


Disunatkan berkumur sebelum dan selepas makan untuk membersihkan mulut dari sisa makanan dan bakteria.





perhubungan suami isteri


Perhubungan suami isteri yang sihat amat dituntut oleh Islam. Amalkan Sunnah Rasullullah s.a.w., InsyaAllah rumah tangga bahagia hingga ke hujung usia walau apa pun ujian dan dugaan yang datang.

TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI - Dari Atha` bin Yasar RA, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. dan Aisyah RA biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.” Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau”. (Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)

MANDI BERSAMA ISTERI - Dari Aisyah RA beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana.Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tesebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

MEMBELAI ISTERI - "Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA - Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuahanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA - Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan ..... apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA - Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).


15 anugerah ALLAH SWT beri kepada wanita

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Tuesday, November 22, 2011

rahsia waktu pagi

I suka bangun pagi... tak kira lah hari cuti ke tak cuti... masa duduk asrama dahulu kala walaupun hari tu kelas mula lambat sikit pun, i still bangun pagi... Pagi tu maksud i xde la pagi beno, around 6.08 pg, 6.11 pg, macam tu lah and tak tidur semula lepas subuh...hehehe... kenapa 6.08 pg? 6.11 pg? sebab i am unique... hahahah, perasan betul... kalu bangun terlebih awal, rasa nak tidur pulak lepas subuh...

I biasa kunci jam xsuka sharp, ambik suku or setengah contohnya 6.00pg, 6.15 pagi, 6.30 pg... xtau ngape... hahahhhahaha.... suka kunci pukul 6.03 pg, 6.12 pg..haha.dikira unik la tu kan... tapi 630 pg tuh bagi i dah bangun lambat dah hari tu.

Mungkin sebab parents i tak suka tengok orang bangun lambat kot... Mereka selalu kata, "bangun pagi2 la, rezeki murah". Parents i pun pernah cakap "nak cari suami, jangan cari orang yang selalu bangun lambat, tidur pagi2". Tapi ada jugak kadang2 i sendiri pun terlajak tidur, itu tidak dinafikan...hehee

I pun tak faham macam mana orang boleh tidur bangun samapi pukul 10, 11... Sebab kalau i terlajak tidur until 8 pun, sehari tu i akan rasa lack of energy... Tapi mungkin mereka yang bangun lambat ni tidur lambat kan, tidur dekat2 subuh dah ke... hehehe

Antara hikmah yang i rasa bila bangun pagi:

1-Hari yang bermakna-boleh buat banyak perkara sebab waktu terasa panjang.
2-Segar -udara memang best lah, sejuk dan tenang.
3-Happy -saya suka warna sekeliling di waktu pagi... hehe... chanteeekkk... rasa bersemangat bertambah.

Antara rahsia menarik:

Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
I baca dekat sini

So, jom bangun pagi2!!!

khairul fahmi che mat

Tahniah Harimau Muda Malaya...!!!! u all berjuang habis-habisan... nampak u all punya spirit nak pertahankan Malaysia... heheheh....

I duk nengok ni selalu je Adrenaline rush... deboooooooo... tambah2 kalau bola sampai kat gol yang dijaga oleh apek ni... tak senang duduk.... Thumb up lah kat Apek, suka lah kecekapan, ketangkasan, kecepatan... gifted yang Allah bagi kat dia...

Bak kata pengulas sukan, harimau membaham garuda... Garuda pun patah sayap, harimau pun pulang ke Malaysia meninggalkan belang.... hahahaha, yang ni i tambah sendiri...

Debo jugak, nak exam ni... hukhukhuk...

Monday, November 21, 2011

doa putus cinta


hehehe....i post this doa not because of my heart is broken.... no no no... i still have a lot of love in my heart to...chewaaahhh... saja nak kongsi...

tak semestinya putus cinta kan, kalau kecewa dalam apa jua perkara pun u can use this doa... nampak tak yang dalam braket tuh, MENGATASI KEKECEWAAN...

Anggap lah sesuatu kekecewaan itu seperti hujan, hujan akan berhenti jugak suatu masa nanti.

Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu... :)

Tuesday, November 8, 2011

suami isteri akhir zaman

Renungkan,
Buatmu Bakal suami soleh dan isteri solehah
dalam meneruskan kembara perjalanan kembali ke negeri abadi...
Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh solehah…

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja,kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia …
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah …
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah …

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama …
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya ..
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhati2lah meluruskannya …

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh

*Terlopong mulut i baca puisi ni... best... ada harapan sebuah pernikahan di akhir zaman... boleh diambil sebagai panduan... (ambik dari I LOVE ALLAH SWT AND PROPHET MUHAMMAD SAW)

Friday, October 14, 2011

kalau Allah nak tarik nikmat, sekelip mata je...

13 Oct 2011, time maghrib, my granny house terbakar... tak sempat nak selamatkan apa2, tinggal sehelai sepinggang je... mujur sempat selamatkan diri... itu pun dah sangat bersyukur... Allah masih beri nikmat hidup... So, now dia tinggal kat rumah my aunty lah... Hope keluarga di kampung sana sabar ye... nanti saya ziarah... sekarang, mampu kirim doa moga Allah tabahkan hati2 keluarga di sana, dimurahkan rezeki selepas ni, dan dapat melihat hikmah yang ada...

Kebakaran tu 9 houses jugak yang terlibat... Bomba lambat sampai... :_(    Puncanya, litar pintas kot sebab dah bau wayar terbakar before that...

Semuanya pinjaman dari Allah even sehelai baju yang kita pakai... sebab Dia lah pemberi rezeki... Allah senang nak beri nikmat kepada hambaNya, senang juga nak tarik nikmat yang telah Dia beri... sebagai hamba, kita kena sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi... jari yang menaip ni pun salah satu nikmat yang Allah bagi jugak kan...ALHAMDULILLAH... cuba fikir, kalau seseorang tu ada penyakit Rheumatoid Arthritis ke contohnya, susah nak menaip niyh... dan kita juga perlu banyak bersabar dengan ujian dariNya... Mungkin Allah ada plan yang lagi baik untuk kita di masa hadapan... kita tak tahu, semua perancangan Allah...

Wednesday, October 12, 2011

boleh tak saya nak derma darah?

Pada suatu hari, kat Hospital Temerloh...

"Syuha, awak tak nak derma darah ke?"tanya my friend.
"Saya tak pernah derma darah, tapi boleh je nak try"
"Saya nak sangat tengok orang derma darah, saya nak derma, tapi tak boleh sebab syarat tak cukup"
"Kalau saya nak derma, awak nak teman ke?"
"Boleh je. Jom pergi Tabung Darah"

Sebenarnya, i nak sangat derma darah...tapi takut...hahahaha...sebab pernah my friend after donating blood then pengsan... tapi sebab lepas derma darah tu dia tak rehat then terus pergi kelas... Tapi i nak pergi jugak, tiba2 hari tu hari berani saya... ehehhehe

Sampai je kat kaunter Tabung Darah tu...
"Kak, saya nak derma darah."
"Erm, pernah derma tak sebelum ni?"
"Tak pernah."
"Macam tak boleh derma je..."sambil dia pandang kat muka aku then staff2 dia...

Ni mesti aku nampak pucat ni... Patutnya kena pakai lipstick dulu... Dah i memang look pallor...what to do... always someone ask me, sakit ke? baru bangun tido ke?? huahahaha...

"Berat berapa?"
"aaaa... 48 49 macam tu lah"... Sebnanya, im no really sure.... huahahah... ramai yang tegur im losing weight... yeke? Banyak sangat guna tenaga berdiri lama2 kot...

"Takpelah, kita check dulu darah awak ye boleh ke tak"
"Er, takutnya, saya tak nak tengok."masa ni nurse nak cucuk hujung jari nak check Haemoglobin.
"Tau pun takut, dah yang awak gi cucuk2 orang tu takpe pulak... Sekarang, try la rasa perasaan pesakit awak pulak....hahahahhaha"

Aku pun gelak jugak...memang betul pun cakap nurse tu, dari tadi lagi i fikir patient2 i u... huahahahhaha....pastu borak2 la dengan nurse2 yang ada kat situ...mereka tahu la im student from UIA sebab masa tu pakai white coat...

"Haemoglobin awak ni cukup2 je ni untuk derma, borderline... 12.5 layak la untuk derma...awak 12.5..."
"Kalau lepas derma drop jadi berapa?"
"11.5...around 1.0 drop"
"OOOOOOOOOO"

Pastu check for blood type pulak to make sure my type B+

"Saya takut awak pengsan je nanti... "
"Saya dah makan, semalam tidur pun cukup"
"Takpe2, kita tengok blood pressure awak pulak ye"
"90/40... Rendah la dik blood pressure awak"

Aku dah agak dah sebenarnya...hahahah...saja nak tahu BP sendiri.... Ai, memang i ada masalah sikit blood pressure ni... rendah sangat... dulu lagi lah, bangun dari sujud rukuk pun pening... postural hypotension... sekarang dah ok, tak pening... mungkin body dah adapt... atau mungkin 90/40 tu normal bagi diri ini...

"Tak boleh derma ni dik... Kalau derma, lagi drop blood pressure awak... Takpe, saya bagi vitamin... Nak tak? Satu untuk tambah darah, satu lagi multivitamin, kasi mudah sikit awak belajar, ingatan kuat..."
"Nak2.., tapi kak, boleh tak saya nak masuk dalam bilik derma darah tu, saya nak tengok apa yang ada kat dalam...heheheh"
"Masuk la dik... tengoklah nak tengok apa pun"

Hahahahah....walaupun tak leh derma darah hari tu....tapi im really happy...at least i learn something... thank you to all nurses yang layan dengan baik n my click yang ajak i gi derma darah...kita 1 geng...geng tidak layak menderma darah...hahahaha....

Sunday, October 2, 2011

venopuncture

hehehe... saya gembira... saya dah boleh ambik darah dengan terer dah sekarang... tangan pun tak shaking... hahahhaha... sabtu lepas sempat sekejap pergi ward... dan berpeluang buat abdominal tapping... seronok2... new experience...

Ok, tak sabar mau posting temerloh pulak for two weeks... tapi banyak benda nak kena settle... Hope environment di hospital sana dapat beri peluang saya belajar banyak benda...

Wednesday, September 28, 2011

3rd week of clinical year

any comment???hehehe...blur to still ada....risau fikir mcm mana nak siapkan clerking notes, case write-up, case presentation... seminar lagi... hukhukhuk... sebenarnya boleh je... bila fikir2, alasannya cuma time management la...

Susah jugak mau follow-up sorang2 patient ni... pagi susah nak kacau sebab ward macam kelam kabut... kalau sempat pun, clerk je la... nak examine patient tak sempat... pastu kejar2 kelas... pastu lunch time pule... petang patient tidur, kelas pun ada... asar dah waktu melawat... malam badan saya dah penat... nak study lagi... hukhuk... banyak betul aku mengeluh...huahahahah....

Tapi ni lah realitinye... kalau 1 minggu follow-up 1 patient??? 10 minggu dapat la 10 patient... tapi boleh ke??? macam tak, patient discharge lagi...bukan tak suka patient discharge... heheh... suka.... saya gembira untuk dia sebab dia dah sihat, boleh jumpa famili... takpe, boleh cari patient lain kan... ye dak?

Apa2 pun Syuha, please manage your time well, pagi2 plan dulu target apa untuk hari itu ye....

Dan sekarang saya rasa kaki saya sangat tough.... hahahah... sebab berdiri 5 hours pun no hal lah...

Saturday, September 17, 2011

awan lindungi bulan

bulan ditutup awan???tak nampak bulanlah kalau macam tuh..heheheh...ni tajuk lagu lah...yuna nyanyi...minat sangat lagu ni...sebab??? sebab melodi dia best... classic... rasa feel sangat dengar lagu ni... hoho...

Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu

Nyanyi sorang2 ni...layan~

Sunday, September 11, 2011

sehari sebelum masuk ward

cuaknya...hukhukhuk... takut dr suruh wat something, pastu tak pandai... pastu kena marah depan2 ramai... hukhukhuk... tapi sebnanya semua orang biasa je, memahami...kan3???takpe2, nak sedapkan hati, doctor2 tu semua pun pernah melalui zaman student, ada anak2 yang sedang belajar... mesti la memahami... yang penting, kita kena hormat doctor...kan3??? pandainya saya sedapkan hati... hehehe... tata.

I am 3rd year medical student~

5th sept 2011... start class... em, tak tahu nak cakap apa... sekejap rasa semangat, sekejap rasa down... :(
Sampai terfikir am i sure u wanna be doctor?? huhu... tapi bila jumpa specialist, lecturers, rasa macam i want to be like them... so, kesimpulannya, mungkin aku kena selalu tengok doctor2 yang success... ambil semangat...

And satu lagi masalah. hehe... im thinking of off campus... hahahaha... for the first week, im stayed in hostel, but rasa sangat lama masa berlalu, rasa sedih, homesick teruk, every evening after class akan fikir nak balik. tak tahu kenapa... saya bukan manja...mungkin sebab masa first and second year mostly duduk rumah compare to stay kat hostel... i wanna to take time to think about this...pro and con...huhu...

Apa2 pun, saya harap Allah permudahkan perjalanan pengajian saya... i wanna be a GREAT DOCTOR!!!

Friday, September 2, 2011

flashback what i do 10 years ago...

what i do eh 10 years ado??? opkos lah mama rajin sekolah anak2... hahaha... kata syuha kepada anak2nya... 2001 dulu, mama UPSR... 2011, mama jumpa classmates mama.... dah matured2 dah classmates mama ni...layak panggil pakcik2 dan kakak2... aik??? pakcik2 vs kakak2??? kenapa3??? sebab lelaki matured melebihi usia, tapi perempuan masih cantik bergaya.... hahahaha....(korang jangan marah!!! nanti lagi tua..huahahaha)...

Thanks to nabilah solehah yang jadi tunggak titik permulaan pertemuan...hehehe...tempat berkumpul  la tuh...nabilah solehah ni budak lompat, abang dia pun berada di kelas yang sama, kami semua 6 Dinamik... apa yang paling saya ingat tentang tuan rumah, nabilah kejar abang dia dengan penyapu sambil air mata meleleh mulut terketar2 geram kat abang dia dulu2...hahahaha....serius lawak nabilah oi... yang saya tak tahan nye, bila tengok gambar kelas dulu2 kat rumah nabilah tadi, nampak muka saya di bulat2 kan... "apsal ko bulatkan muka aku nabilah?" "entah, aku pun dah tak ingat...hahahah" tengok2 belakang gambar siap ada nama saya lagi tuh dengan tulisan buruk NUR SYUHADA... hahahahah... kalau dah ingat ape sebab, jangan segan silu bagitau aku...hahahahaha...

Seronok dapat jumpa korang semua... hehehe... boleh tahu khabar masing2... n u all semua sporting lah... Lama x jumpa ni, ada yang berubah sampai tak cam... Tapi tabik spring sama Safina aka Pnut...fuh... boleh ingat nama setiap orang dalam kelas tuh without miss sorang pun... siap cerita setiap orang lagi... power betul ingatan budak ni, patot la ambik medic... hahaha....

safina.. sekelas sekolah rendah, universiti pun sekelas... hehehe... kerja??? mungkin juga sekelas... kerja dipanggil sekelas ke???hahahahah
nabilah solehah... yang suka gaduh ngan abang dia dulu2... thanks jemput raya kat rumah...


Ramai lagi yang saya teringin nak jumpa, kalau boleh semua2 nak jumpa... tadi ada cuma Safina, Raihana, Nabilah, Musfirah dan 3 orang pengikutnya, Syuhada (bukan saya, yang sorang lagi), Ami mustaqim, Aliff, Azri, Hazieq, Fendi, Fuad Khalid... yang lain2, moga kita ketemu di lain hari yer...


musfirah bawa adiknya yang muka sebijik dengan dia~
Semoga persahabatan kita kekal dan suci macam dulu... seronok reunion dengan kawan2 sekolah rendah, sebabnya, masa kita sekolah rendah dulu2, kita underage, dosa pun tak tanggung sendiri lagi, hati masih suci, persahabatan tu jadi ikhlas... gaduh pun gaduh budak2... jarang ada hasad dengki, dendam... betul tak? Kalau lah boleh diamalkan cara persabatan ini sampai bila2, alangkah seronoknya kan...

ami, hazieq, aliff, fuad khalid, fendi, azri, syuhada, syuhada azhar, safina, nabilah, raihana (rumah nabilah)
fendi, hazieq, ami, azri, fuad khaliq, raihana, safina, syuhada azhar, nabilah, syuhada (rumah ami)
Thanks jugak tu Ami, sebab jemput kami makan di rumah anda... Ami ni jiran sebelah meja saya dulu2... cikgu letak laki pompuan laki pompuan sebab cikgu taknak kelas jadi bising, rupanya2 bertambah peperangan ada la...hahahah...Saya tak ingat la saya ni baik ke or musuh ngan si Ami dulu2... rasa2nya kami baik je... Kan Ami??? Mesti la baik, aku kan selalu jual gula2 kat ko... bisnes3...hehehehe.

raihana and ami mustaqim
Masa nak balik tadi sempat singgah raya rumah Raihana... Raihana dengan saya satu kereta dengan Safina... Thanks Safina helps us... moga awak dapat pahala dengan sebab menyambungkan ukhwah antara kita...

ketua kelas, azri... plan la reu lagi 10 tahun lagi...
Rindu sahabat2 6 Dinamik dulu2... panjang umur, kita jumpa lagi yer... keep in touch...^___^

Tuesday, August 30, 2011

minggu pengenalan clinical year

5th sept...takutnya saya...sebabnya??? huhu... saya tak sedia nak melangkah masuk ward... ramai kawan2 duk comment2 kat fb... ada yang macam dah prepare, ada yang macam tak prepare, tak prepare macam mana saya pun tak tahu lah bagi they all...

saya pulak, senyap terus dari sebarang comment2 about preparation ni... malas nak comment apa2... sebab saya takut... setakat hari raya hari ni, saya tak baca book pun lagi... baca talley tak sampai 10pages...tu pun 2-3 bulan lepas... masa berkobar2 dulu nak baca... last2, 1 word pun tarak...

mula2 memang berazam nak jenguk2 lah book time cuti ni... tapi banyak sangat aktiviti2 cuti yang lain... start esok mungkin nak kemas2 sikit barang nak bawa gi asrama... and plan baru, nak banyak study time elementary week nanti...elementary week seminggu, friends, please help me ya...

Selamat Maju Jaya!!!

Monday, August 29, 2011

selamat hari raya aidilfitri 2011

Tahun ni unik sikit... beraya di bulan Ramadhan...minggu ke2 ayah balik sorang ke kampung...minggu ke3 saya, my mum and adik bongsu, aiman pulak kelik kelate... Kenapa??? Sebab kalau balik serentak, tak boleh lama.. paling lama 3 hari... lagipun, rumah tak ada orang jaga, kambing2 lagi... tambah2 budak ramai main mercun, bahaya juga, nanti terbakar rumah... Lagipun ayah saya pun setuju... hehehehe...

Saya dengan umi saya ni mana pernah drive jauh2, paling jauh pun ke KL... 200km je... Nak ke Kelantan?? Jauh juga la bagi kami berdua... 400km ++... Dari Kuantan ke Kelantan, ada sepupu nak balik sekali. So, tak ada masalah lah, ikut belakang kereta je...

Hari pertama, dari Kuantan ke Kelantan, bermalam dekat Terengganu semalaman, gi jalan2 dulu.. hehehe...
Esoknya, sampai la Kelantan...

Puas hati balik kali ni... banyak tempat dapat pergi... Sampai zohor kat rumah nenek, lepas solat dah gi tengok2 barang kat Rantau Panjang dah... beli la sikit2...saya jumpa kuih yang dah lama saya tak makan, Mokeng Kacang namanya... and malam tu dapat makan Somtam... dah lama ngidam...akhirnya, alhamdulillah dapat makan jugak...

mokeng kacang... dalam dia kacang dal penyet, luar dia salut agar2... sedap sangat. sangat sedap. sedap sungguh. sungguh sedap....
somtam... dari betik... Thai mari.
Esoknya, malam tu sempat pergi wakaf che yeh...oooo... macam tu rupanya... jualan malam2... tapi sayangnya, hujan... tapi turun jugak tengok baju2 after hujan reda...hehehe...

Esok lagi, pergi rumah nenek sorang lagi pula (sebelah ayah)... Singgah bazar Ramadan kat Pasir Mas... wow... suka sangat bazar kat sini... macam2 kuih ada... kuih muih yang memang jarang atau memang tak ada kat Kuantan Bandar Palma niyh semua dapat jumpa...

Esoknya, pergi pasar Pasir Mas, dekat dengan kereta api...angkut nenek sekali... hehe... banyak la jugak beli2 kat sini. Lepas zohor, pergi KB cari baju raya... banyak tempat pergi, Parkson, Billion, Tesco... pasar Siti Khadijah pun sempat masuk kejap... penat... tapi dapat la jugak baju baru... Terima kasih ye pada my cousin yang teman... huahaha... saya tahu awak penat, tapi saja buat2 tak tahu.... hahahahaha... Sebenarnya, nak jalan2 je, kenal tempat.... bukannya melawat semua tempat sebab tak jumpa baju raya... hehehe... Petang tu buka puasa rumah cousin kat Pasir Tumboh...


mak sedare.

sepupu.

akid arsyad... tok pehey gapo dio kecek.

skali lagi mokeng kacang... sebab sedap sangat... hahahaha
Lepas tu macam tu lah, selang seli, rumah nenek ni, pastu nenek tu pulak... Akhirnya, dah nak balik... malam tu tidur cukup2, sehari before balik, rasanya main doa saya supaya selamat sampai Kuantan je rasanya... dengan yakinnya walaupun tak berapa yakin jalan pulang, sebab saya ni buta jalan, tunjukklah 100 kali pun, tetap tak ingat jalan...hahahaha....

Sampai dekat KB, dah tak tahu nak pergi mana... call ayah, dia suruh ikut Pasir Puteh.. lepas tu dah tak call2 dah, try and error je dengan umi saya... ingat2 je, lepas pasir puteh jumpa tempat mana2 sampai la ke Kuantan... fuuhhhh... rasa terer pulak drive... ahahahah...walaupun mengambil masa yang agak panjang, 7jam... takpe, raya2 ni kena lebih sopan memandu... tak gitu??? hehehe...