Thursday, February 23, 2012

Cinta baru kekasih lama...

cinta kembali semula...
Dunia sekarang... kecik2 dah bercinta... Dari sekolah rendah lagi dah pandai ade boyfriend girlfriend... Tapi masa kecik2 dulu, sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, mungkin la boleh diklasifikasikan sebagai cinta monyet, tapi bila dah di zaman universiti, biasanya orang dah tak panggil cinta monyet, tapi cinta yang tak kesampaian...aka takde jodoh antara kita...

Semanis kurma, tajuk nya malam ni cinta baru kekasih lama, membincangkan tentang masalah rumah tangga yang wujud orang ketiga iaitu kekasih lama...huhuhuhu...gerunnyerrrrr...

Ada satu call dalam rancangan semanis kurma memberitahu,

"saya dah kahwin 14 tahun, anak dah 4... Suami cakap dia tak cinta saya, dia dah jumpa kekasih lama dia semula... Suami berusaha meretakkan rumah tangga kami dan bercerai untuk bersama bekas kekasihnya .Suami saya akan berusaha sehingga mati katanya"

Wooow...hebatnya cinta mereka...kononnya...

Bekas kekasihnya siapa?

"Dia masih isteri orang. Dan mempunyai anak 4 jugak..."

Woooow...pengorbanan menyatukan cinta sejati...kononnya...

Dunia sekarang... boleh dikatakan ramai yang mempunyai bekas kekasih sebelum berkahwin. Dunia sekarang...canggih!!!! Boleh menjejaki semula di mana2 sahaja...facebook,twitter...dan satelit mungkin...hahahhahahahahaha....

Tolonglah.... fikirkan semula rumah tangga yang dibina... takkan nak merosakkannya hanya kerana kekasih lama...

Point yang saya dapat dari rancangan tadi:

Simpan rahsia rumah tangga!!!! Terutama kepada teman yang lain jantina, tambah2 lagi duda, janda atau kekasih lama... Bila dah lama berumah tangga, gaduh itu biasa, bila ada masalah besar sikit, cuba cari jalan penyelesaian untuk duduk berbincang... Sudahlah bergaduh, nak berbincang pula...susah bukan??? Sebab tu perlunya ada undang2 dari awal perkahwinan... Selalu adakan mensyuarat rumah tangga, setiap minggu mungkin...

Masalah timbul apabila kekasih lama muncul semula, tambahan pula tengah ada krisis rumah tangga... berceritalah itu dan ini kepada kekasih lama...

Mula2 simpati, lama2 boleh jatuh hati...

Kalau terfikir anda akan curang jika kekasih lama kembali, jangan bercinta lagi...maknanya, hati anda belum bersedia..

Ok Dr. Syuha, dah2 la tuh...hahahahaha...

Antara tips berkasih sayang suami isteri:

Kejutan manis - Kejutan apa?kejut bangun subuh kot...hahahaha...
Amanah - Letakkan di dalam minda bahawa rumah tangga itu amanah dari Allah.
Sentuhan - sentuh selalu...tumbuk pun takpe...%@##%^&
Ingatan - Ingat pasangan selalu... mesej jarang2 macam muda dulu2.
Hati - Bersihkan hati selalu... Allah akan tolong...

Amalkan menyebut nama2 Allah : AlMalik,AlQuddus,AlJalil,AlWudud.

5 comments:

  1. haha..biasenya lelaki la lari gi kat kekasih lama..sbb lelaki niii die x matang..dah lupa susah senang bersama bina rumah tangga hancurkan mcm tu je.

    ReplyDelete
  2. pengalaman sy....
    kekasih lama tunang sy bt mcm mcm kt tunang sy ms diorg couple. siap mengandungkan anak org lain tp kata tunang sy. tunang sy yg bodoh lagi bangang ni pun percaya itu anak dia. mmg perempuan tak guna bertemu lelaki bodoh. lepas tu bila perempuan tu cari dia balik, dia terima. siap 'main' semula.

    dengan nama Allah, saya ckp, 'jika itu yang kamu mahukan, teruskanlah...'
    hebat kan CINTA ni?

    ReplyDelete
  3. he is not for you my dear..u deserve better man.

    ReplyDelete
  4. kalau nk soh org baca letak la ya malik ya jalil ya quddus and ya wadud k. amalkan 40 kali selepass solat.. InsyaAllah makin kekal.

    ReplyDelete
  5. salam dr.Syuha... nk mintak nasihat jugak la sal kekasih lama nie... sy nk cari kekasih lama sy balik nama syuhada azhar.. cane ek?? :)

    ReplyDelete