Tuesday, January 31, 2012

dah 3 kali terlanjur...

kisah ini bukan kisah saya...tetapi kisah seorang remaja melayu dan ISLAM...

doktor: ni dah mengandung kali ke berapa?
remaja: 3
doktor: mengandung yang sebelum ni pun tak kawin ye?
remaja: tak.
doktor: kenapa tak kawin?
remaja: ayah tak bagi.
doktor: ayah tak bagi? kenapa? ayah awak tahu tak awak pregnant?
remaja: tak. tapi mak tahu. kalau ayah tahu ni, habis la saya. mesti dia marah.
doktor: anak yang pertama dulu siapa jaga?
remaja: ahli keluarga yang lain.
doktor: kenapa tak jaga sendiri?
remaja: sebab ayah tak bagi. ayah marah.
doktor: yang kali kedua?
remaja: gugur.
doktor: gugur sendiri ke awak yang gugurkan?
remaja: gugur sendiri.
doktor: yang kali ni nak jaga sendiri tak anak?
remaja: kalau boleh nak. plan nak kawin. tapi ayah tak bagi. dia tak nak jadi wali.
doktor: boyfriend awak nak bertanggungjawab lah?
remaja: ya...

dan panjang lagi ceritanya.... sedih nak tulis.... persoalannya... anak dah nafsu macam orang dah kahwin, kenapa lah si bapak duk keras hati lagi tak nak bagi anak dia kawin... erm... di akhir perbualan sempat mendengar nasihat dari doktor itu...

doktor: awak bin atau binti kan abdullah anak awak ni tau... nanti dia besar, kena guna wali hakim, supaya perkahwinan anak awak ni sah... kalau boleh pujuk ayah awak tau... dah, jangan buat benda-benda macam ni dah...kesian anak awak...

Tugas as a doktor ni bukan untuk menghukum manusia yang bersalah... cuba sedikit banyak berdakwah... memang kadang2 kita sangat geram bila ada kes2 macam ni... tapi cuba kawal hati, benci perbuatan yang dilakukan, jangan benci manusia yang melakukan...

Kepada pembuat maksiat, insaf2lah... kesian kat doktor, bertambah patient dia... bertambah penat dia...
Memang ak dapat dinafikan, kadang2 doktor naik marah sebab si pembuat ni kadang2 datang bila dah sakit nak beranak... Pernah suatu ketika di bilik bersalin.....

Nurse: Awak tak tahu ke awak mengandung ni???
Pengandung: (hahahahha...macam pelik je bunyi)... tak...semalam baru tahu...
Nurse: takkan la anak awak ni tak bergerak dalam perut ni... awak ingat apa??? alien dalam perut?? cacing???
Pengandung: .................

Kesian kat nurse, doktor, staff2 yang lain... tiba2 je pengandung ni nak beranak...

Bukan apa...kata seorang nurse tu.... tiba2 datang nak beranak je, status penyakit berjangkit like HIV, Hepatitis patient ni kita tak sempat nak tahu... beranak ni pulak banyak melibatkan percikan darah... kan bahaya tu....

Setakat ni kebanyakannya pengandung2 ni Melayu... ISLAM...almost setiap hari ada sahaja kes sebegini...sangat sedih kan...Ya Allah, lindungilah diriku, kaum keluarga ku, zuriat keturunanku...

No comments:

Post a Comment